Monday, August 29, 2011

Kekejaman rejim Umno/BN dibongkar dan terbongkar


Peristiwa pembunuhan beramai umat Islam oleh regim zalim Umno/BN.
Polis (PDRM) terlibat dalam kerja-kerja sial ini..!

Rakyat Malaysia wajib ingat peristiwa 13 Mei 1969, pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Memali oleh regim Umno/BN, perbuatan menyamun berbillion ringgit wang rakyat oleh para pemimpin Umno/BN, ( Baca di sini )

Semasa beraya di kampong nanti, tolong beritau saudara mara di sana cerita ini.

Kekejaman rejim Gaddafi terbongkar

PENEMUAN MENGERIKAN: Seorang lelaki Libya menutup hidungnya daripada bau saki baki mayat kira-kira 50 orang dalam sebuah penjara sementara pangkalan tentera yang ditinggalkan oleh askar-askar elit yang taat kepada Encik Gaddafi di selatan Tripoli, awal semalam. - Foto AFP


TRIPOLI: Sedang pihak pemberontak Libya kini mula berusaha ke arah memulihkan ibu kota negara itu, satu penemuan mengerikan berdekatan sebuah pangkalan askar elit Kolonel Muammar Gaddafi mendedahkan kezaliman rejim bekas pemimpin Libya yang melarikan diri itu.

Awal semalam, para pemberontak itu berkata mereka telah menguasai pangkalan Briged ke-32, satu briged yang diketuai anak lelaki bekas pemimpin Libya itu, Khamis, selepas satu serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) selama tujuh jam di tempat itu.


Dalam bangunan berdekatan, seorang wartawan kanan agensi berita AFP melihat saki baki mayat 50 orang, yang menurut para penduduk, terbunuh Selasa lalu dalam satu serangan yang menggunakan senapang dan bom tangan.

Ketua Majlis Peralihan Negara (NTC) Libya, Encik Mustafa Abdel Jalil, sementara itu berjanji bahawa Encik Gaddafi dan pembantu kanannya akan diberikan satu perbicaraan yang adil di Libya jika mereka menyerah diri.

Semasa bercakap di Benghazi, sebuah bandar di timur Libya tempat pemberontakan kali pertama bermula pada Februari lalu, Encik Abdel Jalil juga menggesa diadakan bantuan kemanusiaan kecemasan bagi Tripoli sambil menekankan keperluan bagi bekalan perubatan di ibu kota negara itu.

'Kami menggesa semua pertubuhan kemanusiaan dan memberitahu mereka bahawa Tripoli memerlukan bekalan perubatan, produk bantuan cemas dan bahan-bahan pembedahan,' kata beliau dalam satu sidang akhbar.

Sambil menyalahkan perbuatan 'sabotaj tentera Gaddafi' bagi kekurangan bekalan air dan kuasa elektrik di Tripoli, beliau berkata: 'Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah-masalah ini.'

Sedang pertempuran terus berlaku di beberapa tempat, tumpuan semakin diberikan kepada era pasca Encik Gaddafi, dengan gesaan dibuat bagi mewujudkan kedamaian dan peralihan pemerintah secara aman.

Jurucakap NTC, Encik Mahmud Shammam, berkata para pemberontak di ibu kota Libya akan mula mengedarkan 30,000 tan petrol kepada penduduk Tripoli dengan segera dan membekalkan gas bagi memasak dalam masa 48 jam.

Mereka juga sedang berusaha memulihkan keadaan di pusat penapisan minyak Zawiyah, kata Encik Shammam, sambil merayu supaya semua pihak bersabar dan menggesa kakitangan sektor awam, swasta dan minyak agar kembali semula bertugas. -- AFP.