Followers

Monday, October 31, 2011

Puluhan ribu terkandas di serata dunia



MENDAPATKAN KEPASTIAN: Penumpang Qantas beratur di depan kaunter syarikat penerbangan itu di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi bagi mendapatkan kepastian tentang nasib mereka untuk ke destinasi masing-masing. -- Foto TAUFIK A. KADER

CANBERRA: Berpuluh ribu penumpang Qantas yang terkandas di serata dunia semalam cuba mendapatkan penerbangan alternatif selepas syarikat penerbangan itu membatalkan semua penerbangan domestik dan antarabangsanya kelmarin.

Menurut syarikat penerbangan itu, lebih 68,000 penumpang yang sepatutnya menaiki 447 penerbangan melibatkan 108 pesawat di 22 bandar di serata dunia terjejas.

Antara penumpang terjejas ialah 17 pemimpin pemerintah Komanwel yang terkandas di Perth selepas menghadiri sidang puncak badan itu.


Sehubungan dengan itu, kerajaan Australia telah mengarahkan satu perbicaraan timbangtara oleh tribunal buruh diadakan bagi menghuraikan segera kemelut tersebut.

'Kami mengambil tindakan ini kerana kami prihatin mengenai kesan buruk terhadap ekonomi. Kerajaan mahu mogok ini dihentikan,' kata Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard.

Read more on Malaysian's Politics   

Panel tiga hakim itu boleh menggantung tindakan mogok pekerja antara 90 hingga 120 hari agar rundingan dapat diteruskan atau mengarahkan mogok itu dihentikan segera.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qantas, Encik Alan Joyce, berkata syarikatnya boleh menyambung semula penerbangan dalam tempoh beberapa jam jika panel itu memutuskan untuk menghentikan tindakan mogok kesatuan sekerja.

Beliau menganggarkan penggantungan penerbangan Qantas akan menyebabkan syarikat itu kerugian A$20 juta ($26 juta) sehari.

Sebelum ini mekanik pesawat, juruterbang, pengendali bagasi dan penyedia makanan melancarkan mogok bagi membantah rancangan Qantas pada Ogos lalu untuk mengalihkan tumpuannya ke Asia.

Ekoran tindakan itu 1,000 kakitangan dibuang kerja.

Menteri Pengangkutan Australia, Encik Anthony Albanese, menyifatkan tindakan menggantung semua penerbangan Qantas sebagai 'mengecewakan' dan 'luar biasa'.

Sementara itu, syarikat penerbangan lain, seperti Virgin Australia dan AirAsia, cuba memenuhi permintaan penumpang terkandas dan menawarkan tambang khas kepada mereka.

Namun, masih ramai penumpang Qantas terkandas dan marah.

'Perkara ini tidak boleh diterima sama sekali. Saya tidak akan menaiki pesawat syarikat penerbangan ini lagi,' kata Encik Michael Fung, 57 tahun, yang berasal dari Brisbane dan semalam terkandas di Hongkong bersama isterinya.

Seorang penumpang warga Jerman yang terkandas di Singapura, Encik Michael Messmann, 68 tahun, berkata: 'Saya tidak tahu butir terperinci pertikaian ini tetapi syarikat penerbangan bertindak keterlaluan dengan menghentikan semua penerbangnya.' - AP, AFP, Reuters.



 
Anda inginkan payudara yang sihat dan cantik?