Followers

Friday, October 21, 2011

Cicit Raja Ali Haji tinggal di rumah orang tua



Kerajaan Rakyat l RAJA Ali Haji Raja Haji Ahmad dijulang sebagai pujangga Melayu silam terakhir pada abad ke-19 kerana warisan besar karya bahasa dan persuratannya.

Beliau, yang dilahirkan di Pulau Penyengat, begitu tersohor sebagai ahli bahasa, perkamusan dan sastera serta pengulas sejarah dan penasihat keluarga diraja Riau.

Karya terbesar Raja Ali Haji ialah Gurindam Dua Belas, yang menjadi pembaru arus sastera zamannya.



Namun, nasib cicitnya, Raja Salamah Raja Haji Omar, 85 tahun, tidak terbela. Beliau kini hidup menumpang kasih dan ihsan sebuah rumah kebajikan orang tua di Sembawang.

Menurut seorang kakitangan rumah kebajikan itu, Raja Salamah dihantar ke situ oleh seorang anak saudaranya pada 2007 dan sejak itu tiada seorang pun kaum keluarga datang menziarahinya.

Raja Salamah, yang tidak pernah berumah tangga, pernah tinggal bersama seorang anak saudaranya di Marine Parade. Oleh kerana keadaannya agak uzur dan anak saudaranya itu tidak lagi mampu menjaganya, beliau dimasukkan ke rumah kebajikan tersebut.

Ketika ditemui baru-baru ini, Raja Salamah kelihatan kurang sihat. Beliau tidak boleh berjalan dan penglihatannya kabur. Tetapi, beliau masih boleh rancak berbual, termasuk menceritakan tentang kehidupannya di Pulau Penyengat.

Nasib Raja Salamah tinggal di rumah kebajikan itu didedahkan oleh seorang lagi anak saudaranya, Raja Mohamed Said Engkulok, yang kebetulan mengetahuinya ketika menziarahi sanak saudara pada Aidilfitri lalu.

'Saya menangis bila mengenang nasib orang tua ini. Saya masih ingat masa kecil-kecil dulu, mak cik saya yang mengajar ngaji dan solat. Beliau yang bantu memasak dan mengemas rumah anak saudaranya itu.

'Tetapi bila dah macam ini, semua orang tak mahu jaga. Mereka lupa mak cik saya ni cicit orang besar,' kata Raja Mohamed Said.

Pesara berumur 60 tahun itu juga berkata beliau bercadang menjaga mak ciknya jika mendapat pekerjaan kelak.Menurut beliau lagi, Raja Salamah kerap berpesan 'jangan tinggal sembahyang dan hormat orang tua' ketika beliau menziarahinya.
 Benefits of Drinking Plain Water In the Morning