KEMATIAN DIRAI: Rakyat Libya menyorak kegembiraan di Dataran Syahid, di ibu kota Tripoli, kelmarin selepas berita kematian Muammar Gaddafi tersebar. -- Foto REUTERS
WASHINGTON: Para pemimpin dunia menyifatkan kematian Muammar Gaddafi kelmarin sebagai berakhirnya era kekejaman dan pemerintahan kuku besi di Libya.
Mereka turut melahirkan harapan agar negara utara Afrika itu dapat menikmati masa depan yang lebih baik.Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, berkata kematian Gaddafi yang telah memerintah Libya selama 42 tahun, menandakan berakhirnya satu babak pahit yang lama.
'Ini merupakan hari penting dalam sejarah Libya. Bayangan hitam pemerintah yang zalim telah berlalu,' katanya.
Menurut beliau, kematian Gaddafi mewajarkan tindakan ketenteraan yang telah dilancarkan oleh negara Barat pada awal tahun ini.
Encik Obama turut menggesa rakyat Libya agar membina negara baru yang 'demokratik' dan 'toleran'.
Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, pula berkata perkembangan kelmarin merupakan 'satu langkah ke depan yang penting dalam pejuangan lebih lapan bulan oleh rakyat Libya yang bertujuan membebaskan diri mereka daripada rejim diktator dan ganas yang telah berkuasa selama lebih 40 tahun'.
Askar Perancis, Amerika dan Britain telah menerajui serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ke atas tentera Gaddafi.
Sejak 31 Mac lalu, hampir 1,000 serangan udara telah dilancarkan.
Dalam pertempuran di bandar Sirte kelmarin, turut terkorban ialah anak lelaki Gaddafi, Mutassim.
Seorang lagi anak Gaddafi, Seif Seif Al-Islam, cedera dan kini ditahan.
Menurut anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Gaddafi telah dikebumikan semalam di tanah perkuburan di sini.Sejak pemberontakan ke atas pemerintahan Gaddafi tercetus pada Februari lalu, sekitar 25,000 orang dilaporkan telah terkorban.
China, yang mempunyai banyak kepentingan ekonomi di Libya, dan sebelum ini membidas serangan udara Nato pula melahirkan harapan agar peralihan politik yang inklusif boleh dimulakan secepat mungkin bagi mengembalikan stabiliti sosial.
Jepun pula berikrar menghulurkan bantuan kepada NTC dalam usaha membangunkan semula negara itu.Menteri Luar, Encik Koichiro Gemba, berkata: 'Kami berharap dapat menyokong usaha Libya membangunkan semula negara yang baru melalui pengetahuan dan teknologi kami.'
Menurut beliau, NTC telah meminta Jepun membekalkan kaki dan tangan palsu kepada mangsa pertempuran.Sementara itu, beberapa rakyat Arab berkata nasib yang melanda Gaddafi akan memberi mesej kepada pemimpin rantau Arab yang terus bertarung mempertahankan kedudukan mereka di sebalik kebangkitan rakyat.
'Ini nasib seorang pemimpin yang memusnahkan kehidupan rakyatnya selama beberapa dekad dan melepaskan tembakan terhadap mereka sebelum kematiannya,' kata Encik Mohamed Beltagy, seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin Mesir yang berpengaruh.
'Nasib Muammar seharusnya menjadi satu pengajaran bagi pemimpin Syria Bashar Al-Assad dan (Presiden) Yaman (Ali Abdullah) Saleh,' kata beliau dengan merujuk kepada dua pemimpin negara Arab yang masih berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini.
Presiden Tunisia, Zine Al-Abidine Ben Ali, dan pemimpin Mesir, Hosni Mubarak, merupakan pemimpin-pemimpin awal menjadi sasaran dan digulingkan dalam siri kebangkitan politik di negara-negara Arab.
'Kematian Muammar (Gaddafi) akan menakutkan diktator-diktator Arab seperti Bashar dan Ali dan menjadikan pemimpin-pemimpin Arab yang lain lebih berhati-hati dengan rakyat mereka selepas mereka pulih daripada kejutan berita ini,' kata Cik Alia Askalany, 27 tahun, seorang pengurus pemasaran Mesir. -- AFP, Reuters, AP.
Luahan Hati RAKYAT Terhadap Kezaliman Regim Umno/BN Di Sini
URUTAN KONFLIK
15-19 Februari 2011: Didorong oleh revolusi yang berlaku di negara-negara Arab lain, termasuk di Tunisia dan Mesir, pemberontakan bermula di bandar kedua terbesar di Libya, Benghazi.
19 Mac: Perancis, Amerika Syarikat dan Britain melancarkan serangan udara di Benghazi yang dimandat oleh PBB.
31 Mac: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengambil alih operasi ketenteraan di Libya.
20 April: Perancis dan Italy menyertai Britain menghantar penasihat tentera bagi membantu para pemberontak.
1 Mei: Gaddafi terselamat daripada serangan udara Nato yang telah mengorbankan anak lelaki bongsunya, Encik Seif al-Arab, dan tiga cucunya.
29 Jun: Perancis berkata ia telah menjatuhkan senjata kepada para pemberontak.
15 Julai: Di Istanbul, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) telah diiktiraf sebagai pemimpin Libya yang sah. Ini membuka jalan bagi aset rejim Libya yang dibekukan disalurkan kepada NTC.
10 Ogos: Kesatuan Eropah (EU) meluaskan sekatan ke atas rejim Libya.
23 Ogos: Para pemberontak memasuki ibu pejabat Gaddafi di Tripoli. Pemimpin itu dan anak-anaknya bagaimanapun telah melarikan diri.
1 September: Di Paris, PBB telah menarik balik pembekuan ke atas aset Libya bernilai AS$15 bilion ($19 bilion). Sebagai ganti, NTC berjanji melaksanakan pembaharuan demokratik.
9 September: Interpol mengeluarkan arahan agar Gaddafi; anak lelakinya, Seif Al-Islam, dan ketua risikan, Abdullah al-Senussi, ditahan atas tuduhan melakukan jenayah ke atas kemanusiaan.
12 September: Niger berkata 32 anggota keluarga Gaddafi, termasuk anak lelakinya, Saadi, telah memasuki negara itu sejak 2 September.
16 September: PBB menyerahkan kerusi Libya di badan dunia itu kepada NTC.
20 September: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, bertemu pemimpin sementara Libya, Encik Mustafa
Abdel Jalil. Encik Jalil berkata sekitar 25,000 orang telah terkorban sepanjang pemberontakan di negara itu.
9 Oktober: Pasukan rejim baru Libya berjaya merampas kawalan di tapak utama di bandar Sirte, yang merupakan tempat kelahiran Gaddafi.
11 Oktober: Seorang pegawai Nato berkata kejatuhan Sirte bakal menjadi 'detik bersejarah' di Libya.
The Egypt Revolution

20 Oktober: Gaddafi dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di bandar Sirte.