Followers

Friday, December 23, 2011

Kalian adalah bakal pemimpin negara!


Kerajaan Rakyat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mereka. Tahniah juga kepada kedua Ibu Bapa dan para guru mereka. 

Buat anak-anak yang merasakan mereka mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, JANGAN BERSEDIH dan jangan berputus-asa. Perbaiki diri, lipat-gandakan usaha dan terus mara, insyaAllah kejayaan dan kecemerlangan akan bersama kalian dimasa-masa mendatang.

Tahun 2012 kalian akan memulakan era sebagai pelajar Menengah Atas dan perlu diingat berada tingkatan empat bukanlah era untuk berbulan madu. Berada di tingkatan empat adalah masa untuk kalian membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang lebih mencabar di tingkatan lima nanti. 

Kepada semua pelajar sekolah, Kerajaan Rakyat doakan semoga kalian terus berjaya dan ingatlah: Kalian adalah bakal pemimpin negara masa depan.


PUTRAJAYA 22 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.

“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini