Followers

Pages

Sunday, July 31, 2011

Maafkan Saya.. Kerajaan Rakyat


Mata kekadang tersalah lihat,
Mulut kekadang tersalah ucap,
Jari kekadang tersilap titip,
Hati kekadang tersalah duga,
Segala kesilapan yang pasti ada,
Maafkan Saya.. Kerajaan Rakyat,
Mohd Sofi Yassin

MARHABAN YAA RAMADHAN
MARHABAN YAA RAMADHAN
MARHABAN YAA RAMADHAN

Najib kena laksanakan 4 perkara penting

Sekadar membebaskan enam ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah Ordinan Darurat tidak akan memulihkan imej Datuk Seri Najib Razak yang sudah hilang kewibawaannya sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri mesti melaksanakan empat perkara penting untuk memastikan Malaysia tidak menjadi bahan ketawa dunia.

Pertama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara perlu meminta maaf secara terbuka kepada PSM6 kerana ditahan secara tidak adil, manakala Najib pula perlu menggugurkan empat pengisytiharan Darurat sejak 34 hingga 47 tahun lalu di samping memansuhkan Ordinan Darurat serta undang-undang zalim yang lain.

Al-Qaeda, Musuh atau Teman AS


Bersamaan dengan klaim anti Iran petinggi Amerika Serikat yang menuding Tehran mendukung milisi al-Qaeda, kelompok ini mengirim pesan video yang menentang pemerintah Suriah. Tindakan mereka ini tak berbeda dengan AS dan Rezim Zionis Israel. "Jika memungkinkan kami akan berperang melawan Suriah," ungkap al-Qaeda.
Ayman al-Zawahiri, pemimpin al-Qaeda dalam pesannya yang dipublikasikan Jum'at (30/7) sependapat dengan AS yang menentang kekuasaan Bashar Assad di Suriah.

Kami tak kisah digelar sebagai pelacur


Dalam kedua-dua debat bersama Pengerusi BERSIH, Ambiga, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad, kerap kali menyatakan SPR tidak mempunyai kuasa. 

Sebagai contoh:


Penjara Tora Nantikan Kedatangan Hosni Mubarak


Mantan diktator Mesir, Hosni Mubarak sepertinya tidak akan lolos dari jeratan hukum. Dewan Tinggi Militer selaku pelaksana pemerintahaan saat ini terus mendapat tekanan dari rakyat untuk mengadili pejabat mantan rezim Mubarak, termasuk sang diktator sendiri beserta keluarganya.
Setelah beberapa bulan pasca runtuhnya rezim Mubarak, kota pariwisata Sharm el-Sheikh menjadi tempat peristirahatan mantan presiden Mesir beserta keluarganya. Kondisi ini membuat rakyat Mesir geram dan mereka kembali turun ke jalan-jalan menuntut percepatan proses reformasi dan pengadilan bagi Mubarak beserta kroninya.

Saturday, July 30, 2011

Britain will never humiliate Najib

KerajaanRakyat l by Mariam Mohktar : The United Kingdom expelled the remaining Libyan diplomats from the London Embassy on July 27, but it had little to do with democracy despite the British claims.
The announcement was more a calculated move to protect British interests in Libyan oil and minerals. Plus the fact that the EU, including Britain, found that Muammar Gaddafi was a good repeat customer for arms.
Hopeful Malaysians thinking that Britain would mete out the same treatment to Prime Minister Najib Tun Razak should desist from harbouring such thoughts.
Britain will never humiliate Najib. After the red carpet treatment and the various receptions at Mansion House, Downing Street and Buckingham Palace, Najib is practically the “golden boy” of the Far East.

Bank kekurangan wang


BANK KURANG WANG: Puluhan pelanggan sebuah bank milik pemerintah Libya berkumpul di luar bangunan institusi kewangan itu di Benghazi kelmarin kerana mahu mengeluarkan wang mereka sempena Ramadan ini, namun pihak bank kekurangan wang. -- Foto AFP

Kerajaan Rakyat - BENGHAZI: Dengan menjelangnya Ramadan dalam beberapa hari lagi, rakyat Libya mengunjungi bank- bank di Benghazi setiap hari dengan harapan dapat mengeluarkan wang mereka bagi menyambut bulan suci Islam itu.

Namun, bank-bank di Benghazi, kubu pihak pemberontak yang sedang menentang pemerintahan pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, sejak lima bulan lalu, sedang menghadapi krisis dan gagal memenuhi kehendak majoriti pelanggannya itu.

Pimpinan tertinggi SPRM mesti dikena tindakan


Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melahirkan kekesalan tentang laporan Suruhanjaya siasatan Teoh Beng Hock yang membuat kesimpulan bahawa Teoh Beng Hock "di-bunuh diri".  Analisis psikologi suruhanjaya siasatan bahawa Teoh berubah daripada kumpulan risiko rendah kepada kumpulan risiko tinggi untuk membunuh diri selepas sesi soal siasat SPRM cuma suatu andaian, kesimpulan bunuh diri tersebut dibuat tanpa sebarang bukti fizikal adalah dangkal dan terburu-buru, melanggar prinsip-prinsip undang-undang yang memerlukan bukti kukuh.

Apple now has more money than the US


According to a CNN report, Apple had US$76.2 billion (S$91.7 billion) in cash and marketable securities at the end of June, more than the US' operating cash balance of US$73.8 billion--PHOTO : REUTERS

TECH giant Apple has more money than the US government, media reports revealed on Saturday.

According to a CNN report, Apple had US$76.2 billion (S$91.7 billion) in cash and marketable securities at the end of June, more than the US' operating cash balance of US$73.8 billion.

Apple, whose products include the iPad and the iPhone, recently become the world's largest smartphone vendor by volume.

Skandal penjualan tanah seluas 300.5 hektar di Sendayan



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa tidak telus berkaitan transaksi penjualan tanah seluas 300.5 hektar di Sendayan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan, Anthony Loke, (gambar kanan) mempersoalkan mengenai harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi.

“Apakah terma-terma dalam perjanjian jual beli tersebut, dan adakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan perihal transaksi tersebut yang dijalankan dengan sangat rahsia sekali.

Rosmah Mansor hendak beri perhatian kepada hal rakyat, dia kata kes cincin RM24juta itu fitnah

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Romah Mansor enggan melayan dakwaan beliau membeli cincin berharga lebih RM24 juta sebagaimana yang didedahkan oleh beberapa blogger.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

MCA marah DAP utamakan Melayu

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.
Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.
“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Friday, July 29, 2011

Dah beri RM211 juta, Rosmah Mansor kata tak cukup.. dia mintak lagi..!


Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).
Bernama hari ini melaporkan, Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan  pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.
Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu di luar bandar untuk  ‘memastikan’ kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses  pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Thursday, July 28, 2011

Rosmah Mansor betul punya kerjakan duit rakyat


Entah berapa juta pula dihabiskan oleh Rosmah Mansor dan Najib Razak untuk projek DSR ni.


KUALA LUMPUR: Selepas laman web Pejabat Wanita Pertama Malaysia atau F.L.O.M ditutup pada 27 Januari lalu, ia digantikan pula dengan laman web baru yang dinamakan DSR atau ‘Datin Seri Rosmah’.
Halaman khusus dalam laman web Jabatan Perdana Menteri itu boleh dilayari melalui alamat di http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/
Dengan latar utama berwarna merah jambu, bahagian atas yang mendominasi perhatian adalah paparan slaid bergambar aktiviti Rosmah yang berselang setiap 5 saat.

Alahai Ahli Parlimen Ampang dapat pembantu... otak taraf tempurung!

Alahai kesiannya Ahli Parlimen Ampang. Sapa agaknya ahli parliment tu ya? 

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, mengecam tindakan kempen di internet yang mengaitkan beliau dengan aktiviti keganasan.
eh eh ... sejak bila pulak Ahli Parliment ada peruntukan Setiausaha Politik..?? Kalau sudah berangan hebat... macam-macam jawatan dia letak sendiri.. ! 

Betul dari sudut politik Umno & PKR, salah dari sudut adap

Kerajaan Rakyat melihat insiden penangkapan 7 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari dua sudut yang berbeda:

1- Perbuatan mereka benar (tidak salah) dari pandangan politik. Mereka (AMK) adalah anak-anak muda yang baru belajar berpolitik. Cara rempoh dan terjah adalah cara politik murahan yang kerap diamalkan oleh mana-mana individu/puak yang cuba mendapat nama dalam arena masing-masing.

2- Perbuatan mereka silap (tidak tepat) dari sudut adap. Melihat kepada klip video (di sini) dengan jelas menunjukkan mereka dengan sengaja ingin mencari publisiti murahan. Andai mereka benar-benar ikhlas untuk menyampaikan surat kepada Perdana Menteri, mereka tidak wajar menggunakan cara itu, itu cara biadap namanya. Kerajaan Rakyat kurang pasti sejak bila cara biadap dan kurang matang seperti ini mula digemari oleh golongan muda dalam PKR.

Wednesday, July 27, 2011

Obama beri amaran 'krisis ekonomi yang mendalam'



WASHINGTON: Presiden Amerika, Encik Barack Obama, semalam memberi amaran tentang 'krisis ekonomi yang mendalam' sedang beliau mencabar Speaker Rumah Republikan, Encik John Boehner, mengenai batasan hutang.

' Kami tidak boleh membenarkan rakyat Amerika mengalami kerosakan kolateral kepada konflik politik Washington,' kata Encik Obama dalam ucapannya di Rumah Putih yang disiarkan di televisyen semalam, yang dipetik agensi berita Bloomberg.

Tidak lama kemudian, Encik Boehner pula dalam ucapannya dari bandar Capitol, memberi respons dengan menyatakan Presiden Obama ingin mendapatkan sokongan mudah bagi meneruskan perbelanjaan pemerintah yang boleh 'melemahkan semangat rakyat'.

Najib kena pergi sekolah semula... belajar

“Saya sarankan beliau (Najib) kembali ke bilik darjah untuk dalami semula apa itu demokrasi yang sebenarnya,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar).
Ini, katanya kerana demokrasi merupakan pelajaran pertama dalam silibus KBSM tingkatan satu.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjelaskan perhimpunan Bersih di ibu kota baru-baru ini dengan alasan sekiranya dibenarkan, bagaimana rakyat yang lain yang bukan Bersih.
Baginya, itu adalah kenyataan yang keanak-anakan dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang punya hak untuk berhimpun.

Ahli politik mempunyai keistimewaan yang tidak masuk akal dan gaji yang terlalu tinggi


ROME: Berita mengenai faedah dan keistimewaan mewah yang diperolehi Ahli Parlimen semasa Italy menghadapi krisis ekonomi kini mencetuskan kemarahan orang ramai di laman web sosial.

Dakwaan itu datang daripada seorang penulis blog yang menggelarkan dirinya sebagai 'Spider Truman', yang mengatakan maklumat itu diperolehinya semasa bekerja di Dewan Rakyat sebelum beliau dipecat.

Kini, akaun Facebooknya mempunyai seramai 341,800 pengikut dan jumlah itu semakin bertambah.

'Ahli politik mempunyai keistimewaan yang tidak masuk akal dan gaji yang terlalu tinggi dan kita seperti telah kembali ke zaman kuno Yunani, ketika tuhan-tuhan di Gunung Olympus menentukan nasib rakyat.


Skandal Scorpene

Sampai sekarang Umno/BN GAGAL beri definasi "Apa Itu Terrorist"

‎1982>>>> 1998 >>>> sehingga kini.....Strategi DUA sahabat yang 'berpisah' rupa2nya telah membawa seribu kebaikan kepada negara..... di antara dua tarikh itu, Ku Li jugak bangkit bersuara ....pada mulanya pada tahun 1987...... 
Sila tonton clip ini sepenuhnya
Kini, Almarhum Ust Fadzil Noor sudah tiada....maka tinggallah DSAI dan Ku Li......seorang menerajui PR.....dan seorang lagi sudah bangkit buat kali kedua dari dalam umno....menubuhkan NGO baru......AMANAH...... .dalam ruang yang ada, mereka bergerak.......amat nyata, apa yang berlaku selalu diperlekeh tetapi kesanya amat positif....inilah namanya perjuangan yang diredhaiNYA!!!....

Tuesday, July 26, 2011

Bersih 2.0: Arahan seorang perogol


Geli hati apabila membaca seruan Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video BERSIH 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.  Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar.

Saranan beliau di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".

Barisan Nasional melakukan kesalahan yang sama, kesilapan yang berulang-ulang

Beberapa isu tentang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih terus diperkatakan, baik dari pihak penganjur, orang awam, polis atau kerajaan sendiri.

Antaranya kes kematian pejuang Bersih iaitu Allahyarham Baharudin Ahmad yang disahkan oleh doktor berpunca dari serangan jantung. Tetapi laporan lengkap hasil bedah siasat itu masih belum didedahkan.
Adalah pelik, sesudah punca kematian disahkan sebagai serangan jantung, mengapa hingga kini masih belum ada laporan bertulis mengenainya?

Kemudian timbul berita yang mengatakan bahawa Allahyarham tercedera dan tiga tulang rusuknya patah. Kenyataan dari pihak Kementerian Dalam Negeri pula dalam kenyataannya mendakwa bahawa mungkin ia berpunca dari rawatan cardiopulmonary resuscitation (CPR).

Beras mau... Keras pun mau... baru bolih kasi sendawa 16 kali

KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak terkenal di Malaysia, Salih Yaacob, 48 tahun, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri Kelantan, Cik Wan Ubaidah Omar.

Cik Wan Ubaidah berkata anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.

Janji Tuhan Pasti Berlaku

Luangkan masa lima minit dengar dan hayati lagu ini.
(Lirik dan lagu dari kumpulan Shoutul AMal).

Monday, July 25, 2011

Kekasih bekas Menteri Besar Selangor bongkar kisah cinta mereka

Hebat wanita itu, belum bernikah... baru bercinta.... dia sudahpun tahu cara dan gaya tidur kekasihnya. Begitulah hebatnya pemimpin Melayu..!

Seorang wanita menghubungi saya mendakwa bahawa beliau dan bekas Menteri Besar itu pernah bercinta selama lebih kurang 2 tahun lebih.

Oleh kerana Menteri Besar itu sudah berkahwin dan statusnya yang dikenali ramai, maka percintaan mereka adalah 'rahsia'. Mereka akan berjumpa seminggu sekali yang diaturkan melalui orang tengah iaitu 'Datuk A'.

Beliau mendakwa Menteri Besar itu memanggilnya dengan gelaran 'Ling' dan beliau pula memanggil Menteri Besar itu dengan panggilan 'Dar'. Mereka 'berdating' di Sky Room federal Hotel. Beliau juga menjelaskan secara terperinci status perhubungan mereka. Antaranya

Sunday, July 24, 2011

Tahniah Datuk Nicol Ann David



NICOL bersama Gregory Gaultier menunjukkan trofi yang mereka menangi pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2011 semalam.


RATU skuasy negara dan pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2011 di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara semalam. Ia merupakan kejuaraan kali ketujuh yang dimenanginya sejak 2005. Nicol mengalahkan pemain England, Jenny Duncalf dalam permainan straight set 11-6, 12-10, 11-5 dalam masa 42 minit. Dengan kejayaan itu, dia menggondol hadiah wang tunai AS$11,400 (kira-kira RM33,926) dan trofi, manakala Duncalf menerima AS$7,800 (kira-kira RM23,212).

Saturday, July 23, 2011

Rakyat diingatkan jangan menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak


Jangan menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau belum terbukti bersalah oleh mahkamah dalam skandal scorpene ni. Ini adalah satu tuduhan yg tidak adil yang boleh menjatuhkan maruah kredibiti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM Malaysia. Jika kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak terjejas maka secara tidak langsung ia juga akan menjejaskan imej negara di mata dunia. Walaupun bermacam-macam tektik cuba digunakan parti pembangkang (PR) untuk mencalarkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak di mata dunia tapi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tetap disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara malah baru-baru ni Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah membuat lawatan ke London atas jemputan PM Britain. Jemputan ini membuktikan kepada kita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi seorang pemimpin yang disanjung oleh pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia.

Rakyat rela berjuang menentang Gaddafi



GEMINIS (LIBYA): Para penduduk yang secara sukarela menyertai pasukan pemberontak Libya sedang menjalani latihan di sini kelmarin.

Dalam perkembangan terbaru, pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, semalam menolak sebarang rundingan dengan pemberontak.

Ketika berucap di bandar Sirte, Encik Gaddafi berkata beliau tidak akan berunding dengan pihak pemberontak 'sehingga hari kiamat.' - Foto Reuters

Dua skandal Najib Rosmah dibongkar lagi 

Skandal Scorpene dan Pembunuhan Altantuya Shaariibu: Najib dalam ketakutan

Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
“Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut,” katanya kepada Keadilandaily.


From Stev Shariibuu, in memory of his loving daughter

Friday, July 22, 2011

Wiliam Bourdon dicabul dalam pesawat yang dinaikinya


Wiliam Bourdon bersama isterinya ditahan oleh Pegawai imigresen di dalam pesawat yang dinaikinya sebaik sahaja  mendarat di KLIA.
Peguam itu ditahan lebih lima jam di pusat tanahan imigresen KLIA tanpa dibenarkan mendapatkan akses peguam, serta diarahkan untuk pulang semula ke negaranya.
Beliau dijangka dihantar semula ke Paris pada pukul 11.30 malam ini dengan membeli tiket menggunakan wang sendiri.
Dalam satu kenyataan bertulis, Bourdon berkata beliau tidak faham situasi itu kerana tiada penjelasan diberikan pihak berkuasa Malaysia.
“Saya di sini mengisytiharkan yang saya bertindak sebagai peguam kepada NGO Suaram dalam menjalankan tugas saya dan saya menjalankan tugas dan mematuhi peraturan Malaysia dan antarabangsa.

Semak semula keputusan Suruhanjaya Diraja

Keluarga Teoh Beng Hock hari ini menolak sama sekali keputusan yang dikeluarkan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang memutuskan mendiang membunuh diri.

Mereka berpendapat terdapat beberapa keadaan yang menimbulkan kecurigaan yang tidak membolehkan keputusan “bunuh diri” diterima.

Peguam keluarga mendiang, Karpal Singh berkata, kedudukan Suruhanjaya Diraja yang lebih rendah daripada badan kehakiman boleh dirujuk kepada Mahkamah Tinggi untuk disemak semula.

Pelajaran seks: Apa Fungsi Kelentit (SX18 untuk wanita sahaja)


Kelentit Kering

Malam Jumaat, KerajaanRakyat off kejap cerita politik. Kita cerita tentang kelentit.

Kelentit terbahagi kepada dua: "Kelentit Kering" dan "Kelentit basah".

Topic hari ini kita cuma sentuh berkaitan Kelentit Kering sahaja, yang basah akan kita sentuh malam Jumaat minggu depan.

Tiga gadis telah menceritakan tentang kelentit...... 

Thursday, July 21, 2011

Nota buat Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Khalid Abu Bakar

Nota ringkas buat
Datuk Seri Khalid Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara.
Kalau polis Malaysia camni... kan best

Maaf Datuk Seri, gambar atas tu anggota datuk sri ke?

Khalid Abu Bakar ni minta tolong (baca di sini) ... ikutkan hati memang tak guna sesen nolong sibebal Khalid ni... tapi sebab dia Timbalan Ketua Polis Negara..... kita bantulah apa yang terdaya. nak bantu duit.... kita sendiripun tak berduit.... dia lagi belambak lubang duit..... dia call je tokey club.... settle masalah dia...

Rasional Anugerah Ibrahim Ali

Ibrahim Ali
Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali harus dilihat dari pelbagi sudut dan perspektif, apalagi kita berada dalam satu situasi yang saling kontra dan sudah lama hidup dalam perbezaan.

Samada wujud, secara tidak langsung segregasi dalam "masyarakat" mahupun kelompok-kelompok tertentu dalam institusi politik, agama, pendidikan dan sebagainya, tindakan UiTM melalui Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu, IMPAK, sebagai sebuah universiti terbesar di Malaysia menerima dan menawarkan anugerah ini untuk pelajarnya cuma bersifat pilihan!

Kecenderungan (bias) politik (partisan) dalam pentadbiran institusi pendidikan di Malaysia telah lama wujud dan menjadi amalan dan kita tidak perlu terkejut akan hal ini.

YB Ronnie Liu ni Wakil Rakyat DAP ke MCA?


Kerajaan Selangor mengakui wujud banyak premis hiburan yang beroperasi secara haram ekoran tindakan kerajaan negeri yang masih membekukan pengeluaran lesen pusat hiburan.


"Jadi pusat hiburan yang ada sekarang beroperasi dengan lesen yang diperoleh dari kerajaan negeri terdahulu dan saya tidak tahu menahu dengan dakwaan yang mengatakan pusat hiburan di Selangor ini banyak," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu. - ( klik sini )


eh eh... hantu betul le Exco mangkok berayun ni..! Senang benor dia jawab ..."saya tidak tahu menahu dengan dakwaan yang mengatakan pusat hiburan di Selangor ini banyak". .. habis tu engkau buat kerja apa?... tak kan la dah 3 tahun jadi Exco... bab ni pun main pukul "tak tahu".... ni dah serupa MCA ... sedara Umno.... bani BN.... tu.. 

Wednesday, July 20, 2011

Dua skandal Najib Rosmah dibongkar lagi

Posting 18hb Julai lalu, KerajaanRakyat menulis antara lain:

Ulaanbataar, Kuala Lumpur menyimpan kisah sedih. Jakarta menyimpan rahsia besar sebuah negara dalam bicara kesal seorang lelaki setelah mengetahui cerita sebenar tentang isterinya!


Jejak-jejak yang semakin hampir akan membuktikan keterlibatan seorang Datin Seri dalam satu kes pembunuhan trajis. (klik di sini)

Kenapa ada Jakarta?. ..... tunggu!! Hari ini Harakahdaily melaporkan antara lain:

Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Polis berniat membunuh?


Sekiranya benar apa yang didakwa, maka jelas dan benarlah Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak dengan niat membunuh sesiapa saja yang terlibat dalam perhimpunan aman Bersih pada Sabtu, 9/7/2011 lalu. 


Telah lama Kerajaan Rakyat nyatakan, polis-polis ni hanya layak dipanggil anjing! 
“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih.  
“Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” 
Bacalah kisah anjing-anjing ini di sini  dan yang lainnya di sini.  
Pada masa lapang saksikan juga bukti kejahatan dan kebinatangan polis-polis di sini (Polis) dan di sini (Bersih).

Catatan tahanan: Dua lokap, dua neraka

Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang  dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.

Tapak kaki dijadikan kayu ukur.  Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya.  Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.

Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur.  Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen.  Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.

Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan

Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011.  Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)