Followers

Pages

Tuesday, May 31, 2011

Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat


PETALING JAYA: Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad,  sebelum disalur terus kepada pengguna.
“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.
“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.

UFO photographed in China


A man took a picture of an unidentified flying object (UFO) while holidaying in the outskirts of Kunming, China. -- PHOTO: THE STAR/ANN

A MAN took a picture of an unidentified flying object (UFO) while holidaying in the outskirts of Kunming, China.

He did not notice anything strange in the sky until he looked at the photographs he took later.

'I took two pictures of the scenery. When I checked them later that night, I saw three black dots hovering above the Songhua dam in one of the photos. The biggest one looked like a butterfly,' he said.

Monday, May 30, 2011

Malaysia ups power, natural gas prices

PUTRAJAYA - MALAYSIA said on Monday it will raise electricity prices by an average 7.12 per cent from June 1 in an effort to cut down on subsidies.

Officials said natural gas prices would also rise by 3 ringgit (S$1.22) per mmBtu each six months until it reached market levels.

Power prices would rise by as much as 2.23 sen per kilowatt hour.

The price charged by state oil company Petronas for power generation would rise to 13.7 ringgit per mmBtu from 10.7 ringgit, they said. -- REUTERS








Najib terdesak dapatkan sokongan belia bagi PRU


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan anak muda bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, Perhimpunan Sejuta Belia 2011 yang dianjurkan baru-baru ini membuktikan hakikat itu.
Menurutnya, ketakutan Najib semakin terserlah apabila menyeru anak muda mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.

Thursday, May 26, 2011

Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan mengkhianati kebajikan anak-anak yatim

PENDAFTARAN RUMAH ANAK YATIM: ADA RUANG UNTUK PROSES DILICIN DAN DIPERCEPATKAN

Perhatian saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bahawa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh baru-baru ini, tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saya tidak mempertikaikan kenyataan menteri tersebut dan percaya mesti terdapat rekod JKM yang menunjukkan rumah anak yatim terbabit tidak berdaftar dengannya. Apa yang ingin saya bawa kepada perhatian umum adalah proses untuk rumah yatim mendaftar dengan JKM, setahu saya, memerlukan kelulusan terlebih dahulu dari tiga badan berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan. Ini saya yakin adalah kerana terdapat syarat-syarat dan garispanduan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah rumah anak yatim sebelum boleh ia dikenali secara rasmi sebagai rumah sedemikian.

Wednesday, May 25, 2011

Malaysia negara perompak!



Singapura bukan negara pengeluar minyak. 
Malaysia negara perompak hasil minyak. 

Kerajaan Rakyat l Singapura : HARGA minyak petrol dan diesel telah berkurangan buat kali kedua dalam dua minggu, sedang kebimbangan tentang ekonomi global terus menjejas harga minyak.

Chevron Singapore Pte Ltd, yang menjual minyak jenama Caltex, merupakan syarikat pertama menurunkan harga semua gred minyak, iaitu sebanyak 3 sen seliter, pada 6 petang kelmarin.

Singapore Petroleum Co (SPC) mengambil langkah yang sama sekitar sejam kemudian, disusuli Shell malam itu.Syarikat penjual minyak secara runcit terbesar di Singapura, Esso, merupakan yang terakhir menurunkan harga minyak. Ia hanya berbuat demikian semalam pagi.

Singapore pump prices dip again


A petrol pump attendant at work. Petrol and diesel prices have fallen for the second time in two weeks. -- ST PHOTO: NEO XIAOBIN

PETROL and diesel prices have fallen for the second time in two weeks as simmering worries about the global economy weighed on oil prices.

Caltex made the first move on Monday 6pm when it lowered pump prices by three cents a litre across the board.

Singapore Petroleum Co (SPC) matched the reduction at 7pm, followed by Shell at 9pm.

Tuesday, May 24, 2011

Ambil tindakan ke atas penyiasat SPRM

Kiriman Yap Heng Lung, melalui e-mel
Suaram menggesa pihak polis mengambil tindakan dan penyiasatan segera dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama Ghani yang berbunyi “Bukan saya…Orang saya” dalam satu perjumpaan dengan keluarga allayarham Ahmad Sarbani pada April 28,2011 lalu.
Maziah Manap, isteri Allayarham Ahmad Sarbani telah melakukan perjumpaan dengan pegawai penyiasat SPRM, Ghani pada April 18, 2011 di Pejabat Kastam Subang Jaya sewaktu dalam proses menyerahkan 11 dokumen peribadi Allayarham kepada SPRM.
Dimaklumkan bahawa pegawai tersebut telah terlepas cakap tentang penglibatan orang lain dari kalangan SPRM (orang saya) dalam kes melibatkan kematian Allayarham Ahmad Sarbani.

KEADILAN terus runding dengan parti politik hadapi BN


PETALING JAYA: KEADILAN akan meneruskan rundingan dengan parti-parti politik yang cenderung kepada perubahan dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Naib Presiden Keadilan, Tian Chua.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru perbincangan bersama Parti Progresif Sabah (SAPP).
“Kita berharap sebelum berlangsung pilihan raya umum, perjanjian dan kerjasama dapat dimeterai.
“Ini adalah langkah yang diambil dalam usaha untuk memberikan saingan yang kuat kepada Barisan Nasional,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Seorang pelakon bernama Khairy

Khairy Jamaluddin


KENYATAAN MEDIA
23 MEI 2011


Khairy bersandiwara, sokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah jadi PM



Saya merujuk ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh media. 


Antara lain, Khairy menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat, mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

Monday, May 23, 2011

Dari Pejabat Presiden Parti KEADILAN Rakyat


Kisah tanah runtuh Hulu Langat di rumah Persatuan Anak Yatim dan Madrasah Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14 merupakan satu tragedi. Ia menggesa kita semua mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan mempertingkatkan lagi kesedaran serta keprihatinan dalam kehidupan seharian.

Saya sempat menziarah mangsa yang terselamat juga bersama jenazah di Masjid Bt 14. Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban. Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

Menyanggah Kenyataan Khairi Jamaludin

Oleh: Ustad Idris Ahmad
Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairi yang mendakwa bahawa umno pembela orang Melayu, hakikatnya umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian  yang mendakwa Pas ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad  kalah menentang  Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato’ Onn Jaafar, tetapi tewas dengan  dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. 

Sunday, May 22, 2011

Kerajaan Barisan Nasional tidak pandai urus wang

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa kerajaan menarik balik subsidi rakyat kerana mereka tidak tahu mengurus kewangan negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada masa sama menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rakyat Malaysia penagih subsidi.
“Kenyataan Najib ini menghina rakyat Malaysia kerana tanggungjawab kerajaan yang memerintah membantu mengurangkan  beban rakyat.

Senarai mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini  dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Malaysian landslide: The actual cause


Che Rosli Che Mat, an opposition lawmaker, told AFP news agency: "The landslide happened very fast. Only a few children managed to escape."
Opposition politicians told the BBC that many trees had been been cut down in the area, to make way for development schemes.

Police Celebrity



KERAJAAN RAKYAT - JAKARTA: Wajah ceria dan senyuman manis menjadi senjata terbaru polis di Indonesia dalam memberi perkhidmatan dan melindungi masyarakat.

Penduduk mungkin terkejut dengan pendekatan baru polis itu dan mereka pasti akan lebih berlembut dengan anggota badan penguatkuasa berkenaan kali ini.

Pihak polis kini lebih cenderung mengerah sekumpulan anggota berwajah menarik menangani tugas sukar.Superintenden Kristanto Yoga, Superintenden Desmont Harjendro, Inspektor Eny Kuswidiyanti, Koperal Avvy Olivia, Koperal Astri Widya dan Koperal Pertama Eka Frestya adalah antara yang terpilih sebagai wajah baru pasukan polis.Sebahagian daripada tugas mereka adalah memberikan laporan lalu lintas secara langsung di televisyen.

PENCALONAN JAWATAN NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

dr raja.png
Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat bagi Muktamar Tahunan kali ke – 52 Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1 – 2 Jun ini di Shah Alam nanti.

Saya amat yakin pencalonan yang telah saya terima adalah satu tugas berat dalam konteks Negara bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Malah tugas penting ini juga bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Saturday, May 21, 2011

Alamak!!! Umno nak buat kejutanlah...


KERAJAAN RAKYAT - PEKAN: Umno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan ‘kejutan’ daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sebagai paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Mohamad Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS

KUALA LUMPUR: Ahli jawatankuasa kerja (AJK)  PAS Mohamad Sabu mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PAS.
“Saya mahu membantu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memenangi masyarakat bukan Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau sejurus selepas sidang media Bersih bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli tengah hari tadi di ibu pejabat PAS pusat di sini.

Friday, May 20, 2011

Undang-Undang Rimba: Siapa membuat laporan akan dihukum



Polis yang mengikut telunjuk kerajaan Umno/BN berkemungkinan besar mengamalkan undang-undang rimba apabila yang melakukan kesalahan tidak disiasat sebaliknya yang melaporkan kesalahan disiasat, malah ramai yang dipaksa dan disiksa termasuk ada yang mati terbunuh!!! 
KUALA LUMPUR: Polis diminta memberi penjelasan dan tujuan sebenar mereka mendapatkan keterangan Pengarah Eksekutif  Tenaganita, Irene Fernandez, berhubung kes rogol pembantu rumah yang dikaitkan dengan  seorang menteri kabinet tidak lama dahulu.

Thursday, May 19, 2011

Mak oiii !!!. Apa pasal pulak jadi macam ni?

KENYATAAN MEDIA
19 MEI 2011


Pendaftar Pertubuhan ugut batalkan KEADILAN!

Parti Keadilan Rakyat telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Dato' Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung. Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan. Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:

Kemuncak kezaliman Umno/BN: Parti KEADILAN Rakyat akan diharamkan


YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN akan mengadakan Sidang Media jam 12.00 tengahari hari ini 19 Mei 2011 di Ibu Pejabat KEADILAN  mengenai amaran Pendaftar Pertubuhan untuk mengharamkan KEADILAN. Semua media dijemput hadir.


YB Saifuddin Nasution, the People's Justice Party (KEADILAN) Secretary General will be having a Press Conference at 12.00 noon today 19 May 2011 at the KEADILAN Headquarters regarding the warning from the Registrar of Societies to declare KEADILAN illegal. All media are invited.


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya




Wednesday, May 18, 2011

Kedutaan Amerika pantau Najib dan pembunuhan Altantuya


KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat dilaporkan sentiasa memantau pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh laman web WikiLeaks.
Diplomat di Kedutaan Amerika juga dilaporkan sentiasa berbincang sesama mereka samada perbicaraan itu sebelum ini sengaja dilengah-lengahkan. Kebimbangan mereka yang lahir daripada perbincangan sesama sendiri itu adalah berasaskan sumber daripada pihak pendakwa, kerajaan dan juga pembangkang.

DSAI muncul di Yahoo Malaysia Question Time esok

Makluman Media:
18 Mei 2011
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan rakyat Malaysia yang pertama dijemput sebagai panelis segmen interaktifYahoo! Malaysia 'Question Time. Segmen tersebut akan bermula pada hari Khamis 19hb Mei 2011 pada jam 11.30 pagi. Dato' Seri Anwar akan meluangkan masa hampir 1 jam bersama warga cyber menerusi platform "Cover It Live" di mana warga cyber dapat berkomunikasi dengan Dato' Seri Anwar secara langsung. Editor Yahoo! Malaysia akan bertindak sebagai fasilitator.

A HISTORIC WALK TO REMEMBER


Dear Friends,


The Stop Lynas! Movement will be organizing a STOP LYNAS! Solidarity Walk this Friday (20th of May, 2011) from KLCC to the Australian High Commission. The walk will end with the handing of the people's memorandum to the Australian High Commissioner to Malaysia.


This event is jointly organized by THE PEOPLE'S GREEN COALITION, KUANTAN ENVIRONMENTAL WATCH GROUP & SAVE MALAYSIA.


Tuesday, May 17, 2011

Hadi menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pas



Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatannya apabila diisytiharkan  menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Agung Pas 2011.
Turut mengekalkan jawatan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib.




Monday, May 16, 2011

Biar Aku Jadi Pembunuh.. !


Kalau nak tengok manusia yang berperangai seperti haiwan. 
Lihatlah perangai pemimpin dan penyokong Umno. 


Bedanya: 
Haiwan sebenar berfaedah untuk manusia. 
Haiwan jenis Umno.. menyusahkan manusia.. !! 
Bunuh Umno... manusia akan nyaman.... insyaAllah




Bangkai khinzir digunakan untuk menghasilkan makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media oleh NTV 7yang disiarkan di dalam Edisi Siasat Mandarin berkaitan isu khinzir yang telah mati di Tanjung Sepat, Selangor yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.Berita berkenaan melaporkan, bahawa penternak khinzir tersebut telah menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej daging, daging salai, dim sum dan pau.

KKM memandang serius terhadap perkara ini.  KKM sedang menjalankan siasatan berkenaan isu ini.  Jika KKM mendapati isu ini berasas, maka tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13A, Akta Makanan 1983.

Saturday, May 14, 2011

Dari Allah dia datang kepada Allah SWT jua ia kembali

Salaam semua pengunjung kerajaan rakyat yang budiman,

Jam 5.30 petang tadi Allah SWT yang maha pencipta telah menjemput adik saya kepangkuanNya. 

Kepada kalian, saya mohon doakan agar roh adik saya (Mohd Khairulzaman binti Sharifah Hanim - [dibintikan kepada ibu dalam doa] ditempatkan dikalangan hamba2 yang dikasihi dan dirahmatiNya.

Salam Persaudaraan Islam,
kerajaan rakyat

Norasiah Mahat: Kenapa Eskay, polis dan Najib ambil jalan payah untuk memalukan Anwar


Google's Blogger back after 20-hour outage

WASHINGTON - GOOGLE'S Blogger was back up Friday after suffering an outage that knocked the blogging platform used by millions offline for over 20 hours.

'We're very sorry that you've been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours,' Blogger manager Eddie Kessler said in a post on the Blogger Buzz blog. 'We use Blogger for our own blogs, so we've also felt your pain.'

Jerit "Hidup Saiful" dapat upah RM50.00


MELAKA: Yang Melayu membentang tikar dan duduk. Yang Cina mahupun India, ada berdiri dan ada yang duduk di bangku kecil yang dibawa dari rumah.
Tiga gaya berbeza namun satu matlamat sama – mendengar ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka hadir Ceramah Perdana Tawan Melaka PRU-13, ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ di Pejabat Pas Kawasan dan Unit Peti Undi Bukit Katil dan walaupun ia berlangsung di markas PAS, ceramah itu menarik khalayak pelbagai kaum.

Thursday, May 12, 2011

Eskay rancang timbulkan ketegangan


Datuk Shazryl Eskay Abdullah

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.
Dalam surat terbarunya, Mat Zain berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Kerana perbedaan fahaman politik, Menteri Pelajaran nafikan keselesaan pelajar

“Selain tidak dapat menampung pertambahan pelajar baru yang semakin meningkat setiap tahun, kadangkala pelajar sesi petang pulang lewat dari sekolah sehingga pukul 8 malam disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Disebabkan itu, pelajar tergesa-gesa mengikuti jadual asrama yang ditetapkan sehingga terlepas waktu makan malam dan kelas tambahan malam (prep),” menurut sumber terbabit.
Beliau berkata, pelan perancangan itu telah pun diusulkan kepada Kementerian Pelajaran sejak 10 bulan lalu, namun masih tiada jawapan jelas diberikan.
“Menteri Pelajaran masih tak mahu memberikan kelulusan kerana alasannya Selangor adalah negeri pembangkang Pakatan Rakyat,” katanya.

Wednesday, May 11, 2011

Kelas belajar mengira: 3 darab 2 = 61


Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Harga minyak di pasaran Asia jatuh lagi kepada AS$101 setong Selasa disebabkan peniaga menjangka pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan lemah, lapor AP semalam.
Penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh AS$1.41 kepada AS$101.14 setong lewat petang Isnin dalam tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi bursa dagangan New York.

Video Datuk T.. tak real.. ini yang real: Servis Pelayan Bertelanjang Dada


Sebuah kedai kopi terpaksa ditutup setelah didera gelombang penentangan dari warga sekitar di sebuah kota kecil di AS. Gelombang penentangan itu muncul bukan karena produk kopi yang ditawarkan Grand View Topless Coffee Shop di Vassalboro, Maine, melainkan karena para pelayan kedai kopi, baik pria maupun wanita, bertelanjang dada saat melayani pelanggan.

Kematian Osama bin Laden: Pembohongan aparat Amerika


Para perempuan pendukung Osama bin Laden ikut unjuk rasa di depan
kantor Kedutaan Besar Amerika Serikat di London, Inggris, Jumat (6/5/2011).

MOSKWA, KOMPAS.com — Menteri Intelijen Iran Heidar Moslehi mengatakan, Teheran punya bukti bahwa Osama bin Laden telah meninggal akibat penyakit, lama sebelum AS melakukan serangan ke kompleks tempat tinggalnya di Pakistan, Senin pekan lalu, lapor kantor berita resmi Iran, FARS, Selasa (10/5/2011). "Kami punya informasi akurat bahwa Osama bin Laden meninggal dunia karena sakit beberapa waktu lalu," kata Moslehi.


Tuesday, May 10, 2011

Alahai Najib, kalau orang panggil U "pandikutty" pun apa salahnya?


Ada mirip "pandikutty' tak dia ni?

Najib ni selalu sangat buat hal. Orang cakap lain, dia dengar lain. Elo Najib, tak kan lah asyik melayan Rosmah sampai korek telingga pun tak sempat.. !! Takut sangat dengan bini la hang ni... !

Perancangan Sulit Untuk Membunuh Anwar Ibrahim


Pemandu Anwar, Abdullah Sani ketika membuat
laporan polis, mendakwa terdapat usaha membunuh
 ketua pembangkang itu

Kerajaan Rakyat - PETALING JAYA: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said mendakwa terdapat percubaan pihak tertentu untuk membunuh atau mencederakan Ketua Umum KEADILAN tersebut.
Dalam laporannya kepada pihak polis kira-kira jam 4 petang hari ini, Abdullah berkata, ia berikutan wujud usaha khianat untuk mensabotaj kereta yang  dinaiki Anwar dan keluarganya.

PRU-13: Susilo Bambang Yudhoyono akan bertanding di Parlimen Hulu Selangor


Kerajaan Rakyat - PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan senjata kotor Umno bagi mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2000 pengundi baru warga Indonesia.
Timbalan pengerusi KEADILAN selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mendapat maklumat itu berdasarkan surat yang ditulis Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri HIshamuddin tun Hussien.

Laporan macam ini akhbar Utusan Malaysia tidak akan siarkan sebab Ketua Pengarang dia pembodek!!


Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.
Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.
“Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.

Haramjadah punya polis, buta ke mata dia?


TAKTIK TERBARU: Poster 'along' yang cuba memperdaya pelanggan dengan meniru warna dan mengubah ejaan sebuah bank sekitar Bangi. -- Foto BHM

PDRM sibuk kononnya nak benteras ceti haram, bersepah iklan ceti @ along di Malaysia ni. Apa yang dibuat olih badan penguatkuasa, polis dan Majlis Tempatan?.. Hapah... semuanya sama... merekalah sebenarnya tali barut para ceti haram atau along-along sial tu...

Sabotaj kereta, pemandu Anwar buat laporan polis


KUALA LUMPUR: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini.
Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan  Anwar dan keluarga.
Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April  yang lalu.

Berita lanjut menyusul

Siapakah wanita sundal itu?


Kerajaan Rakyat : Sejarah banyak mengajar kita betapa kehebatan seorang lelaki biasanya didorong olih seorang insan bergelar wanita. Dalam banyak hal, wanita itu mungkin ibunya, mungkin kekasihnya atau isterinya.

Sejarah juga banyak memaparkan cerita kehancuran lelaki berakibat daripada dorongan, hasutan, godaan dan persundalan wanita yang didampinginya. Dalam hal ini kebarangkalian yang kerap terjadi wanita itu samada kekasihnya atau isterinya sendiri.

Monday, May 9, 2011

No. 2 PAS : Mat Sabu Dahului Senarai Pencalonan


KUALA LUMPUR 9 MEI : Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden mengatasi jumlah yang diterima penyandangnya Nasharudin Mat Isa, setakat hujung minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu” sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Setakat hujung minggu lalu, hampir 75 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing. Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan ialah 15 Mei ini.