Kongres PKR l Semua dah tau... Shahrizat Jalil memang mangkok berayun... tapi... apakehal pulak yang Zuraida ni jadi banggang sangat..?
Politik cabar mencabar ni... budaya politik orang kehabisan isu... sama macam Ibrahim Ali... sama macam Pukida... sikit-sikit cabar.. sikit-sikit cabar..!!
Satu penyakit Zuraida ni... suka sangat dia dengan kenyataan akhbar... kalau seminggu dia tak panggil press... bolih jadi gatal punggung dia agaknya... Bila kehabisan isu... mulalah dia mengarut. buat statement yang tiada value... setaraf Zolnodin..!
Hello Zuraida... apa you ingat dengan mencabar bolih selesaikan kes ke..? Buat kerjalah kawan... jangan dok mencecir macam politik perca... Program ( ini ) apa cerita..? masa nak buat.. bukan main lagi hebohnya seluruh alam... pengabisnya... satu apapun tarak jadi... !! Harapkan membebel dia je yang lebih..!
Wanita PKR cabar Shahrizat letak jawatan
Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil (Gaji Shahrizat) meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang diusahakan keluarga menteri itu.
Dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional PKR kelapan di Johor Bahru hari ini, Zuraidi berkata, Shahrizat perlu berbuat demikian untuk menjaga maruah beliau sebagai seorang wanita. Zuraida mengulas mengenai budaya hormat wanita yang dianjurkannya sebagai budaya politik baru untuk memartabatkan negara.

Manakala ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Zuraida berkata: "Kita mengangkat budaya hormat wanita, maka wanita harus hormat kepada dirinya dulu, bermula dengan Datuk Shahrizat". - Malaysiakini
~ Kerajaan Rakyat di Facebook ~