
KerajaanRakyat : Kekadang saya naik meluat dengan beberapa blogger yang kononnya 'Pro Pakatan' KeADILan khasnya tetapi membesar-besarkan isu haprak yang diadun dalam lingkaran FITNAH oleh blogger harami tajaan Umno, Papagomo!
Hampir semua warga internet yang mengikuti perkembangan isu FITNAH terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan video sundal Datuk T mengenali papagomo sebagai agen utama penyebaran FITNAH tajaan Umno. Apa yang memualkan adalah bila beberapa blogger yang kononnya 'Pro Pakatan' kerap memainkan isu lapuk, haprak dan FITNAH ini, kononnya dengan alasan untuk tindak-balas maklumat! Tetapi yang apa sebenarnya terjadi mereka telah dengan sengaja menyemarakkan api FITNAH yang diadun oleh harami papagomo!
Walaubagaimanapun, tak tahulah pula kalau bloggers 'Pro Pakatan' yang memainkan isu-isu murahan seperti ini terpaksa menulis bahan picisan kerna ketiadaan isu dalam kelonggaran fakta semata-mata kerna blogger-blogger ini dibayar olih parti atau sayap parti..!
Nota:
Rupanya ada juga blogger Pakatan tumpang nasib atas isu FITNAH tajaan Umno..!
