Followers

Pages

Thursday, June 30, 2011

Siapa yang berbohong, Mashitah Ibrahim atau Jamil Khir Baharom?

Mashitah dulu (kiri) dan kini (kanan) .. Dah pandai make up!!
KerajaanRakyat: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa Speaker Dewan Rakyat merujuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen kerana mengelirukan dewan.

Izzah mendakwa jawapan diberikan Mashitah bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berhubung penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) .

Ia berhubung pertanyaan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution 21 Jun lalu, mengenai penggunaan wang zakat bagi membayar khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Jamil Khir dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.