Followers

Pages

Thursday, March 31, 2011

Sama macam Datuk T, pegawai SPRM buat kerja sundal


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Tan Sri James Foong hari ini, lapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Siasatan Polis Bermotif Politik

Siasatan Polis Bermotif Politik Ke Atas Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato' Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN,
YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Datuk Seri Anwar has been advised not to respond to Eskay’s foolishness.

Kerajaan Rakyat - I  refer to the Malaysian Insider article dated today entitled “Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips”.

As   legal counsel to Datuk Seri Anwar Ibrahim, I wish to warn Datuk Shazryl Eskay Abdullah  that he should cease his foolish and childish rants about Anwar’s travels in Thailand or anywhere for that matter in the world.

 No sensible person would deem it necessary to answer the sort of questions that Eskay is posturing with pretended bravado.   Accordingly Datuk Seri Anwar has been advised not to respond to Eskay’s foolishness.

If Eskay has any specific accusations to make, then he should  make them  and meet the consequences, legal and otherwise.


Wednesday, March 30, 2011

Ramai Mufti di negara ini yang bertuhankan duit.



Ramai Mufti di negara ini yang bertuhankan duit. Mereka lazimnya mengeluarkan kenyataan yang tidak berdasarkan kepentingan tuntutan agama tetapi lebih kepada menurut suruhan iblis yang bertitah dari singgahsana Umno.. !! Merekalah Mufti yang bacul.. !!!
KUALA LUMPUR: Ketika Majlis Perundingan agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia menyeru kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menyebar rakaman seks palsu, pihak berkuasa Agama Islam di negara ini dilihat masih berdiam diri.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Keadilan), Ahmad Kassim, berkata, beliau kesal dengan pendirian Majlis Agama Islam dan kalangan mufti yang masih mengambil sikap membisu dalam isu tersebut.

PM Jepun akui krisis loji nuklear di tahap genting


Bahan radiasi dilapor sudah merebak ke serata Asia.



TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Naoto Kan, semalam menegaskan negara itu kini berada dalam keadaan 'amat berwaspada' dalam usaha mengawal krisis nuklear yang sedang dialami.

Menurut beliau, krisis yang melanda negara itu merupakan yang terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

'Gempa bumi, tsunami dan kemalangan nuklear ini merupakan krisis terbesar bagi Jepun (dalam tempoh berdekad),' kata Encik Kan di Parlimen, semalam.

'Mulai sekarang, kita akan terus menanganinya dalam keadaan amat berwaspada,' tegas beliau.

Gempa bumi sekuat 9.0 pada skala Richter pada 11 Mac lalu telah mencetuskan gelombang tsunami yang melanda wilayah timur laut Jepun.

Ia menenggelamkan bandar-bandar dan menyebabkan letupan pada loji tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi.

Menurut polis, lebih 11,000 mayat telah dijumpai tetapi angka korban bencana gempa dan tsunami dijangka melepasi 18,000 orang.

Tuesday, March 29, 2011

Anak, Menantu dan Cucu-Cucu Toyo Melancung Ke Honolulu, Florida, Paris, Morocco

Kos Percutian Khir anak lelaki Toyo dan cucu-cucu Toyo ke Honolulu, Florida, Paris, Morocco  yang ditanggung olih rakyat Selangor!!!

Kita Bicara Soal Buku Jingga bukan lubang, bukan najis, bukan air mani

Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.
“Kalau nak mati, saya mati… bukan mati karier politik.

Bicara Minda Nurul Izzah Anwar

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
29 Mac 2011

Saya mendapat maklum tentang senaskhah komik 16-muka surat bertajuk, Kisah Juara Raja Lawak, yang mengandungi imej-imej lucah seorang watak yang kelihatan serupa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke semua pengundi baru di Lembah Pantai. Komik tersebut telah dihantar melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam. Tindakan mengedar komik berniat jahat ini kelihatan seperti suatu kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Ketua Pembangkang kami, dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat.

Seven-minute clip making waves on the net


KUALA LUMPUR - There's a new video clip making waves, minus the spices that so characterise Malaysian political debate. One also need not get an exclusive invitation to any luxury hotel to view it.
The seven-minute clip posted on YouTube is produced by a group of activists to educate Malaysian voters on how to ensure the confidentiality of their votes.
The easy-to-understand clip begins with a setting at a polling centre, showing voting officers illegally marking a voters list, ballot papers and counter forms to trace selected voters.

Yusry may be roped in to ascertain the authenticity of the sex video

KUALA LUMPUR - POPULAR film director and producer Yusry Abdul Halim may be roped in to ascertain the authenticity of the sex video that showed a man resembling Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex with a foreign prostitute.

Royal Malaysian Police secretary Deputy Comm Datuk Ghazali Md Amin said police might call Yusry to help analyse the video.

'As far as we are concerned, we can call anyone to help in the investigation and that includes Yusry,' said DCP Ghazali on Monday. However, he said, police were still studying the evidence and had yet to decide if they would call the film maker or other experts on the matter.

Monday, March 28, 2011

Laporan Terkini Dari Utusan Malaysia

Esok pastinya akhbar penipu no 1 negara, Utusan Malaysia akan melaporkan "Hanya 800 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas di Stadium Malawati di sini, malam tadi.




Kepada Allah, umat Islam berserah dan menaruh
harap agar amalan finah tidak berlarutan


SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.
Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.

Demand letter to police on disruption of 25th March ceramah

Video Lucah:Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),
Email:matzainibrahim@gmail.com
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Email:iho@rmp.gov.com

YDH Tan Sri,
PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.
Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.
2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.
2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.
2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

Keputusan pemilihan 3 cabang KEADILAN

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan semula tiga cabang KEADILAN iaitu Kapar, Subang dan Kuala Langat yang berlangsung semalam berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Sebelum ini, semua cabang berkenaan berdepan masalah, antara lain berpunca dari anasir luar yang menyusup dalam parti.
KEADILAN adalah satu-satunya parti di Malaysia, mungkin di dunia yang mengamal konsep satu ahli satu undi bagi memilih pimpinan baik di peringkat pusat mahupun cabang.
Berikut ialah pemenang persaingan jawatan utama di ketiga-tiga cabang itu.

Memang senggal exco Selangor ni...


Kita bayar gaji suruh dia kerja... dia membuta pulak..!!
Jika ceramah KEADILAN di Taman Melawati Sabtu lalu bertentangan dengan undang-undang, Majlis Makan Malam 1Malaysia harus dihalang ataudibatal, kata  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Iskandar A Samad, hari ini.
Beliau  menyifatkan tindakan polis Ampang mengamal ‘double-standard’ kerana menganggu ceramah Pakatan Rakyat pada 25 Mac lalu  di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sehingga berlaku kejadian tidak diingini.

Jepun sering berbohong dalam mempromosi faedah loji nuklear



NAGOYA (Jepun): Beratus-ratus orang menyertai tunjuk- tunjuk perasaan antinuklear di Jepun semalam berikutan kemalangan nuklear paling buruk negara itu apabila sebuah lojinya di Fukushima dilanda tsunami 11 Mac lalu.


Para pekerja pula bertungkus lumus cuba mengeluarkan air tercemar daripada loji itu berikutan laporan ada kenaikan mendadak paras radiasi. Namun, paras itu akhirnya didapati satu kesilapan.

Para pegawai Jepun meminta maaf atas satu kesilapan yang menyebabkan beberapa kakitangan melarikan diri dari reaktor loji itu apabila satu ukuran menunjukkan radiasi mencapai paras 10 juta kali lebih tinggi daripada normal dalam sistem penyejukan reaktor itu.

NATO ambil alih operasi ketenteraan di Libya

BRUSSELS 28 Mac – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersetuju untuk mengambil alih operasi ketenteraan di Libya, kata pegawai NATO dan diplomat hari ini.

“NATO memutuskan untuk melaksanakan semua undang-undang yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam serta kawasannya dari sebarang ancaman rejim Muammar Gaddafi,” kata pegawai NATO selepas mesyuarat bersama 28 ahli negara bersekutu.

Berikutan itu, NATO mempunyai mandat untuk mengawal dan menentukan pergerakan operasi ketenteraan tersebut. – Reuters

12:08 AM Police surrounding Azmin's house

YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN / Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikelilingi pihak polis.

Buat masa ini belum ada maklumat lanjut. 

YB Azmin Ali, KEADILAN Deputy President / Gombak MP has informed that his house is being surrounded by police.

There are no further details for the time being.
.............................
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Anwar Ibrahim and the Struggle for Reform: A Malaysian Epic

When Anwar Ibrahim emerged from six long years in prison, he could have retired from politics and taken to memoir-writing or the lecture circuit or catch up on lost time with his family. But he threw himself into a crusade to save the country from oppressive rule, which again put him on the path of head-on collision with Umno and the government. He would have anticipated the bitterness with which the government would fight him, though perhaps not the depths to which they would sink in trying to destroy him. For the Barisan Nasional (BN), Anwar must be annihilated politically and personally, because Anwar advocates Reform, and real reform spells the end of the political life of the BN. The crumbling structure of the BN is now held up by a wide array of oppressive laws such as the Internal Security Act, Sedition Act, Police Act, Printing Press and Publications Act; and by tainted institutions such as the police, judiciary, attorney-general's office and the Election Commission. BN leaders know that Anwar's reforms will sweep away those laws, redeem those institutions and thus bring about the death of their coalition.  

Saturday, March 26, 2011

Mahathir Tubuh Kelas Tuition

Mahathir sejak tahun 1998 telah membuka kelas tuition percuma sebagai sumbangannya kepada generasi muda Malaysia. Kelas tersebut telah ditutup sementara olih Dollah Badawi. Mengikut laporan suruhanjaya pendidikan khas, Dollah Badawi mengecam penubuhan kelas tersebut kerana ia mengganggu masa tidurnya. Selepas 2008, justeru desakan kuat daripada Rosmah dan Mahathir, Najib telah merasmikan semula kelas tuition yang diasaskan olih Mahathir.

Antara sukatan pelajaran kelas tuition khas itu, seperti berikut:

DI Malaysia, Polis pencetus huru-hara dan pengganggu ketenteraman awam


Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.
Sehingga berita ini ditulis jam 11.45 malam, suasana masih kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.
Kempen itu  dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib. - keadilandaily
Nota: Kehadiran polis hanya sebagai pencetus kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam... !!

Friday, March 25, 2011

Risda nafi tempah bilik di Carcosa Seri Negara

KUALA LUMPUR 25 Mac - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.

Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.

"Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain,” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda, Halimah Abd Kadir. - Bernama

Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara.


Mohamad - kenalan Eskay sejak 1996
dedah tembelang Eskay

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.
Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996.
“Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara. Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh.
Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya.

Rahim Tamby Chik, Eskay ditangkap polis


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menangkap dua orang lelaki berkaitan tayangan video seks fitnah palsu yang cuba mengaitkan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Dua lelaki itu dipercayai merupakan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Shazryl, lapor The Star Online.
Namun, kedua-duanya dipercayai sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Mengikut portal berita itu, Setiausaha polis Bukit Aman, Ghazali Md Amin mengesahkan beberapa barangan turut dirampas polis sebagai bukti.
“Salah seorang daripada mereka memberitahu kami tempat video itu difilemkan dan kita sudah menghantar pasukan forensik bersama dengan penyiasat ke tempat kejadian,” kata Ghazali.

Video seks palsu: Mahathir, Najib bertanggungjawab

 
Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab 

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah. 

RM3,136,350,000,000,000.00 duit kita dijoli olih pemimpin Umno/BN

Umno/BN pembunuh generasi masa depan

Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Thursday, March 24, 2011

Solat Hajat, Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat 28 Mac


Program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat akan dijalankan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Mac ini,  mulai jam 7 malam.
Kebelakangan ini, amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belumpun perbicaraan kes Fitnah II selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyaksikan pelbagai kepincangan dan percanggahan, satu video seks ditayang kepada media tempatan, kononnya pelakunya adalah Anwar.
Namun, hal itu terbongkar apabila Tan Sri Rahim Tamby Chik mengakui menjadi dalang video berkenaan manakala Datuk Eskay Shazril Abdullah ‘melakonkan’ watak Anwar.
Menggunakan video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula dipujuk meninggalkan KEADILAN, malah dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

The Alleged SNAP-BN Deal

MEDIA STATEMENT
For Immediate Release


Date: 24 March, 2011

THE ALLEGED SNAP-BN DEAL

The article in the Sarawak Report entitled “SNAP’s Deal with BN” which alleged that SNAP had a secret arrangement with Barisan Nasional in Kuala Lumpur is a fabrication of the worst order. The truth is that there is and has been no deal between SNAP and BN. Further, there was never any meeting between the UMNO Information Chief Datuk Ahmad Mazlan with SNAP leaders or representatives recently, nor has there been any meeting with any BN representative to negotiate any arrangement.

The article is clearly the work of a department of dirty tricks designed to weaken SNAP just as the party is in resurgence and is getting ready for the upcoming state elections. The author wants to destroy SNAP as a viable political party. This is naughty and vicious.
The real truth is that SNAP is an independent party that works for the interests of Sarawakians in particular and Malaysians in general. Its objective is to unite the native peoples particularly the Dayaks under a single political umbrella. 

VIDEO SKANDAL SEKS: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.
Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Video Lucah: Datuk, Tan Sri, Tun Terlibat

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, satu undi yang kalian berikan kepada Umno/BN bererti kalian menggadaikan maruah diri dan masa depan anak cucu kalian.. !!!

Tan Sri Rahim Thamby Chik (kanan) dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah membuat pengakuan bahawa merekalah "Datuk T" yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video seks melibatkan pelacur upahan.

Besar kemungkinan mereka inilah yang juga bertanggungjawab terhadap berleluasanya pembikinan, pengedaran dan penjualan video-video lucah diseluruh negara yang seolahnya dibiarkan berlaku olih Polis Diraja Malaysia.
 

Satu maut, 30 cedera letupan di perhentian bas

BAITULMAQDIS 23 Mac – Sebutir bom meletup di tengah kesesakan di sebuah perhentian bas menyebabkan seorang wanita Israel terbunuh dan lebih daripada 30 orang cedera.

Kejadian tersebut berlaku sejam selepas puak militan mengancam untuk membalas serangan Israel di Gaza.

Pihak berkuasa berkata, bom tersebut disembunyikan di dalam sebuah beg di perhentian berdekatan terminal bas di tengah Baitulmaqdis.

“Letupan tersebut berlaku sekitar pukul 3 petang waktu tempatan,” kata ketua polis Baitulmaqdis, Aharon Franco. – AFP

Wednesday, March 23, 2011

Elizabeth Taylor dies; screen legend was 79

Elizabeth Taylor shown here in a 1950s studio portrait.

Elizabeth Taylor, whose Hollywood career included more than 60 films and two Academy Awards for best actress, has died at 79. 


Elizabeth Taylor, a voluptuous violet-eyed actress who lived a life of luster and anguish and spent more than six decades as one of the world's most visible women for her two Academy Awards, eight marriages, ravaging illnesses and work in AIDS philanthropy, died Wednesday at age 79. 


She had been hospitalized six weeks ago for congestive heart failure, according to a statement issued by her publicist, and died surrounded by family members at Cedar-Sinai Hospital in Los Angeles.

Sejarah Datuk T. Dia Seorang Perogol

Nota: Perogol ini dan ini adalah dua daripada tiga orang yang terlibat dalam pengedaran dan tayangan filem lucah. Satu perkara yang hampir pasti ketiga-tiga haramjadah ini tidak akan disiasat apatah lagi didakwa.. ! 


Nak harapkan PDRM..? Alahai... !! Lupakanlah beb... Ta'kan dah lupa... Ketua Polis Negara adalah kepala haramjadah number satu negara..!! Cerita Sultan ni pun senyap beb... 
Abdul Rahim Tamby Chik dan Noryati Binti Mohamad Yusop

Nenek Mangsa Rogol Rahim tamby Chik meluahkan isi hatinya


"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim

Pemimpin Umno tidak takut dengan Allah Swt


Rahim Tamby Chik

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah individu yang masih berdendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, akibat kejatuhan karier politiknya satu ketika dahulu.
Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, mengulas pendedahan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini.
Johari dalam sidang media tengahari tadi mendedahkan beliau dijemput oleh Rahim untuk menonton rakaman video seks yang didakwa dilakukan Anwar di sebuah hotel di ibu negara, melalui kenalannya, bekas konsultat kehormat Thailand, Datuk Shazryl Eskay .

Sah! Rahim Tamby Chik dalang video fitnah


Dato’ Eskay Shazril Abdullah aka Datuk T
Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.