Followers

Monday, October 31, 2011

Presiden Syria, Bashar al-Assad, beri amaran keras kepada Negara Kuasa Besar Barat



Kerajaan Rakyat l BEIRUT: Negara kuasa Barat berdepan dengan risiko menyebabkan 'gempa bumi' di serata Timur Tengah jika mereka campur tangan dalam ehwal Syria.

Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, mengeluarkan amaran itu semalam selepas penunjuk perasaan meminta perlindungan negara asing.

Tindakan tegas pemerintah Syria ke atas penunjuk perasaan telah menyebabkan 3,000 terkorban sejauh ini.

Para aktivis berkata pasukan tentera Syria telah membunuh lebih 50 orang dalam tempoh 48 jam lalu dalam pertempuran terbaru.

Dalam wawancara dengan akhbar Britain, Sunday Telegraph, Encik Assad akur negara-negara Barat akan meneruskan tekanan ke atas pemerintah Syria.


'Tetapi Syria berbeza dalam setiap aspek jika dibandingkan dengan Mesir, Tunisia, Yaman. Sejarah kami berbeza. Politiknya berbeza.

'Syria merupakan hab bagi rantau ini. Ia garis sesar dan jika anda buat kacau di tapak ini, anda akan mencetuskan gempa bumi,' kata Encik Assad.

Sejauh ini, negara-negara Barat tidak menunjukkan minat untuk campur tangan di Syria, sebagaimana dilakukan di Libya.



Read more on 
Malaysian's Politics
   
Namun, penunjuk perasaan Syria berulang kali menggesa agar zon bebas pesawat diadakan di ruang udara negara itu.

'Sebarang masalah di Syria akan membakar rantau ini. Jika rancangannya ialah untuk memecahbelahkan Syria, ia akan memecahbelahkan seluruh rantau ini,' tegas Encik Assad.

Sejak pemberontakan bermula di Syria pada Mac lalu, pihak berkuasa berkata keganasan itu dicetuskan oleh golongan pelampau agama dan penyerang bersenjata yang mendapat sokongan dari negara asing.

Pertempuran terbaru Jumaat lalu mendorong negara-negara Liga Arab menggesa Encik Assad menghentikan segera pertumpahan darah.

'Jawatankuasa menteri Arab menyatakan penolakan terhadap pembunuhan berterusan orang awam di Syria dan menaruh harapan pemerintah Syria akan mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi mereka,' ujar kenyataan menteri luar Liga Arab itu. -- Agensi.



I
nginkan payudara yang sihat dan cantik?