BERAKHIR DI SINI: Para pejuang revolusi meninjau terowong kumbahan tempat Muammar Gaddafi bersembunyi sebelum dia ditangkap kelmarin. -- Foto AFP
Gaddafi merayu: Jangan bunuh saya
KERAJAAN RAKYAT l Rakyat Malaysia kira sudah cukup baik, tidak buat si haramjadah ni dan si lahanat ini sepertimana rakyat Libya lakukan terhadap Gaddafi..
SIRTE: Ditarik keluar dari terowong kumbahan, bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang cedera, mengangkat tangannya dan merayu kepada pejuang revolusi.
Dia masih hidup apabila rakyat yang berang menarik rambut bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun, sebelum berarak membawanya yang berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.
Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Encik Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.
Gaddafi cedera parah di kedua-dua belah kakinya.
Dalam tempoh sejam, dia meninggal dunia ekoran cedera parah.
Luahan Hati RAKYAT Terhadap Kezaliman Regim Umno/BN Di Sini
Dalam rakaman yang disiarkan saluran Al Arabiya, anggota tentera ditunjukkan sedang mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.
Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.
Sementara itu, Perdana Menteri Libya, Encik Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang dengan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas dia ditangkap di Sirte, kelmarin.
'Saya mahu membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar,' kata Encik Jibril pada sidang media di sini kelmarin.
'Ia berkata 'Muammar dibawa keluar dari terowong saluran najis... dia tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan dia, satu peluru terkena lengan kanan dan apabila kami meletakkan dia di trak, dia tidak mengalami sebarang kecederaan lain',' kata Encik Jibril.
'Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, dan sebutir peluru terkena kepalanya',' tambahnya.
Encik Jibril berkata doktor forensik tidak dapat memastikan sama ada peluru itu daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Gaddafi sendiri.
Menurut beliau lagi, Gaddafi masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit kemudian ketika mendekati hospital.
Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Gaddafi berhubung jenayah kemanusiaan, katanya.
Mahkamah itu pada mulanya mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Gaddafi sebelum dia dikebumikan, kata Encik Jibril.
Bagaimanapun, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan. -- Agensi.