Followers

Friday, August 26, 2011

Kemungkinan besar peristiwa ini sengaja dirancang oleh Hishammuddin


Berita di bawah ini dilaporkan oleh Bernama yang mana kebarangkaliannya ianya sengaja dirancang oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk meraih simpati dan keuntungan politik murahan beliau.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sekeping sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

Beliau berkata sampul surat itu turut mengandungi sebuah buku yang dalamnya telah ditebuk dan diletakkan peluru-peluru tersebut.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin, pada muka surat pertama buku tersebut mengandungi ugutan yang bertulis tangan.Beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

'Saya mengesahkan bahawa hari ini (kelmarin), saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan.

'Ini adalah kali pertama saya menerima ugutan menggunakan peluru.


'Surat itu diterima oleh pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis,' katanya. 


Datuk Seri Hishammuddin berkata, perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

'Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius.

'Bagaimanapun ini tidak akan menjejas dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui jawatan yang saya pikul,' katanya.

Datuk Seri Hishammuddin berkata beliau tidak gentar apabila menerima ugutan sebegitu kerana ia merupakan perkara biasa dan menurutnya ia adalah tindakan orang yang tertekan dan terdesak.

'Saya nak beritahu bahawa tindakan-tindakan sebegini mungkin tindakan-tindakan oleh orang yang tertekan serta terdesak, mungkin kerana apa yang kita telah lakukan sebelum ini.

'Itu memberikan saya semangat untuk memikul amanah,' katanya. - Bernama.