Followers

Wednesday, December 28, 2011

Burung lebih pandai kira daripada Najib Razak.


Jika UMNO/BN masih memerintah Malaysia, menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa. - Anwar Ibrahim

Itu maciam kalo... burung lebih pandai kira daripada Najib Razak.

LONDON: Burung merpati sejak dahulu lagi dikenali dengan kebolehannya mencari jalan pulang tetapi penyelidikan terbaru mendapati unggas itu turut boleh menghitung.

Dr Damian Scarf dari Universiti Otago di New Zealand, berkata mereka mendapati burung merpati boleh membezakan nombor daripada satu hingga sembilan dan menyusunnya.

Menurutnya, sebelum ini hanya manusia dan beberapa primat lain diketahui mampu menghitung.

Kerajaan Rakyat di Facebook: di sini  



'Penyelidikan kami bukan sahaja menunjukkan burung merpati mampu menghitung malah turut menunjukkan kemampuan sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh menghitung.

'Burung merpati mempunyai keupayaan mental yang menakjubkan,' katanya dalam jurnal Sains Antarabangsa.

Penyelidikan itu pada mulanya melatih unggas itu dengan menunjukkannya 35 set daripada tiga gambar dengan setiap satunya berbeza saiz, warna dan bentuk.

Burung itu akan diberikan gandum jika berjaya mengambil gambar yang sama.

Burung itu kemudiannya diuji sama ada boleh mengingati apa yang dipelajari daripada ujian pertama itu bagi membezakan imej nombor lebih banyak serta menyusunnya mengikut urutan dan ia berjaya melakukannya.

'Walaupun keupayaannya masih jauh berbeza berbanding manusia ia menunjukkan unggas yang mempunyai struktur otak yang berbeza dengan manusia masih berupaya melakukan ujian mental yang kompleks dan sebelum ini hanya manusia yang diketahui mempunyai keupayaan itu,' kata Dr Scarf. -- Agensi.

Isu Hasan Ali