
Rakyat diingatkan berwaspada supaya tidak terjerat dengan fitnah yang dilemparkan oleh pelbagai pihak yang ingin meraih simpati untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 dan seterusnya memerintah negara.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin, berkata pihak yang ingin memenangi pilihan raya kini semakin terdesak hingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.
Terbaharu pihak-pihak berkenaan membuat tuduhan dengan memfitnah Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah yang telah berjuang untuk mengangkat martabat rakyat dari terus dikhianati olih kerajaan Umno/BN.
"Ini satu fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh mereka yang jahil semata-mata untuk menimbulkan pandangan serong masyarakat terhadap pemimpin rakyat".
Abdullah yang juga ahli parlimen Besut berharap rakyat tidak lalai dengan cerita-cerita tidak berasas di bawa pihak berkenaan selain menilai sendiri usaha yang dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat.
Kalau hendak selamatkan negara ~ Inilah orangnya!!!
~ Anwar Ibrahim ~
