Followers

Pages

Tuesday, November 29, 2011

Demokrasi di Malaysia lebih teruk dari Myanmar dan Zimbabwe.

KUALA LUMPUR 29 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Akta Perhimpunan Aman (PAB 2011) sekiranya diluluskan sebagai undang-undang rimba dan menjadikan ruang demokrasi di Malaysia lebih teruk dari Myanmar dan Zimbabwe.

Pakatan Rakyat  juga katanya bertegas menentang dan menolak Rang Undang Undang berkenaan yang dibahas dan akan diundi di dewan rakyat hari ini.

Beliau yang menyambut kehadiran ribuan peguam yang berarak ke parlimen hari ini menggesa kerajaan mempertimbangkan gesaan Majlis Peguam supaya RUU itu ditarik  balik.

Monday, November 28, 2011

KEADILAN lebih bersedia hadapi PRU berbanding 2008


Kongres Keadilan l JOHOR BAHRU 27 Nov:  Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)  kini jauh lebih bersedia berbanding tahun 2008 dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Demikian dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar ibrahim dalam ucapan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN ke 8 yang diadakan di Pulai, Johor .
“Dalam semua persiapan, kita jauh lebih kuat dari tahun 2008,” kata Anwar kepada lebih 2,000 perwakilan yang setia menunggu untuk mendengar ucapan beliau di kongres selama tiga hari itu.

Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat

pkr congress 2011 271111 anwar speech 01
Kongres Keadilan (Dari MalaysiaKini) Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara.

Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Janda Kembang putus cinta





LUNA MAYA: Kalau jodoh, tak ke mana, ujarnya.

JAKARTA: Kisah cinta antara selebriti Indonesia, Luna Maya, dengan vokalis utama kumpulan Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, dilaporkan telah berakhir.

Khabar angin mengenai hubungan mereka itu tersebar kerana bintang filem Janda Kembang itu sudah tidak melawat kekasihnya di Penjara Rutan Kebon Waru di Bandung.

Bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan oleh pengurus kumpulan Peterpan, Encik Budi Soeratman, yang menganggap sikap Luna Maya bukanlah alasan yang pasangan kekasih itu putus.

Sunday, November 27, 2011

Malaysia patut contohi Arab Saudi dalam hal ini



Malaysia sepatutnya mencontohi Arab Saudi dalam hal berkaitan kebanjiran pekerja asing terutamanya dari Indonesia yang dalam banyak hal telah membawa kesan negetif dalam sosial budaya dan sosial ekonomi rakyat tempatan.

TAIF (Arab Saudi): Para peniaga pakaian dalam di Arab Saudi bersedia mengambil ribuan jurujual wanita tempatan bagi menggantikan warga asing yang menguasai sektor berkenaan.

Apabila undang-undang baru supaya pekerja asing di kedai pakaian dalam wanita digantikan dengan wanita tempatan berkuatkuasa pada 4 Januari ini, ia dijangka membuka 150,000 peluang pekerjaan kepada wanita Arab Saudi yang menganggur.


Saturday, November 26, 2011

Pakatan tak sokong 'PM hanya untuk Melayu'





Kerajaan Rakyat - Facebook. 


Kongres Keadilan l Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri.

Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan.

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan.

KEADILAN sedia hadapi PRU dengan calon berwibawa

Kongres KeADILan l JOHOR BAHRU 26 Nov: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini  menegaskan KEADILAN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan akan memilih calon yang benar-benar berwibawa.
“Jentera pilihan raya telah diperkemas; latihan dan persiapan rapi terus dijalankan.
“Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan dirundingkan terlebih dulu dengan cabang dan akar umbi, terdiri daripada mereka yang layak dan diyakini punya prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh,” kata Wan Azizah.

Taubat

Kenapa kita perlu bertaubat:
 
1. Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila dia berbuat salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan beristighfar.
 
2. Setelah orang tersebut berbuat keji, maka dia sedar dengan kesilapannya, dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
 
Cara-cara bertaubat:

Ketua wanita PKR setaraf Zolnodin..!

Kongres PKR l Semua dah tau... Shahrizat Jalil memang mangkok berayun... tapi... apakehal pulak yang Zuraida ni jadi banggang sangat..? 

Politik cabar mencabar ni... budaya politik orang kehabisan isu... sama macam Ibrahim Ali... sama macam Pukida... sikit-sikit cabar.. sikit-sikit cabar..!! 

Satu penyakit Zuraida ni... suka sangat dia dengan kenyataan akhbar... kalau seminggu dia tak panggil press... bolih jadi gatal punggung dia agaknya... Bila kehabisan isu... mulalah dia mengarut. buat statement yang tiada value... setaraf Zolnodin..! 

Hello Zuraida... apa you ingat dengan mencabar bolih selesaikan kes ke..? Buat kerjalah kawan... jangan dok mencecir macam politik perca... Program ( ini ) apa cerita..? masa nak buat.. bukan main lagi hebohnya seluruh alam... pengabisnya... satu apapun tarak jadi... !! Harapkan membebel dia je yang lebih..!

Friday, November 25, 2011

KEADILAN bakal teraju Malaysia tanpa Umno

JOHOR BAHRU 25 Nov: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kepercayaan bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya hanya mitos lebih setengah abad.
“Hari ini, KEADILAN sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa Umno.
“Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada Umno. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan Umno kepada rakyat.
“Fitnah, angkuh, zalim dan rasuah menjadi sebahagian dari jasad dan roh Umno. Umno kini menjadi teras kepada teras politik gelap,” kata Azmin dalam ucapan dasarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Thursday, November 24, 2011

Pilihanraya13: Jangan bagi segala iblis syaitan bertumpu ke satu kawasan

NONE
Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat membubarkan Dewan Rakyat, kata Menteri Besar,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am, PAS dipetik oleh Harakahdaily berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan DUN.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Wednesday, November 23, 2011

Akta baru ganti ISA kekalkan ciri penahanan tanpa bicara



Kerajaan Rakyat l PUTRAJAYA: Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata berlainan dengan ISA, dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan bagi mereka membuat rayuan.

Menurutnya, dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan Britain dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.

Suatu ketika dulu....


Suatu ketika dulu....
Kerianganmu adalah keceriaan buat ku...
Justeru... tawamu adalah tawaku jua...
Apakah takdir atau muslihat yang merobah segala...
Kau dengan retorik 'Perubahan' mu..
.....  dan..
Aku masih kental dengan REFORMASI ku..

~ Kerajaan Rakyat di Facebook ~

Tuesday, November 22, 2011

Pemuda PAS tidak jadi demo bantah 'raja gay' malam ini


NONE
Konsert Elton John malam ini di Genting Highland, Pahang, bakal berlangsung tenang apabila Pemuda PAS negeri yang sebelum ini mengkritik keras penganjurannya tidak bercadang mengadakan sebarang demonstrasi.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim berkata, keputusan tidak berdemonstrasi - menentang apa yang digelarnya sebagai "raja gay" - diambil ekoran kesibukan mereka membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Bagaimanapun kita tetap berpegang dengan pendirian menolaknya. Tetapi oleh kerana keterbatasan dari perlbagai sudut, kita berpegang kepada hadis nabi supaya mencegah kemungkaran dengan kuasa dan jika tidak ada (kuasa), dengan suara," katanya.

MAS catat rugi sebelum cukai RM461.54 juta


Malaysian Airline System Bhd terus mencatatkan kerugian bagi suku ketiga yang berakhir pada September 2011 dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM461.54 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM236.074 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010.

Syarikat penerbangan itu juga merekodkan kerugian pada suku kedua tempoh kewangan dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM509.411 juta berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM532.591 juta pada tempoh yang sama 2010.

Perolehan bagi suku berkenaan bagaimanapun meningkat kepada RM3.565 bilion daripada RM3.399 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

(18SX) Gambar2 Tentera Amerika Merogol Wanita Iraq

Ini dia kenyataan yang terjadi pada wanita-wanita di Iraq dengan kehadiran tentera-tentera bengis haus sex seperti dirilis oleh CBS News, foto-foto yang memperlihatkan pelecehan seksual keji, pemerkosaan dan penyiksaan terhadap tahanan perang di Iraq terkenal penjara Abu Ghraib.

Zaid Ibrahim mahu BN terus kukuh di Putrajaya


Kerajaan Rakyat l Bila Datuk Zaid Ibrahim berkata; "Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan", maksudnya beliau telah memberi endorsement kepada Najib, Muhyiddin dan Barisan Nasional untuk terus berada di Putrajaya. Bagi saya, keputusannya untuk tidak meletakkan calon KITA di kawasan Parlimen Pagoh dan Pekan adalah sesuatu yang bijak dan saya berterima kasih untuk itu. 

Saya kira pertandingan dua penjuru di Pekan dan Pagoh antara Pakatan Rakyat dan BN adalah yang terbaik.

Monday, November 21, 2011

Alhamdulillah.. Syukur... Terima kasih Allah.

Tahniah Malaysia.. !!

Pertahankan Selangor, melangkah ke Putrajaya

~ Previous  l  Next ~
Kerajaan Rakyat l Oleh Teresa Kok: Masa berlalu dengan pantas, DAP Selangor telah berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri yang paling maju di Malaysia selama 3 tahun 8 bulan.  Sebelum Mac 2008, tiada orang di dalam dan di luar parti percaya parti kita mampu menjadi kerajaan di negeri Selangor, tetapi tsunami politik dalam pilihan raya umum 2008 telah membuka peluang bagi kita untuk memegang teraju kepemimpinan politik kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri Selangor.

Wang rakyat Selangor dijaga baik oleh kerajaan PR Selangor
Selepas Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor selama 3 tahun dan 8 bulan, kita telah membuktikan kemampuan kita kepada Barisan Nasional (BN) dan semua warga di negeri Selangor dan Malaysia bahawa kita mampu menjaga sumber ekonomi negeri ini dan mampu mentadbir negeri yang maju ini dengan lebih telus dan berkesan berbanding dengan zaman BN.

Sekiranya anda mengikuti Bajet Negeri Selangor 2012, anda akan mendapati bahawa hasil cukai dianggarkan meningkat 8.23% menakala hasil bukan cukai akan bertambah 40.12% untuk tahun 2012. Peningkatan ini menampakkan pengurusan ekonomi negeri telah menjanakan pembangunan yang pesat.

Sehubungan dengan itu, semasa kita mengambil alih tampuk kepemimpinan kerajaan Selangor, simpanan tunai kerajaan Selangor hanyalah RM632 juta, tetapi wang simpanan tunai negeri kita telah mencecah RM1.212 bilion, iaitu jumlah tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun lalu.

Ramai Wanita Hari Ini Suka Di Rogol


Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu

.Golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang sengetMereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya

Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)
  

Sunday, November 20, 2011

Kepada YB Khairy Jamaluddin

Bersama-sama ini disertakan surat jemputan rasmi kepada YB Khairy Jamaluddin untuk debat NFC, seperti yang disebut sebelum ini. KEADILAN mencadangkan 12 Disember 2011 sebagai tarikh.

Saturday, November 19, 2011

Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar

Mantan Timbalan Presiden KEADILAN Syed Husin Ali menceritakan pengalaman politiknya menerusi bukunya “Memoir Perjuangan Politik” menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.
Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ – ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.
“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.” 

When both BN and Pakatan will fail us

By Zaid Ibrahim
In the coming general election the people have an excellent opportunity to elect good and responsible governments at both the state and federal levels. But regrettably, the people will probably continue to be disappointed after the election euphoria dies down.
If the Barisan Nasional wins, there will be more of the same: there will be no institutional independence and integrity; corruption will still be rife; wastage and senseless over-spending will continue; the national debt will keep on rising; and EPF will still lend money to the government regardless of the risks involved. Malaysia will be bankrupt in 2020.
If the Pakatan Rakyat wins and Anwar Ibrahim is the PM there will not be any meaningful reform either. We can expect them to espouse generalities like “Justice” and “Fairness for All”.

Friday, November 18, 2011

Hudud: Kelantan sudah lulus, Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran


Kerajaan Kedah akan menunggu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul berkata mereka mahu melihat kejayaan pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan yang telah diluluskan di negeri itu.

"Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri di Alor Setar, semalam.

Exclusive Statement: The trial of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim

Statement of the ASEAN Parliamentary Group on the trial of the Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim

Chair of the ASEAN Parliamentary Group Dr. Thomas Gambke, within the framework of the “MPs protect MPs” program in sponsorship of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, says on behalf of the Board:

"We are carefully observing the trial of opposition leader Anwar Ibrahim which is set to resume on November 23 and due for completion in December. During a visit to Malaysia at the start of 2011, our suspicions were confirmed that the trial may well be a process of eliminating political opponents.

Sos cili 1Malaysia: Ramai kena cirit birit


Laporan daripada beberapa media bebas menyebut sekurang-kurang 23 keluarga telah mengalami cirit birit yang amat kronik selepas makan makanan yang dimasak menggunakan sos cili 1Malaysia.

Salah seorang mangsa, Cik. Nazrinah Nazri, ketua puteri sebuah pertubuhan politik berkata beliau kesal membeli sos cili tersebut dan rasa tertipu dengan kempen "Sos Cili 1Malaysia".

Media bebas juga memetik kenyataan dari seorang yang hanya ingin dikenali sebagai Bedul, melahirkan rasa marahnya kerana kerajaan Umno/BN tidak prihatin terhadap kebajikan dan kesihatan rakyat Malaysia.

Thursday, November 17, 2011

Rosmah Mansor is the cause of obesity in Malaysia

Malaysians think obesity is not a problem

What really makes Malaysians fat is the perception that obesity is not a disease, said National Heart Institute chief dietitian Mary Easaw-John.
'I've realised that it is not just the food or the sedentary lifestyle that Malaysians have. Of course, that may have contributed to obesity issues but the main problem is that we do not look at obesity as a problem,' she said in response to the recent World Health Organisation (WHO) statistics that Malaysia had the highest percentage of obese people in South-east Asia.

Wednesday, November 16, 2011

Aku nak kawin lagi.....

SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.
SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.
TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Rushdie: My name is Salman. FB: No, your name is Ahmed

Rushdie's run-in with Facebook highlights an increasingly vital debate emerging over how people represent and reveal themselves on the websites they visit. -- PHOTO: BLOOMBERG

SAN FRANCISCO (NEW YORK TIMES) - The world knows him as Salman Rushdie. But Facebook deemed it fit to deactivate the famous author's account, demanded proof of identity and turned him into Ahmed Rushdie, which is the name in his passport.
He never used his first name Ahmed, Rushdie pointed out as he hit Twitter on Monday morning with a litany of exasperated posts. Would Facebook have turned J. Edgar Hoover into John Hoover, he scoffed, or F. Scott Fitzgerald into Francis Fitzgerald?

Menjelang pru13: Umno buat fitnah baru terhadap Anwar Ibrahim

NONE
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas dirinya atas dakwaan membuat laporan palsu berhubung tayangan video seks oleh 'Datuk T', semata-mata untuk memastikan dirinya sibuk.

Anwar, yang sedang menghadapi perbicaraan terhadap fitnah (liwat) yang dibuat olih budak suruhan Umno, berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan baru oleh polis itu bagi menghadapi kemungkinan beliau dibebaskan oleh mahkamah.

"Bebas atau tidak, mereka akan terus siasat saya, hanya untuk pastikan saya sentiasa sibuk.

"Saya juga tidak akan terkejut jika mereka tampil dengan pertuduhan baru," kata Anwar yang juga adalah ketua umum PKR.

Tuesday, November 15, 2011

Barua Umno edar video lucah di Masjid


NONE
Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di beberapa masjid di Seberang Perai minggu lalu terkejut apabila mendapati salinan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di tempat-tempat strategik menuju ke masjid-masjid berkenaan.

Pengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid.

Katanya, VCD, dengan penutup hijau itu, diletakkan di pintu masuk ke masjid, tetapi tiada sesiapa yang dapat mengenal pasti mereka yang meletakkan pita tersebut di sana.

Ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD. Mereka menyangkakan bahawa ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Projek terowong, jalan raya hubungkan Pulau Pinang dan tanah besar akan dibina



Pulau Pinang terus maju selangkah lagi dengan bakal wujudnya terowong bawah tanah menyambungkan Semenanjung dengan tiga jalan utama baru di pulau mutiara itu menjelang tahun 2020.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, ini merupakan projek pembangunan terbesar oleh kerajaan Pulau Pinang yang bakal menjadikan negeri itu sebagai bandar pintar tidak sampai satu dekad lagi.

“Projek ini bukan sahaja khusus kepada Pulau Pinang kerana ianya juga akan membuka peluang perniagaan, pelaburan, pelancongan dan sebagainya kepada keseluruhan kawasan utara Semenanjung, termasuk dengan Thailand,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

AirAsia's Fernandes plans new premium carrier

-- PHOTO: AP
KUALA LUMPUR (AFP) - AirAsia chief Tony Fernandes revealed on Monday his plans to start a new super-premium regional airline in partnership with national carrier Malaysia Airlines.
'Here is another idea that has come out of AirAsia which will create more more value, more jobs and more business.
'If an idea like this does materialise... it will definitely involve Malaysia Airlines,' he told reporters.

Buffett bought $13.7 billion of IBM stock since March

WASHINGTON (AFP) - United States (US) billionaire Warren Buffett told the CNBC television business channel on Monday that he had bought US$10.7 billion (S$13.7 billion) of IBM stock since March, the equivalent of a 5.5 per cent share of the US information technology company.
Mr Buffett, a 81-year-old tycoon who heads the Berkshire Hathaway financial holding company known as the 'Sage of Omaha' for his investing skills, said that amounts to some 64 million shares.

Monday, November 14, 2011

Perbadanan Fidlot Nasional (NFC): Umno Buat Satu Keputusan Gila

NONE
Pembelian kondominium berharga RM10 juta seunit oleh anak syarikat projek penternakan lembut, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) adalah perbelanjaan tidak berhemat khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata hujah yang dikemukakan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Memetik statistik oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH), beliau berkata bahawa terdapat 66,328 unit kondominium mewah di negara ini yang masih belum dijual.

"Pasaran hartanah mewah, terutamanya bagi kondominium mewah seperti yang dibeli oleh NFC, dijangka akan mengalami penurunan harga dari tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang," kata Rafizi, seorang akauntan bertauliah yang pernah berkhidmat sebagai pengurus kanan di syarikat petroleum negara, Petronas.

PRU-13: Rakyat diingat jangan terpengaruh dengan fitnah


Rakyat diingatkan berwaspada supaya tidak terjerat dengan fitnah yang dilemparkan oleh pelbagai pihak yang ingin meraih simpati untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 dan seterusnya memerintah negara.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin, berkata pihak yang ingin memenangi pilihan raya kini semakin terdesak hingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Sunday, November 13, 2011

Apa orang Cina benar-benar mahu?

NONE
Kerajaan Rakyat l Olih ~ Sim Kwang Yang: Berikutan kekalahan BN pada satu pilihan raya umum lalu, akibat pengundi Cina menarik balik sokongan mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu pernah bertanya dengan berang: "Apa yang orang Cina benar-benar mahu?"

Sejak sekian lama, orang Cina sentiasa digambarkan sebagai sesuatu bangsa yang sukar diramalkan, khususnya oleh masyarakat di Barat. Di Malaysia, masyarakat Cina dilihat kurang meluahkan perasaan secara terbuka dan lazimnya, cenderung menyimpan sesuatu pandangan kepada diri sendiri.

Justeru, soalan misteri 'apa yang orang Cina mahu' kekal relevan, lebih-lebih lagi, sejurus sebelum pilihan raya umum.

Perdana Menteri Malaysia

Bekas Perdana Menteri - Abdullah Badawi
Perdana Menteri - Najib Razak   

Bakal Perdana Menteri  - Rosmah Mansor   

Saturday, November 12, 2011

Malaysia PM Najib rules out general elections in 2011


 -- PHOTO: AFP



   
KUALA LUMPUR (REUTERS) - Malaysian Prime Minister Najib Razak said on Friday the next general elections would not be held this year, official news agency Bernama reported.
The next polls are not due until 2013 but there has been growing speculation that Mr Najib could call for snap elections this year or early 2012 while the country's economic growth is still relatively strong.
Mr Najib said ruling coalition parties had discussed ways to strengthen the group ahead of polls but did not deliberate on the timing of the election.

Contohi Resam Semut

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh  keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja  untuk  menghadapi  hidup.  Seseorang  yang  berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

Lihatlah  di sekeliling  kamu  dan  teguhkan  pendirianmu,  sepanjang hidup  dan  usiamu  jangan  mudah  berputus  harapan, senyum  yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.

Drop new politically motivated investigation against Anwar Ibrahim


We are disturbed and appalled that the police have commenced a new criminal investigation against opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. The federal opposition leader has been ordered to report for police interrogation at the Kepong police station for an investigation under s.182 of the Penal Code. 


This is a new and desperate attempt to prosecute and imprison Anwar Ibrahim, halt the movement for national political and economic reform and prevent Pakatan Rakyat from winning federal power in the coming general elections. Instead of engaging in legitimate political debate and discourse with the opposition, UMNO/BN is once again unlawfully using the police to fabricate criminal charges against Anwar Ibrahim.