Kerajaan Rakyat : Semua konsep / propaganda politik yang diutarakan olih kerajaan UMNO/ Barisan Nasional melibatkan dana yang bukan sedikit. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mempromosikan sesuatu konsep adalah hasil cukai yang dibayar olih rakyat. Umno/BN telah membelanjakan ratusan juta wang rakyat semata-mata untuk tujuan politik murahan mereka. Konsep Islam Hadhari adalah satu daripada pembaziran nyata yang telah dilakukan olih kerajaan UMNO/BN.
Sebagai contoh, Muzakarah Imam-imam yang diadakan di UKM pada 11 hingga 15 Jun 2007, anjuran Sekretariat Islam Hadhari, perbelanjaan pengangkutannya sahaja mencecah RM1.1 juta!! Matlamat program tersebut amat jelas, untuk mengumpan para imam supaya mengundi BN dalam PRU 2008 lalu.
Program Perkampungan Hadhari pula diberi peruntukan sebanyak RM11.25 juta!! yang dianjurkan di semua kawasan parlimen dengan peruntukan RM50,000 untuk satu parlimen. (baca sini).
Islam Hadhari, Terengganu Bestari, idea Idris Jusoh yang sangat taksub dengan Islam Hadhari. Di sana diwujudkan Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM200 juta. Malangnya Taman Tamadun itu menjadi lambang pembaziran wang rakyat yang amat nyata. Derita rakyat menjadi kebanggaan Umno / BN rupanya.
Sesungguhnya program Islam Hadhari yang dianjurkan olih Bani Umno telah menghabiskan beratus juta wang rakyat. Amat malang apabila sebagai pemerintah, Umno/BN menggunakan Islam untuk tujuan politik mereka. Apa yang jelas, Islam dan umat Islam di negara ini semakin lemah dan dipermainkan dengan pelbagai slogan haprak yang dipropagandakan olih Umno/BN. (Baca lagi di sini)
Kecundangnya era slogan Hadhari yang dibawa olih Abdullah Badawi, timbul pula konsep 'One Malaysia' olih Datuk Seri Najib Razak. Sekali lagi jutaan ringgit wang rakyat dikerenaikan olih pengkhianat negara Umno / Barisan Nasional... !
Pengajaran daripadanya amat jelas: Andai ingin selamatkan pembaziran wang rakyat, singkirkan Umno/BN dalam pilihanraya Umum ke13 nanti. Period.
