Followers

Pages

Monday, January 31, 2011

Tahniah! Umno/Barisan Nasional Tunaikan Janjinya Sehari Selepas Prk Tenang

Barisan Nasional yang telah memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang semalam akan menunaikan janjinya tepat jam 12 malam ini. Tahniah kepada pengundi BN di Tenang yang telah berbekalkan kebebalan mereka mengundi penyanyi karaoke untuk menjadi wakil rakyat mereka.
PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya.
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

APA YG ANDA TAHU TENTANG APCO?

Assalamualaikum..
Salam Ukhwah Fillah.. Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk update blog. Kali ini saya akan membicarakan mengenai APCO yang cukup membingitkan perbahasan di parlimen baru-baru ini.
Apa yang anda tahu tentang APCO? Ramai yang ingin tahu, apa itu APCO, benarkah ia agensi Yahudi dan mengapa UMNO melantik agensi Yahudi berkenaan sebagai penasihatnya?
Tahukah kita bahawa, sebenarnya penglibatan APCO dalam merancanakan dasar negara telah bermula sejak September tahun lepas. Namun ia menjadi heboh sehari dua ini selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dmembuat kenyataan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.

Sunday, January 30, 2011

Tahniah Kepada Barisan Nasional


7.13 petang: Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim melalui laman Twitternya dan mengucapkan selamat bertugas.  Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN kekal di Tenang. Urutan Keputusan Pilihan raya kecil Tenang. 

Pilihan raya kecil Tenang: Keputusan

Refresh HERE for latest photos. Refresh HERE for latest News Update




Refresh HERE for latest Results Update

Keputusan tidak rasmi SPR keseluruhan: Pas- 2,963 ,  BN- 6,698


7.20 petang: Sumber dalaman bilik gerakan BN, keputusan tidak rasmi keseluruhan: Pas- 2990,  BN- 6586; BN majoriti 3596

Kenyataan Bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan

29hb Januari 2011

Kuala Lumpur adalah pusat kebudayaan, ekonomi dan kewangan Malaysia. Ianya merupakan kawasan yang paling pesat membangun dari sudut jumlah penduduk dan ekonomi negara, dengan anggaran 1.7 juta penduduk (2010). Bandaraya ini menarik lebih 9 juta pelancong setahun dan punya KDNK sebanyak RM77 bilion.

Walaupun Kuala Lumpur telah menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan lebih 37 tahun, kualiti kehidupan di Kuala Lumpur semakin teruk. Lapangan, taman-taman, dan tanah awam telah dijual kepada pemaju untuk membina tanpa mempertimbangkan warisan KL, namun prasarana awam seperti pengangkutan dan perumahan awam diabaikan. Taman-taman awam pula memerlukan penyenggaraan yang lebih baik.

Tenang dan tolong baca dan baca dan baca !!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Refresh HERE for latest photos. Refresh HERE for latest Update

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Selawat dan Salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Selamatkanlah negara kami Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Sekiranya kami dan pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah kami dan mereka, wahai ALLAH.

Sekiranya para pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Normala binti Aminah telah Engkau takdirkan sebagai pemimpin kami, maka kami mohon pertolongan Engkau wahai ALLAH, permudahkanlah usaha dan perjuangan kami dalam majlis penentuan pemimpin kami di bumi milik Engkau ini. 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah dan iringilah majlis penentuan kami ini dengan rahmat Mu dan akhirilah majlis penentuan ini dengan kemenangan kepada hamba Mu Normala binti Aminah. 

Ya Rabb, sepertimana kasihnya kami kepada Normala binti Aminah, mohon kami kepada Engkau Ya Allah, limpahilah, kurniakanlah dan cucurilah kasih Engkau kepada hamba Mu Normala binti Aminah kerna sesungguhnya kasih Engkau adalah nikmat yang penuh hikmah. 

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki Engkau yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah.

Selawat dan salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Ameen Ya Rabb.
Kerajaan Rakyat

Tenang 2.15pm: Hujan ....

Sila REFRESH untuk maklumat terkini. Sila REFRESH di sini untuk FOTO terkini
2.15 petang: Menurut satu laporan media PAS, di kotak pengundi di UPU Labis yang mempunyai majoriti penduduk Cina, hanya 23.6%  sudah keluar mengundi dengan 20% pengundi Cina yang keluar mengundi setakat jam 2 petang tadi.
Hujan semakin baik di beberapa kawasan di Tenang. Muhyiddin yakin keadaan hujan pada waktu pagi tadi tidak akan menggugat harapan BN untuk memperolehi undi majoriti sebanyak 5000 undi dan sasaran SPR jumlah pengundi keluar iaitu 80 peratus akan tercapai.
UPU Tenang Station – Banyak kenderaan terkandas 3 km dari Pekan Labis ke Tenang Station. Air banjir masih deras dengan satu haluan jalan saja yang dibuka.

TENANG BY-ELECTION: Voters Turnout



TENANG BY-ELECTION: Voters Turnout. 
As at 1.51 noon is 56.02%

Tenang 1.10pm: Hujan sejuk basah seronok ....

NONE



Tenang 1.10pm: Hujan sejuk basah seronok ....
~~ Harap lebih ramai yang keluar mengundi


Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini. Laporan penuh.




Saturday, January 29, 2011

Prk Tenang: Samseng Umno Sudah Mula Gerak


LABIS: PAS mendapat maklumat Pemuda Umno akan mencetuskan kekacauan mulai malam ini hingga tamat tempoh mengundi petang esok, dakwa Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
“Maklumat yang kita dapat samseng Pemuda Umno itu akan membuat kacau termasuk ‘menyerang’ pondok petugas PAS.
“Mereka mahu mengulangi budaya samseng yang mereka lakukan semasa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, dua tahun lalu.
Pilihanraya kecil Tenang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Azahar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan Normala Sudirman dari PAS.

Jangan biarkan bencana berterusan

Baca dan pilihlah, kalau rasa seronok kena khianat, pilihlah Umno/BN. Kalau rasa hendak negara kita makmur agar kita dapat hidup lebih selesa, pilihlah Pakatan Rakyat (PAS/DAP/PKR)

 

AP Padang Serai, N Gobalakrishnan Keluar PKR


Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu dan mengumumkan keluar daripada parti tersebut. N Gobalakrishnan dengan ini menjadi Ahli Parlimen ke 6 meninggalkan Parti Keadilan Rakyat untuk menjadi ahli parlimen bebas.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Engkau, Ya ALLAH

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Selawat dan Salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Selamatkanlah negara kami Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Sekiranya kami dan pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah kami dan mereka, wahai ALLAH.

Sekiranya para pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Normala binti Aminah telah Engkau takdirkan sebagai pemimpin kami, maka kami mohon pertolongan Engkau wahai ALLAH, permudahkanlah usaha dan perjuangan kami dalam majlis penentuan pemimpin kami di bumi milik Engkau ini. 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah dan iringilah majlis penentuan kami ini dengan rahmat Mu dan akhirilah majlis penentuan ini dengan kemenangan kepada hamba Mu Normala binti Aminah. 

Ya Rabb, sepertimana kasihnya kami kepada Normala binti Aminah, mohon kami kepada Engkau Ya Allah, limpahilah, kurniakanlah dan cucurilah kasih Engkau kepada hamba Mu Normala binti Aminah kerna sesungguhnya kasih Engkau adalah nikmat yang penuh hikmah. 

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki Engkau yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah.

Selawat dan salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Ameen Ya Rabb.
Kerajaan Rakyat

Friday, January 28, 2011

PEMBEKUAN/PENGHAPUSAN TOL BUKTI BUKU JINGGA BOLEH DILAKSANAKAN

Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.

Respons Anwar Ibrahim terhadap laporan CNN

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover newfunding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Thursday, January 27, 2011

Anwar Ibrahim Sudah Melampau, Mempermainkan Ahli Parti Sendiri.. !!!

27 Januari 2011

Tindakan Anwar Merendah-Rendahkan Saifuddin Dikesali

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergolak lagi. Ketika PAS sedang berjuang dan berperang di kubu terkuat Umno, PKR menyajikan isu-isu negatif kepada kepada umum. Ketika DAP kelihatan berjaya membawa sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat (PR), PKR terus dilanda krisis buruk yang menjejaskan rentak kecemerlangan PR.

Banyak sekali teman-teman sudah mula menerbitkan kegusaran terhadap situasi PKR. Krisis demi krisis yang belum lagi berkesudahan sejak pemilihan Parti merakamkan sejarah insiden pergaduhan dan penipuan undi. Akibatnya, sungguh mahal harga yang perlu dibayar oleh semua anggota Parti dan pendokong Reformasi kesan dari sikap ambil mudah pemimpin parti dalam membuat keputusan dan menentukan halatuju terbaik perjuangan politik parti.

Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam


Dari Nat
Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.
Stein_Shimon_fl.gif
Shimon Stein
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein(bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Si Boyot dan Si Ayu

Si Boyot selalu mengular dan banyak tidur. Bila selalu mengular maka kerjanya jadi cacar marba. Orang yang  kerja cacar marba, kita jangan percaya sebab jenis cacar marba ni ramai yang kurang siuman macam si bedol ini..

Kalau nak pilih jadi besan... pilih yang macam kat bawah ni... dah lah ayu...bahasanya sopan... tingkahnya tertib...  rajin pulak tu... kalau orang macam ni jadi Wakil Rakyat... ya be da be du.... memang nyaman dan tenang lah kita... insyaAllah !

Lokasi banjir di kawasan UPU Tenang Station

Pepatah Arab ada menyebut “kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air”

Cadangan kerajaan untuk meminda  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak  terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda umno semata.  Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC)  antara tahun 2005 hingga 2009 ,  akbar  The Star’s daripada   310,000 kepada   287,000 (-7.4 per cent),  New Straits Times daripada 139,000 kepada  111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada  213,000 kepada 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 kepada 155,000 (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat  daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).
Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

Wednesday, January 26, 2011

Calon BN Prk Tenang: Saya suka karaoke, nonton filem, main golf dan melancung.

Sejak diumumkan sebagai calon Barisan Nasional, kehidupan Mohd Azahar Ibrahim, 39, berubah sama sekali. Jadual hariannya padat berkempen.
Biarpun beliau nampak keletihan setelah empat hari berkempen namun Mohd Azahar yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ ini tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya dengan The Star dan mStar Online.
Ikuti temubual yang diadakan di rumahnya, di pekan Labis baru-baru ini.
mStar: Adakah ‘Tok Ai’ mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?
Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tapi saya akaun Facebook untuk saya berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Restaurant sues blogger, Google for RM6m

KOTA KINABALU: A famous Lonely Planet-rated Indian restaurant here is suing a blogger and Google for RM6 million for posting defamatory statements about his restaurants and dishes on the Internet.
Jothy Sdn Bhd director Tharumaraj Sivaperumal, the owner and manager of Jothy’s Fish Head Curry and Banana Leaf Restaurant, filed a civil suit at the High Court’s registry here this week, naming blogger Poh Huai Bin and Google Inc as first and second defendants respectively.
He is also seeking exemplary or punitive damages to deter Poh and Google from making similar scathing comments in the future.
Tharumaraj is also seeking an order, through his counsel Marcel Jude Joseph, to restrain Poh from defaming the restaurant.

Kesilapan BN dalam melebarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kepada Internet


Cadangan Kerajaan Barisan Nasional untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi merangkumi media Internet membuktikan mereka tidak mempunyai komitmen serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia.
Sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC). Pun begitu, pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.
Kerajaan sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008. Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian ‘Green Dam’ di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

Tuesday, January 25, 2011

Pendapat Dr Danial Tentang Sumpah Saiful


Pendapat Dr Danial Tentang Sumpah Saiful

Sultan mana punya kerja ni?

Saya teringin nak tau, Sultan mana yang beri Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan tu pingat Datuk..? Sultan yang beri tu tau tak orang yang dia berikan pingat tu jenis manusia bahalol mungkin sejak lahir.. !!!


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah,Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
“Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi agar harga barang di empat negeri itu turun,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini.
“Cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 mungkin diturunkan menjadi RM1.50 seliter. Saya cabar turunkan harga petrol satu dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu,” katanya. - - Bernama
Apa punya  bahalol mahluk Umno sekor ni...? Kawalan harga barangan bukan diperingkat negeri tetapi peringkat kerajaan pusat. Kesian ... kesian sungguh kepada penyokong dan pencacai Umno.... mereka bermenterikan si ahmad yang bahalol.. !! 

Bahaya pembaziran Rosmah

Oleh: Mohd Rashidi Hassan

TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan membuat perbelanjaan yang besar semasa mengunjungi negara-negara Arab baru-baru ini.
Kunjungan Rosmah ke negara terbabit, mendapat respon yang amat negatif dari kalangan rakyat. 

Negatif kerana rakyat terkejut dengan dakwaan perbelanjaan yang amat besar oleh isteri Perdana Menteri.

Umno Menderhaka Kepada Sultan Dan Rakyat

tvsnews. - SHAH ALAM 24 JAN: Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Monday, January 24, 2011

Rakyat Malaysia Patut Ikut Cara Ini. Singkirkan Sistem Lanun

Di Malaysia ni ramai sangat yang jadi ketua ikut keturunan.... bapak dia ketua... maka anaknya juga mesti diangkat jadi ketua.... pastu rakyat yang kerja susah payah.... kena tanggung dia anak beranak... Rakyat kena bayar gaji dia. Rakyat kena beri bini dia duit untuk berjoli. Gaji dia anak beranak, rakyat beri... lagi dia anak beranak merompak pulak duit rakyat.. !! Betul punya celaka punya keturunan.. !! Kalau perangai elok, takpe juga... ni perangai macam iblis setan.. !! 

Rakyat kena buatkan mahligai untuk dia tidur siang malam. Rakyat juga kena bayar hutang dia kalau dia kalah berjudi. Ini serupa pesin masa zaman Lanun dulu-dulu. Ini semua kes perabis duit rakyat, seduitpun takde pedahnya membela malaun-malaun ni... !!!

Baca ini untuk dijadikan panduan rakyat Malaysia. 

Rakyat Yaman pula tuntut presiden disingkir

Pemberontakan inspirasi dari bantahan di Tunisia


Rakyat Yaman bangkit memberontak dalam satu demonstrasi besar-besaran
di pekarangan kampus Universiti Sanaa, di Sanaa, Yaman, semalam.
 -- Foto REUTERS

Invitation to Orange Book Forum

Tenang 22/01/2011

The PM, Datuk Seri Najib Tun Razak has claimed that Pakatan's 100 Day Program is populist and would bankrupt the country.

Is that true? Our panelists will discuss the topic.

Come to this forum along with your friends.


Time: 25 January · 20:00 - 23:00
Location: KL Selangor Chinese Assembly Hall, 

Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Moderator: YB Nik Nazmi Nik Ahmad 

(KEADILAN State Assemblyman for Seri Setia)

Panelists: YB Liew Chin Tong (DAP MP for Bukit Bendera), 

YB Khalid Samad (PAS MP for Shah Alam), 
Rafizi Ramli (KEADILAN Director of Strategy)


The 100 Day Program that was included in the Orange Book, are 10 initiatives that Pakatan would introduce within 100 days of being in Putrajaya:

2.5 million join Bangladesh Muslim festival


Muslims walk near temporary tents set up for the World Islamic Congregation on the banks of the river Turag in Tongi, on the outskirts of Dhaka, Bangladesh. -- PHOTO: AP

TONGI (Bangladesh) - AT LEAST 2.5 million Muslims joined prayers on Sunday near the Bangladeshi capital as part of the second largest annual Islamic festival after the Hajj to Mecca, officials said.

The normally congested streets of Dhaka were empty as devotees left work to gather on the banks of the river Turag for the end of the first phase of the Biswa Ijtema, or World Muslim Congregation.

The gathering, at which Muslims pray and listen to religious scholars, was first held in the 1960s at Tongi, some 30 kilometres north of Dhaka.

Sunday, January 23, 2011

Peruntukan RM1.6 Bilion, Janji 'Palsu' Pilihanraya


LABIS 22 JAN : Generasi kedua Felda menyifatkan janji-janji manis yang ditaburkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memperuntukkan RM1.6 bilion untuk membantu mereka hanyalah janji palsu pilihanraya kerana ianya akan terkubur setiap kali selepas pilihanraya.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan atau ANAK, Mazlan Aliman berkata, Umno-Barisan Nasional terus menjadikan pilihanraya kecil sebagai gelanggang untuk menipu serta mengaburi mata rakyat dengan angka berbilion ringgit.

Mahu tengok siapa yang kena londeh

LABIS 23 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Najib Razak agar tidak menyerang isu peribadi seraya tidak teragak untuk berdebat mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri Malaysia sekiranya terus mendesak.

Beliau berkata Najib masih belum menerima pelawaannya untuk berdebat tentang ekonomi berdasarkan 'Buku Jingga' Pakatan Rakyat sebaliknya menperlekeh isu peribadi beliau.

Anwar yang turun ke Labis-Tenang dalam kempen Pilihanraya Kecil DUN itu berpendapat Najib seharusnya menyahut cabaran debat beliau agar rakyat terdedah dengan maklumat daripada pihak pembangkang seraya mampu menilai keberkesanannya.

Sunday's Notes: The Power of Charisma

Webster’s Ninth New Collegiate Dictionary defines charisma as “a personal magic of leadership arousing special popular loyalty or enthusiasm for a public figure.”

Charisma is also that special quality of magnetism that each person has and that each person uses to a certain degree. It’s one of the most significant elements in your ability to develop positive interpersonal relationships.  You have a special charisma to the people who look up to you, who respect and admire you¾the members of your family and your friends and coworkers. Whenever and wherever a person feels a positive emotion toward another, he imbues that person with charisma, or attractiveness.

Saturday, January 22, 2011

Normala Sudirman, Calon Pilihan Rakyat Tenang

Calon Pilihan Rakyat, Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Johor.
Cikgu Normala Sudirman, 38 tahun.
Ketua Muslimat PAS Labis, mewakili Pakatan Rakyat



Demografi Pengundi DUN Tenang
Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.
  • 14,753 pengundi berdaftar.
  • 14,735 pengundi biasa.
  • 18 pengundi pos.
Pecahan Mengikut Kaum
  • Melayu 47.54%
  • Cina 39.08%
  • India 12.07%
  • Orang Asli 1.16%
  • Bumiputera Sabah 0.04%
  • Bumiputera Sarawak 0.03%
Klik untuk melihat gambar dan video sekitar Hari Penamaan Calon prk (N05) DUN Tenang

Friday, January 21, 2011

Ijazah (PhD) Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman PALSU?

PETALING JAYA: Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor meragui kesahihan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman yang juga Adun Seri Serdang memperoleh sijil penganugerahan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.
Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari (foto kiri) yang meraguinya menggesa Satim menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

FELDA: Peneroka terpaksa menanggung hutang hingga RM70, 000

LABIS: Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) akan terus mendedahkan penyelewengan Felda kepada pengundi Tenang, kata Presidennya, Mazlan Aliman.
Ketika dihubungi hari ini, Mazlan berkata, ini kerana ramai pengundi Tenang merupakan peneroka Felda.
“Antara isu utama ialah hutang penanaman semula yang terpaksa ditanggung  oleh anak peneroka.
“Selepas kematian ibu bapa, ada yang terpaksa menanggung hutang hingga RM70, 000″, katanya.