
PENGHARGAAN TERTINGGI: Encik Lee Kuan Yew menerima Pingat Lincoln daripada Pengerusi, Presiden dan CEO Exxon Mobil, Encik Rex Tillerson, di Teater Ford di Washington, semalam. Encik Lee merupakan penerima Pingat Lincoln yang pertama dari Asia. -- Foto FORD'S THEATRE/ROBERT ISACSON
Kerajan Rakyat (Singapura) l MANTAN Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew, merupakan penerima Pingat Lincoln yang pertama dari Asia.Anugerah yang diberikan setiap tahun oleh Persatuan Teater Ford dari Amerika Syarikat itu bertujuan mengiktiraf individu yang mengikuti jejak langkah mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Abraham Lincoln, dari segi kepimpinan, khidmat dan pencapaian individu.
Encik Lee menerima anugerah itu semalam di tempat bersejarah Teater Ford di Washington, yang juga tempat terbunuhnya Presiden Lincoln pada 1865.
Encik Lincoln merupakan antara mantan Presiden Amerika yang dihormati atas kepimpinannya pada zaman Perang Saudara serta sumbangannya menamatkan perhambaan.
Dalam ucapannya di upacara penyampaian anugerah itu, Encik Lee menyatakan keyakinannya bahawa Amerika Syarikat mampu mengharungi masalah ekonomi yang dihadapinya.
'Saya yakin daya kreativiti, semangat inovatif dan tidak mudah luntur Amerika akan membolehkannya menghadapi masalah utamanya, mengatasi dan meraih semula daya saingnya,' kata Encik Lee.
Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengalu-alukan hubungan rapat antara Amerika Syarikat dengan Singapura.
'Amerika adalah teman baik Singapura dan Singapura pula rakan kerja Amerika yang boleh dipercayai. Kami telah bekerjasama rapat dengan baik sepanjang lima dekad yang lalu demi kesejahteraan rantau kami,' ujar Encik Lee.
Majlis di Teater Ford semalam turut dihadiri sekitar 100 tetamu, termasuk anggota kabinet Amerika yang dahulu dan kini, pemimpin perniagaan ulung serta pemimpin akademik.
Antara penerima Pingat Lincoln yang lalu termasuk Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton; aktivis Afrika Selatan, Encik Desmond Tutu; dan pengarah Hollywood, Encik George Lucas.
Dalam kata-kata pujiannya kepada Encik Lee, ketua Exxon Mobil, Encik Rex Tillerson, berkata Encik Lee dihormati seperti Encik Abraham Lincoln hingga ramai yang merujuk ke negara yang dipimpinnya sebagai sumber inspirasi mengecapi kejayaan.
'Inilah kehidupan dan legasi yang kami iktiraf,' kata Encik Tillerson.
Baca komen Mat Ridzuan, pencacai Umno di sini
Inginkan buah dada yang cantik, tegang dan sihat?
