Followers

Pages

Wednesday, August 31, 2011

Bicara Raya Wan Azizah Ismail


Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Kemerdakaan!
Tanggal 31 Ogos 2011 adalah hari baru untuk kita lakarkan kemerdekaan negara. Tahun 1957 yang lalu, laungan Merdeka! bergema dan disambut dengan suara rakyat yang ternyata amat menghargai sebuah kemerdekaan dan kebebasan di dalam negara sendiri.
Memaknai jiwa Merdeka - Wan AzizahKemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati. Bukan kemerdekaan yang hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang. Seharusnya rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka. Justeru, marilah kita sama-sama memaknai kemerdekaan ini dengan memerdekakan sepenuhnya jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa.
Kemerdekaan tidak semestinya ditafsirkan sebagai bebas dari tekanan dan cengkaman penjajah. Malah ianya merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat.
Kemerdekaan ini juga harus menjadi asas keterbukaan khususnya kepada golongan muda yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu masa nanti. Sehubungan dengan itu, negara sepatutnya mampu menyediakan prasarana ekonomi agar kekayaan negara dapat dikongsi bersama tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama.

Amalan Politik Anak Beranak

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib yang juga Timbalan Pengerusi Cahya Mata Sarawak, anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud  dijangka akan menggantikan adiknya Datuk Seri Sulaiman Taib bagi kerusi parlimen Kota Samarahan pada pilihan raya umum akan datang.

Merdeka berasal dari bahasa Sanskrit, Maharddhika


Merdeka! – oleh Aishah: 31 OGOS – Merdeka berasal dari bahasa Sanskrit, Maharddhika iaitu “kaya, makmur dan berkuasa”.

Pakatan Rakyat berjiwa rakyat memartabatkan rakyatDi Kepulauan Melayu, istilah ini berarti seorang hamba yang dibebaskan. Istilah ini ketara semasa gerakan anti-kolonial dan pro-kemerdekaan di jajahan Indonesia, Malaya, dan Singapura.

Ia menjadi laungan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan rakyat dari pentadbiran kolonial Belanda dan British. Maharlika iaitu istilah Filipina juga bermaksud “yang kaya, makmur, dinaikkan”, mempunyai asal-usul sama dengan Sanskrit sebagai Melayu Merdeka.

Pictures: President S R Nathan's last Istana Raya open house


Some 18,521 people turned up at the Istana on Aug 30, to meet and have their photos taken with President S R Nathan.
Some 18,521 people turned up at the Istana on Aug 30, to meet and have their photos taken with President S R Nathan.
The event to celebrate Hari Raya Puasa was the last one he will host there. He hands over the reins to Dr Tony Tan on Sept 1.
Mr Nathan told reporters that he welcomed the conclusion of his 12-year tenure in office and said Dr Tan, is the right man for the job.

Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya Aidilfitri, di Kahirah, Mesir


JIKA ketupat dan rendang merupakan hidangan istimewa di Singapura dan Malaysia setiap Hari Raya Aidilfitri, di Kahirah, Mesir, hidangan yang membuka selera yang dimasak orang kebanyakan di sana ialah kahk el-Eid.

Ia adalah masakan istimewa yang disantap dengan penuh nikmat oleh penduduk Mesir sejak zaman kerajaan Ekhshidis yang memerintah Mesir dari tahun 935 hingga 969 Selepas Masihi.

Selepas 50 tahun mengaut keuntungan, Singapura serah empat loji dan rumah pam kepada Johor


JOHOR BAHRU: Selepas 50 tahun, empat kemudahan loji air dan rumah pam di Johor yang selama ini ditadbir dan diuruskan agensi air Singapura, PUB, akan diserah secara rasmi kepada kerajaan Johor bermula lusa.

Loji itu adalah Loji Air Skudai, Loji Air Gunung Pulai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian di Sungai Pontian Kecil, dekat Pontian.

Penyerahan bersejarah itu dibuat kerana kontrak bekalan air selama 50 tahun antara PUB dengan kerajaan Johor, yang termaktub dalam Perjanjian Air 1961 membabitkan empat kemudahan tersebut, berakhir esok.

Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam melaporkan majlis penyerahan itu akan dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Dato' Onn Jaafar dan Tunku adalah barua British

MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. 

Perutusan DSAI sempena Sambutan Eid ul-Fitr 1432H/ 2011

Salaam

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (2:185) 


Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 

Keprihatinan Rosmah Mansor wajar dicontohi

Dari mana dia rembat duit tu.... tau sama tau aje lah...
Bab dia beri duit raya pada kanak-kanak ni.... mesti dihebohkan seluruh alam

Monday, August 29, 2011

Andai ada hati terdetik bicara dusta

Alhamdulillah, kita telah menghampiri garisan penamat. Dalam beberapa jam lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Semoga ujian yang kita lalui selama sebulan Ramadhan diterima Allah SWT, insyaAllah.
KerajaanRakyat mengambil kesempatan ini memohon kemaafan kepada semua pembaca dan penitip bicara minda andai sepanjang tempoh Eid Al Fitr yang lalu berjumpa Eid Al Fitr yang baru kedapatan bicara terlanjur, hati terdetik bicara dusta atau dikalamkan lain sedang dihati lain.

RTM siar berita palsu


“Sedangkan (TV1) tahu bahawa kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat amat mudah untuk dihubungi,” ujarnya.

Nota: Bab pemimpin Pakatan Rakyat amat mudah untuk dihubungi... ini saya rasa TIDAK BENAR... sebaliknya amat ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih sombong dan ego daripada pemimpin BN.. !

Kekejaman rejim Umno/BN dibongkar dan terbongkar


Peristiwa pembunuhan beramai umat Islam oleh regim zalim Umno/BN.
Polis (PDRM) terlibat dalam kerja-kerja sial ini..!

Rakyat Malaysia wajib ingat peristiwa 13 Mei 1969, pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Memali oleh regim Umno/BN, perbuatan menyamun berbillion ringgit wang rakyat oleh para pemimpin Umno/BN, ( Baca di sini )

Semasa beraya di kampong nanti, tolong beritau saudara mara di sana cerita ini.

Kekejaman rejim Gaddafi terbongkar

PENEMUAN MENGERIKAN: Seorang lelaki Libya menutup hidungnya daripada bau saki baki mayat kira-kira 50 orang dalam sebuah penjara sementara pangkalan tentera yang ditinggalkan oleh askar-askar elit yang taat kepada Encik Gaddafi di selatan Tripoli, awal semalam. - Foto AFP

Sunday, August 28, 2011

Gaddafi terus diburu


TRIPOLI: Pihak pemberontak Libya telah menguasai Ras Jdir, sebuah pos di sempadan negara itu dengan Tunisia, yang dipercayai mungkin digunakan Encik Muammar Gaddafi untuk melarikan diri dari Libya, sedang usaha memburu beliau diteruskan semalam.

Sedang pertempuran terus berlaku di beberapa tempat dengan pihak pemberontak mengukuhkan kedudukan mereka di Tripoli, fokus operasi mereka kini beralih kepada era pasca Gaddafi dengan gesaan ke arah perdamaian dan satu peralihan secara aman.

Pihak pemberontak lewat kelmarin mendakwa telah mencapai satu kejayaan ketenteraan baru dengan menguasai Ras Jdir, manakala seorang pegawai Tunisia berkata pihak pro-Gaddafi melarikan diri sedang lebih 100 pemberontak tiba di tempat itu dan mengibarkan benderanya.

Sedang salah satu laluan untuk melarikan diri bagi Encik Gaddafi ditutup, agensi berita rasmi Mesir, MENA, memetik satu sumber pemberontak sebagai berkata bahawa satu konvoi enam kereta berperisai yang mungkin membawa para pegawai Libya, dan mungkin juga Encik Gaddafi, telah berlepas ke Algeria.

Sikap kerajaan BN enggan 'buka telinga' antara punca Melayu berpecah


KUALA LUMPUR: Sambil menyatakan persetujuannya dengan pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, seorang ahli akademik, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff, menegaskan perpecahan Melayu di Malaysia yang didakwa semakin parah, juga disebabkan tindakan kerajaan yang tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.

Mohammad Agus Yussoff
Selain itu, kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan Malaysia mengetepikan hak orang Melayu sebagaimana yang berlaku di Kelantan.

'Saya setuju sangat dengan pandangan Tan Sri Harussani tapi saya nak tambah lagi dua, iaitu perpecahan Melayu juga berpunca daripada sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat.

The Malaysian Insider disaman



KUALA LUMPUR 26 Ogos – Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap penerbit portal berita, The Malaysian Insider dan dua lagi kerana didakwa menyiarkan artikel yang berunsur fitnah terhadap beliau pada 31 Mei lalu.

Tajudin mendakwa kata-kata dalam artikel bertajuk MACC clears A-G of graft allegations (SPRM bebaskan Peguam Negara daripada tuduhan rasuah) yang mengaitkannya bukan merupakan pernyataan-pernyataan yang adil dan berniat jahat.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Lim Kian Leong & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Ogos lalu.

Saturday, August 27, 2011

Best la Datuk Seri Najib Razak

Sapa cakap Najib tak Islamik..? Tengok tu.... awal-awal lagi dia dah bayar zakat. Duit zakar tu zakat tu hasil titik peluh Najib sendiri tau...

Friday, August 26, 2011

Former Taiwan president gets extra jail time

Former Taiwan president Chen Shui-bian waves as he arrives at the Taiwan High Court in Taipei (August 2011)
(BBC) - Taiwan's ex-President Chen Shui-bian - who is already in jail for corruption - has been given an additional sentence for money-laundering and forgery. 


The term of two years and eight months was imposed after a retrial at Taiwan's high court, in which Chen was also acquitted of another corruption charge.
He was given a life sentence in 2009.
Chen has accused Taiwan's current government of persecuting him to win favours with China; he strongly supported independence while in power.

DAP: Calon Melayu satu kepastian


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa parti itu akan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.
“Kita pasti mempunyai calon Melayu untuk pilihan raya umum,” kata Lim ketika ditemui di dalam majlis iftar DAP yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.
Walau bagaimanapun, jumlah calon Melayu tidak didedahkan.
Mengulas lanjut perkara ini hari ini, setiausaha publisiti DAP dan ahli parlimen Petaling Jaya (Utara) Tony Pua berkata, “Calon Melayu akan dipilih berdasarkan merit dan kebolehan individu.”
Tony turut ditanya samada calon Melayu akan dicalonkan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat – Selangor dan Pulau Pinang

Islam bukan milik orang Melayu saja


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.
Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.
“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.
“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.
Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.
“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.

Kemungkinan besar peristiwa ini sengaja dirancang oleh Hishammuddin


Berita di bawah ini dilaporkan oleh Bernama yang mana kebarangkaliannya ianya sengaja dirancang oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk meraih simpati dan keuntungan politik murahan beliau.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sekeping sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

Beliau berkata sampul surat itu turut mengandungi sebuah buku yang dalamnya telah ditebuk dan diletakkan peluru-peluru tersebut.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin, pada muka surat pertama buku tersebut mengandungi ugutan yang bertulis tangan.Beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

'Saya mengesahkan bahawa hari ini (kelmarin), saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan.

'Ini adalah kali pertama saya menerima ugutan menggunakan peluru.

Umur persaraan Angkatan Tentera Malaysia dilanjutkan sehingga 112 tahun


Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh  Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Thursday, August 25, 2011

Hak dan Bathil


اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ

وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ

Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah, 
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg bathil itu sebagai bathil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

Tungging terbalik Najib untuk kekal berkuasa


Oleh Charles Santiago: Manipulasi adalah taktik lumrah di kalangan diktator. Di Malaysia, orang yang melakukan manipulasi ini adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Seperti imbasan kembali Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, yang mana negara masa itu diperintah oleh Dr Mahathir Mohamad yang melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, Najib kini bersekongkol dengan kumpulan kaki buli untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat.

Inilah pujian paling jujur yang boleh saya berikan kepada Perdana Menteri kita.

Wednesday, August 24, 2011

Ahli Parlimen bayar pelacur dengan kad kredit



SYDNEY: Polis Australia semalam berkata mereka sedang mengkaji semula dakwaan bahawa seorang ahli parlimen pemerintah telah menggunakan kad kredit bekas kakitangannya bagi membayar pelacur yang dilangganinya, dalam satu tindakan yang dilihat boleh menjejas pemerintahan Parti Buruh di negara itu.

Buku seberat 1,600 kg kisah Nabi Muhammad SAW akan diterbit



JEDDAH: Satu rancangan sedang disiapkan bagi menerbitkan senaskhah buku besar mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad saw, demikian lapor pihak media di Timur Tengah, semalam.

Buku itu, yang dijangka seberat 1,600 kilogram dan mengandungi 420 muka surat, akan mempunyai setiap muka suratnya berukuran empat meter kali lima meter, kata satu laporan akhbar harian di Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar harian bahasa Arab Shams itu, buku berkenaan ditulis oleh Encik Abdullah Al-Mosleh, Setiausaha Agung Pertubuhan bagi Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran.
Ia akan diterjemahkan dalam empat bahasa antarabangsa dan bakal didaftarkan dalam buku The Guinness Book of Records.

Matlamat utama penerbitan buku tersebut ialah untuk mempromosi mesej Nabi Muhammad saw dan memberikan gambaran yang betul terhadap kehidupan dan ajaran baginda.

Usaha demikian amat penting dalam konteks masa kini, lapor laman berita Arab News.

Ini khususnya apabila musuh-musuh Islam giat melancarkan kempen yang lantang mengutuk dan mencemarkan imej Nabi Muhammad saw ketika ini, menurut penerbitnya.

'Buku itu akan mengandungi butir-butir terperinci mengenai kehidupan Rasulullah. (Buku ini patut dibaca oleh mereka yang mengaku sebagai Ketua Agama islam)


'Ia juga akan mengandungi 100 fakta saintifik mengenai Rasulullah, yang berkaitan dengan perubatan, kejuruteraan dan pertanian,' kata Encik Muhammad Al-Aulaqi, seorang pengerusi Kumpulan Mashahid.

Kumpulan tersebut bertanggungjawab dalam mencetuskan idea di sebalik penerbitan buku berkenaan, menurut laporan Arab News.



Gempa bumi luar biasa berlaku di tengah AS


WASHINGTON 24 Ogos – Satu gempa bumi berukuran 5.3 Skala Richter yang luar biasa menggegarkan penduduk di kawasan pergunungan sempadan antara Colorado dan New Mexico, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), semalam.

Gegaran berlaku pada pukul 1.46 petang semalam waktu Malaysia dengan pusat gempa terletak 290 kilometer selatan Denver, Colorado dengan kedalaman empat kilometer.

Media tempatan melaporkan kawasan yang terkena gempa bumi yang mempunyai penduduk yang tidak ramai itu merosakkan lebuh raya, beberapa buah bangunan dan berlaku runtuhan di beberapa buah jalan namun tiada kematian yang dilaporkan. - AFP
A midnight Colorado earthquake, the strongest to hit the state since 1973, woke startled resident on Monday night.

Kelahiran generasi baru bila suami isteri asyik berinternet

Bila suami isteri leka dan lalai berinternet

Tuesday, August 23, 2011

Macam janda gian, cucuk dildo ke lubang pantat sendiri..!

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya. (Baca laporan perubatan)

Nota tambahan: Kalau dah masukkan objek plastik tu... dah macam janda gian main lubang sendiri..! 



Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

"Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Saya hanya katakan yang benar. Inilah yang Najib takut sangat.



Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan UMNO lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, UMNO cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan.

Jangan perjudikan masa depan anak bangsa dengan retorik

Dari Sulaiman Mahran, melalui e-mel
Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan bahawa kementeriannya tegas untuk menamatkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), tiga hari selepas Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pendidikan menyatakan bahawa kementeriannya masih mengkaji kemungkinan membenarkan opsyen PPSMI, mengesahkan kenyataan saya dua hari yang lepas bahawa kata-kata Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pendidikan itu hanyalah wayang kulit politik untuk membeli masa hingga perlaksanaan MBMMBI pada 2012.
Kami tidak kisah jika pihak Menteri menganggap kami ibu bapa bodoh dan mudah ditipu tetapi kami mohon di hari baik dan bulan baik Ramadan ini, janganlah memperjudikan masa depan anak-anak bangsa kita dengan retorik perjuangan bahasa.
Sudah berabad-abad orang Melayu memeluk agama Islam, namun hingga kini kebanyakan orang Melayu tidak dapat menghayati Islam sepenuhnya sebab kita belajar agama dan al-Quran dalam Bahasa Melayu sedangkan lingua franca ajaran agama Islam adalah Bahasa Arab. Kebanyakan kita berpaut sepenuhnya pada ustaz-ustaz dan tidak kepada Al-Quran dan hadith sebab tidak faham Bahasa Al-Quran.

Teresa Kok cakap Najib penipu dan tidak ikhlas. Memang betul pun!!


Kenyataan Datuk Seri Najib Razak kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak kebal hanyalah helah politik untuk menyembunyikan kezaliman pemerintah kepada dunia luar.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa sistem demokrasi di Malaysia tidak beri kekebalan kepada pemerintah, maka Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah Malaysia sejak 2008, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi respon kepada kenyataan Najib dalam wawacara bersama akhbar Kompas dari Indonesia yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itui, Najib dipetik sebagai berkata, “Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan perolehan suara. Undi di tangan rakyat.”

Monday, August 22, 2011

Nama saya Anwar bin Ibrahim

MEDIA RELEASE l KERAJAAN RAKYAT
22 AUGUST 2011

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN
PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-9-2009


PENDAKWA RAYA
LAWAN
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

STATEMENT FROM THE DOCK

Nama saya Anwar bin Ibrahim. Sekitar tahun-tahun 90an, saya adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sehingga September 1998 apabila Perdana Menteri pada ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad memecat saya setelah saya enggan untuk  meletakkan jawatan. Beliau (Mahathir Mohamad) menyuruh (dengan ugutan) saya meletakkan jawatan atau menghadapi tekanan pendakwaan kriminal termasuk mengugut untuk tindakan pendakwaan sexual dan rasuah. Saya tetap bertegas (enggan meletak jawatan) dan akhirnya keadaan menjadi hilang kawalan. (baca seterusnya di sini)

Najib Razak memecah kesunyian


Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memecah kesunyian mengenai pembelian cincin berlian biru isterinya yang didakwa bernilai AS $ 24 juta, besan dan mengenai dakwaan beliau dari Kazakhstan adalah sebahagian daripada geng Mafia Rusia. Sekarang, mungkin lebih baik jika dia telah berdiam diri sahaja.
Pendedahan yang telah dibuat menunjukkan bahawa beliau menggunakan kekerasan fizikal dan imejan untuk menutup reputasi beliau selepas Kompas, sebuah akhbar Indonesia mendedahkan laporan pada 4 Ogos lepas mengenai keterlaluan ahli keluarganya.
"Adakah Kompas menarik balik laporan mereka dan memohon maaf kerana silap melaporkan dan memfitnah Najib atau adakah editor Kompas yang menemu bual Najib hanya meminta maaf atas ihsan kerana memalukan beliau setelah mereka berjumpa? Juga, mengapa pula kebetulan Najib tiba-tiba bersetuju untuk ditemuduga pihak Kompas? Kelihatan ini seperti langkah kurang bijak, satu lagi kesilapan yang memalukan.” Kata Timbalan Presiden PKR, Tian Chua.

Kenapa pilih Selangor, Kelantan? Kenapa tidak pilih Johor?


Kerajaan Rakyat: Apakah muslihat Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim yang berhasrat meletakkan calon partinya hanya di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Selangor dan Kelantan? Kenapa beliau tidak berani untuk mencabar calon-calon di negeri Johor, Pahang atau Melaka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti?

Sunday, August 21, 2011

Yes, PM Najib, You’re in Deep Shit & So Are Your Cronies

KerajaanRakyat

Seriously, I hate to see Najib goes down faster than his predecessor, although I did write an article back in Jan 2010 that Najib’s administration may be short-lived, shorter than former PM Abdullah Badawi. It seems there’s serious brain-drain in premiership succession that every new prime minister is worse than the predecessor, after former PM Mahathir’s retirement. While Mahathir was a dictator, he at least surrounded himself with smart people and he listened to good advice.
Mahathir passed the throne to Abdullah Badawi in what appeared to be a tactical move by the 22-year-old dictator to ensure the weak Badawi would be his puppet. Badawi was weak alright but the worse part – he was a lazy premier that he practically slept on the job. Thanks to internet, Mahathir used it to the fullest to unseat Badawi. Najib Razak happily took over the premiership and while he didn’t sleep on the job, he is an equally weak leader. If not for his wife Rosmah Mansor, he would be on par with Abdullah Badawi, minus the slumberland.
Mahathir Badawi Najib

Indahnya andai kita memahami

Nabi S.A.W. sentiasa berdoa : 
Bismillah
"RABBANA ATINA FID DUNYA HASANA WA FIL AKHIRATI HASANA WA QINA AZAB AN NNAR"

Maksudnya : Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api Neraka"
(Hadis Riwayat Bukhari.)

Surah Baqarah Verse 201

But among them is he who says, "Our Lord, give us in this world [that which is] good and in the Hereafter [that which is] good and protect us from the punishment of the Fire."

Saturday, August 20, 2011

Politik BN mengatasi undang-undang


Oleh V. Sivakumar: Adakah cabang legislatif masih dihormati oleh pemain-pemain politik  negara kita? Apa yang berlaku di Perak telah membuktikan sebaliknya.

Kita mahu semua pihak menghormati dan  mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tata cara pentadbiran negara kita akan tergugat.

Apabila ada pihak yang melihat diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita.

Parti politik menyekat badan perundangan


Kita melihat bagaimana organisasi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti  badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara, malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut luntur.

Awal-awal lagi kerajaan BN sudah mula mengarut


Dakwaan tentang warga asing telah diberi hak mengundi perlu ditangani dan diselesaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan dilonggokkan masalah itu kepada jawatankausa pemilih Parlimen.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata perbuatan menolak tanggungjawab itu tidak boleh diterima dan akan membuktikan panel Parlimen itu hanya helah dan taktik mengalih pandangan rakyat.

Katanya, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai perkara itu tidak masuk akal kerana ia mesti diselesaikan oleh SPR dan bukan oleh panel Parlimen yang akan hanya dibentuk pada Oktober depan.

“Jika Hishammuddin telah mengaku kononnya kerajaan tidak ada apa yang mahu disembunyikan dan tuduhan bahawa warga asing mempunyai hak mengundi adalah tidak berasas, mengapa SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak boleh membuktikan bahawa ia benar-benar tidak berasas, sekarang juga?

Friday, August 19, 2011

Perjuangan Mahathir untuk rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia perlu menyiasat pengambil alihan aset hiliran Esso Malaysia oleh San Miguel Corp dari Filipina baru-baru ini jika mereka benar-benar serius mahu memupuk budaya urus tadbir korporat yang tegas dalam negara ini.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu susulan pengambil alihan aset hiliran Esso Malaysia pada harga USD610 million yang jauh lebih rendah daripada nilai pasarannya.
Beliau juga menggesa agar Suruhanjaya Sekuriti dan kumpulan pemerhati pemegang saham minoriti meneliti urusniaga itu untuk memastikan kepentingan pemegang saham minoriti tidak diabaikan.
Menurut Anwar, San Miguel Corp sebelum ini mempunyai Mirzan Mahathir, anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang pengarahnya selepas Mirzan memperolehi 19.9 peratus saham dalam konglomerat itu pada harga RM2.9.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen


KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen  yang diumumkan Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak sekadar untuk mengaburi mata rakyat.
Ini kerana penubuhan jawatankuasa tersebut untuk menambah baik proses pilihan raya, tidak dirunding bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan bersifat berat sebelah.

Pemimpin Melayu Umno telah lahirkan sebuah negara Cina


NOTA: Singapura adalah negara Cina yang dilahirkan oleh pemimpin Umno. KESEMUA empat calon Presiden Singapura berbangsa Cina. Sejarah jelas membuktikan betapa pemimpin-pemimpin Melayu Umno telah mengadai, menjual dan melupuskan hak, khazanah dan kedaulatan Bangsa Melayu 
KESEMUA empat calon Presiden Singapura malam tadi berucap buat kali pertamanya kepada rakyat menerusi siaran televisyen dan radio, masing-masing menjelaskan mengapa mereka mahu bertanding dan bagaimana mereka mahu melaksanakan tugas Presiden jika dipilih.

Sambil mengenalkan latar belakang ringkas masing-masing, calon-calon itu berucap selama 10 minit secara berasingan, dalam keempat-empat bahasa rasmi negara.

Semalam adalah hari kedua kempen Pilihan Raya Presiden, setelah pencalonan Dr Tan Cheng Bock, Encik Tan Jee Say, Dr Tony Tan dan Encik Tan Kin Lian dirasmikan.

Blogger2 Umno palsukan dokumen kerajaan tempatan


Dari Blogger Berakhlak, melalui e-mel
Saya merujuk kepada laporan Harakahdaily bertarikh Aug 17, 2011 bertajuk “Sita Gereja: Blogger Umno Tipu”.
Artikel itu melaporkan seorang blogger Umno bernama Papagomo telah memalsukan sepucuk surat yang dikatakan dokumen rasmi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), yakni sebuah kerajaan tempatan.
Blogger Umno ini juga dengan berani mengaitkan beberapa pimpinan negeri Selangor seperti Nik Nazmi, Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Khalid Samad kepada surat palsu itu, kononnya mereka-mereka ini telah menghalang MBPJ dari menyita Gereja Methodist Damansara Utama.
Saya merasa amat terkejut bagaimana blogger2 yang pro Umno ini begitu berani memalsukan dokumen rasmi kerajaan walaupun ianya kerajaan tempatan. Adakah berbohong dan berdusta telah menjadi sikap asas kepada blogger-blogger ini?

Thursday, August 18, 2011

PKR Terengganu mahu tanding 3 kerusi Parlimen, 7 Dun


KUALA TERENGGANU: PKR Terengganu berhasrat bertanding tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Faris Musa keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diketahui bulan depan.
“Sehingga ini PKR dan PAS baru berbincang sekali dan belum ada sebarang keputusan muktamad mengenai perkara itu.
“Kita akan putuskan perkara ini pada bulan September,” katanya yang enggan menyebut kawasan yang akan ditanding oleh parti itu.
Faris bekas Timbalan Ketua AMK Pusat menjelaskan bagi kerusi Dun, PKR mensasarkan akan bertanding satu kerusi bagi setiap kawasan Parlimen.

AWAS! Mentega mengandungi asid babi bercampur dengan mentega halal



MENTEGA yang mengandungi DNA babi (paling kanan) masih bercampur dengan mentega halal yang lain di salah sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Walaupun pihak berkuasa meminta agar pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke seksyen tidak halal, namun masih ada yang tidak peduli.
Mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan tidak halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Isnin lalu masih diletakkan bersama produk halal lain di pasar raya.
Sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini didapati seolah-olah tidak peka dengan arahan terbabit kerana mempamerkan produk itu bersama mentega halal lain.

Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan



KUALA LUMPUR 17 Ogos - Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon (gambar).


Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.
Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom semasa mendedahkan perkara itu berkata, antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan.
Pada tahun ini sahaja, katanya, kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama.

"Berikutan itu, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.