Followers

Pages

Friday, December 30, 2011

Kroni Umno Kaut Ratusan Juta Ringgit, Rakyat Johor Tertipu

KUALA LUMPUR 28 Dis : KEADILAN Johor membantah sekeras-kerasnya cadangan kadar tol Lebuh Raya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) sebanyak RM9.10 sehala oleh pemilik konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, kadar tol yang tinggi itu menjadi beban terutama kepada rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan perlu membelanjakan kira-kira RM18 sehari bagi berulang alik ke negara republik itu.
“Ini memberikan keuntungan mega kepada kroni Umno, berpuluh-puluh ribu warga Johor keluar masuk ke Singapura. Adakah mereka perlu menanggung kos tol yang tinggi ini?,” tanya beliau.

Di Ambang 2012: Top 7 Most Influential Person Blog Facebook 2011

Kerajaan Rakyat l Penutup Tirai 2011
Open Group (Facebook) Kerajaan Rakyat di: di sini   

Thursday, December 29, 2011

ANWAR IBRAHIM: UMNO semakin gusar dan resah

Kerajaan Rakyat l Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.
Kerajaan Rakyat di Facebook: di sini   

Dari YB Nurul Izzah Anwar


Peranan penjawat sektor awam sebagai tunjang perkhidmatan dan penggerak pembangunan negara mesti bukan sahaja dihargai tetapi kebajikan serta suara mereka mesti diberikan ruang dan dihormati.

Salah satu bukti sektor ini dihormati dan dihargai adalah dengan memelihara maruah para penjawat melalui pendekatan musyawarah di mana, sebagai 'stakeholder', pandangan dan pendapat mereka diutamakan serta diambil kira secara tulus. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara paling asas lagi penting, iaitu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bukan sahaja dari aspek perundangan malah dari sudut Islam sebagai 'aqad' pekerjaan tidak boleh diperkecilkan sehingga kelihatan seperti diperlekehkan.

Penyisihan, pengkelasan dan 'penswastaan' peranan sektor awam mewujudkan perbezaan di antara dua atau lebih tepat empat darjat.

Wednesday, December 28, 2011

Hasan Ali minta maaf kepada pimpinan PAS


Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menemui Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

Burung lebih pandai kira daripada Najib Razak.


Jika UMNO/BN masih memerintah Malaysia, menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa. - Anwar Ibrahim

Itu maciam kalo... burung lebih pandai kira daripada Najib Razak.

LONDON: Burung merpati sejak dahulu lagi dikenali dengan kebolehannya mencari jalan pulang tetapi penyelidikan terbaru mendapati unggas itu turut boleh menghitung.

Dr Damian Scarf dari Universiti Otago di New Zealand, berkata mereka mendapati burung merpati boleh membezakan nombor daripada satu hingga sembilan dan menyusunnya.

Menurutnya, sebelum ini hanya manusia dan beberapa primat lain diketahui mampu menghitung.

Kerajaan Rakyat di Facebook: di sini  

ANWAR IBRAHIM: Jawapan Kerajaan Mengecewakan

Kerajaan Rakyat l Saya meneliti jawapan kerajaan Dato’ Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang
perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa.
Kerajaan Rakyat di Facebook: di sini  

Tuesday, December 27, 2011

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, lawat Vietnam

MARK ZUCKERBERG (tengah) diberikan bunga sebelum dia melawat Ha Long Bay di wilayah Quuang Ninh kelmarin.
HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg melakukan lawatan rahsia bersama kekasihnya Priscilla Chan ke Vietnam, lapor akbar VnExpress kelmarin.
Berdasarkan laporan beberapa sumber, VnExpress menyatakan, Zuckerberg telah menyewa satu penerbangan dari Bangkok menuju ke Lapangan Terbang Noi Bai di Vietnam pada 22 Disember lalu.
Beliau diberikan visa untuk memasuki Vietnam dari 12 Disember selama dua minggu.
Seorang pembaca menelefon jabatan pengarang VnExpress untuk memberitahu, dia dapat mengecam Zuckerberg bersama teman wanitanya semasa terserempak dengan mereka pada Jumaat lalu.

UMNO RANCANG CETUSKAN HURU-HARA PADA 9 JANUARI 2012



Kerajaan Rakyat l Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di
Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman
dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Nyatakan sokongan anda di sini  

Lu Melayu ke Cina..? Sini baca....

All UMNO politicians are corrupt, and why only Khir Toyo was charged in court?
The reason is Najib has to please Chinese community who generally to believe that Khir Toyo is the black hand who murdered Teoh Beng Hock.
Teoh Beng Hock incident has caused Najib and its BN losing many Chinese neutral votes.
Send Khir Toyo to jail with corruption charges will help BN to regain some Chinese neutral votes which are critical for BN to defeat PR in Selangor.

Sunday, December 25, 2011

Dear Dairy...

Kerajaan Rakyat : Hari ini seantaro alam samada meraikan Perayaan Christmas atau meraikan cuti sempena Christmas. Lama, terlalu lama saya tidak bersantai. Hari ini, ketika ini, saya merehatkan minda bersama secakir English Breakfast Tea dan sepiring Black & White Choc Cheese.

Sambil menikmati music classic dendangan penyanyi entah dari mana, saya memerhatikan gelagat anak-anak muda dari sudut Chocolate Lounge, The Curve. Terdetik disudut hati, apakah anak-anak muda yang berpeleseran ini sedar negara mereka sedang dicakar musnah oleh watak-watak durjana yang melalaikan mereka agar iblis-iblis harami akan terus mewah dan mudah merakus jutaan ringgit wang negara..!
Kerajaan Rakyat di Facebook: di sini  

Parti Suu Kyi tandingi pilihan raya



NAYPYITAW: Pemimpin pembangkang Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, mendaftarkan partinya secara formal semalam untuk bertanding dalam pilihan raya mendatang. Pendaftaran Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) itu dibuat di Suruhanjaya Pilihan Raya Sekerja di ibu kota Naypyitaw.

NLD memboikot pilihan raya umum tahun lalu ekoran syarat ketat yang antara lain melarang Cik Suu Kyi bertanding. -- AFP.

Friday, December 23, 2011

Kalian adalah bakal pemimpin negara!


Kerajaan Rakyat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mereka. Tahniah juga kepada kedua Ibu Bapa dan para guru mereka. 

Buat anak-anak yang merasakan mereka mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, JANGAN BERSEDIH dan jangan berputus-asa. Perbaiki diri, lipat-gandakan usaha dan terus mara, insyaAllah kejayaan dan kecemerlangan akan bersama kalian dimasa-masa mendatang.

Tahun 2012 kalian akan memulakan era sebagai pelajar Menengah Atas dan perlu diingat berada tingkatan empat bukanlah era untuk berbulan madu. Berada di tingkatan empat adalah masa untuk kalian membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang lebih mencabar di tingkatan lima nanti. 

Kepada semua pelajar sekolah, Kerajaan Rakyat doakan semoga kalian terus berjaya dan ingatlah: Kalian adalah bakal pemimpin negara masa depan.

Thursday, December 22, 2011

Facebook rapped in Europe over privacy

DUBLIN (AFP) - Facebook has to better explain to users what happens to their personal data and give them more control, the data commissioner in Ireland, home to the website's international headquarters, said on Wednesday.
Facebook must work towards 'simpler explanations of its privacy policies (and) ... easier accessibility and prominence of these policies,' the Irish Data Protection Commissioner (DPC) said.
It called on the United States firm behind the popular website, which helps its some 800 million users worldwide keep in touch with friends and exchange information, to provide 'an enhanced ability for users to make their own informed choices.' The DPC report, compiled after a three-month 'audit' and available at www.dataprotection.ie/docs/Home/4.htm, also called on Facebook to allow users to delete permanently old messages, friend requests, pokes, tags and posts.

Gugur jawatan EXCO: Hasan Ali tidak kisah

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.

Cho tengok muka dia... macam SIAL.. !!!

Hi Roslan Mokthar... engkau nak mengajar Adam Adli..??? 


Hi sundal Roslan... engkau yang kurang ajar... lagi ada hati mau ajar orang lain..?? 

piiiiraaahhhhh mamat... muka macam terompah senget.... ada hati nak berlagak hero konon...!! 

Tuesday, December 20, 2011

Lagi kes keluarga Shahrizat berjoli duit lembu

Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama).

Lagi info di facebook Kerajaan Rakyat

ADUN DAP Bukit Gasing Edward Lee meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Gasing Edward Lee Poh Lin meninggal dunia hari ini, demikian menurut rakan-rakannya.
Ketika memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, wakil rakyat DAP itu, yang bertarung dengan masalah kanser, meninggal dunia sekitar pukul 4 pagi tadi.
Lee, 61, berhadapan dengan masalah kanser sejak 2009.
“Saya dimaklumkan bahawa YB Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) telah meninggal dunia. (Mendiang) seorang yang baik, saya rakan satu kelas dengan James, anak lelakinya di La Salle,” kata Nik Nazmi yang juga ADUN Seti Setia.
Kerajaan Rakyat di Facebook: di sini  

Arman Azha jual tetek bini? Kontolnya labuh berkote pendek

Arman Azha Abu Hanifah yang mengaku dirinya seorang pahlawan Melayu (sebenarnya dia pahlawan taik kucing merangkap penjilat kencing). Apa yang nyata, si mamat bangsat ini telah menjual tetek bininya untuk tontonan umum. Hanya lelaki bacul yang sanggup membenarkan bahagian tetek bininya untuk ditontoni oleh orang lain.

Kesian sungguh si bangsat aka bacul, Arman ni, cakapnya nampak macam hebat tapi perangainya macam musibat. Biasanya orang cakap berdegar-degar ni, lagaknya aje yang lebih tapi pengecut. Ibarat kontol labuh berkote pendek!

piiiiraaahhhhh mamat... Lu baca seranah orang sama Lu kat sini..

Monday, December 19, 2011

Perakuan Media: TUN MAHATHIR BERBOHONG

Kerajaan Rakyat l KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.

KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]”.

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:

Kemuncak Kezaliman Umno: Anwar Ibrahim Dibunuh

18 DISEMBER 2011

Angkara siapakah ini? Pagi ini penganjur program Ceramah dan makan malam Cabang Padang Serai PKR terkejut dengan perbuatan biadap meletakkan satu "mayat palsu dikapan" dekat tapak program tersebut. Tetamu khas program malam ni Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden N Surendran.


Kerajaan Rakyat di Facebook: di sini 

Sunday, December 18, 2011

MEMBIDAS CABARAN TUN DR. MAHATHIR


KENYATAAN MEDIA
18 DISEMBER 2011

MEMBIDAS CABARAN TUN DR. MAHATHIR


Telah sekian lama Dato' Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Dato' Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato' Seri Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Dato' Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Saturday, December 17, 2011

Kan ku katakan padamu, "Aku sangat mencintai dirimu"


Keluahan seorang perindu:
Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi di saat aku mulai mencintaimu
Aku berharap engkau jadi kekasih hatiku, tapi kau pergi jauh dari hidupku
Di saat kau tinggalkan diriku pergi, Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,  Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, "Aku sangat mencintai dirimu"

Wahai Perindu, kau tak perlu bersedih hati lagi. Andai ungkapan keramat "Aku Cinta Kamu" atau "I Love You", dia masih tidak memahami, kau ucapkan saja... "Aamee tuma ke bhalo aashi" .... dan andai dia masih tidak memahami.... kau rujuk semula panduan menilai percintaaan ( Klik di sini )

Friday, December 16, 2011

Rapat Rakyat Bersama Pakatan Rakyat

18 Disember 2011 (Ahad)
Program 1) Pulau Pinang
11.00 pagi – Ucaptama Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang
Lokasi: Evergreen Laurel Hotel, Gurney Drive, Pulau Pinang

Program 2) Kedah
1.30 – 2.30 ptg - Ucapan di Pameran Koleksi Pedang Dan Seni Silat
Lokasi: Dewan Naza, Gurun, Kedah

Program 3) Pulau Pinang
4.00 ptg – Hi-Tea Dan Perasmian Ranting Bandar Tasik Mutiara
Lokasi: Bandar Tasik Mutiara, Simpang 4, Nibong Tebal

Program 4) Kedah
5.00 – 7.00 ptg – Majlis Penerangan Isu Semasa
Lokasi: Dewan Kattu Raja, Paya Besar, Lunas, Kedah

Diskusi Bersama Rakyat Di Sini 
Penceramah:
2. YB S. Manikumar
3. YBhg N. Surendran

Thursday, December 15, 2011

Saya akan terus berjuang walau dari dalam penjara

KUALA LUMPUR 15 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikirar akan terus memperjuangkan keadilan meskipun beliau mungkin dipenjarakan atas dakwaan Fitnah II.
Bercakap kepada wartawan selepas hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari depan bagi membuat keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah prinsipnya untuk menegakkan keadilan.
“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau di kompleks mahkamah Jalan Duta di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.
Ikuti perbincangan rakyat di Facebook di sini

Tuesday, December 13, 2011

Satelit risik kedua Jepun dilancar


TOKYO: Jepun melancarkan roket H-IIA yang membawa satelit risikan ke orbit dari Pusat Angkasa Tanegashima, Kagoshima, semalam.

Ia satelit risikan kedua yang dilancarkannya tahun ini.

Jepun kali pertama melancarkan satelit risikan pada 2003 ekoran kebimbangan berkaitan program senjata nuklear Korea Utara. - AP

Hasan Ali Yang Saya Kenal


Kerajaan Rakyat l Ikhlas saya katakan, saya memang TIDAK percayakan manusia yang bernama Hasan bin Ali. Bagi saya dia seorang hipokrit yang tersilap pilih olih PAS! 


Bukan Hasan Ali yang silap tetapi PAS yang salah pilih, sepertimana PKR tersalah pilih, bilamana parti Keadilan Rakyat itu memilih seorang gigolo (klik di sini) untuk menjadi wakil rakyat..!!! 


Hasan Ali memang tidak silap kerna saya telah sedia maklum dia adalah manusia yang gila glamour dan mendewakan DUIT.. !! Bagi saya, Hasan Ali seorang manusia "mata duitan" Period !!!


Ikuti perbincangan rakyat di Facebook di sini

Monday, December 12, 2011

Persundalan cemar proses perbicaraan di mahkamah Malaysia

KUALA LUMPUR: Karpal mahu Farah Azlina  dan Saiful Bukhari dipanggil semula memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung dengan adil.
“Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,” kata Karpal.
Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

Pengintip Di Telefon Bimbit Anda


Pastinya anda tertanya-tanya sejauh manakah aplikasi ini mengintip dan memanipulasi telefon bimbit anda dan apakah model telefon yang diletakkan aplikasi ini?

Pada 12 November 2011 penyelidik yang bernama Trevor Eckhart telah menghantar bukti bahawa satu program yang dikenali sebagai Carrier IQ boleh menjejaki ketukan kekunci dan aktiviti pengguna telefon mudah alih. Laman web menjadi sibuk kebelakangan ini kerana untuk mengetahui berapa banyak program itu sebenarnya mengumpul data dan bagaimana ia tersimpan.

Sunday, December 11, 2011

Perkampungan Kucing

Perkampungan Kucing di Brazil

Erti Maju Masyarakat Kita Melayu



MUNGKIN memang fitrah manusia suka membandingkan diri mereka dengan orang lain.

Sebagai sebuah masyarakat misalnya, kita sering membandingkan diri kita dengan kaum-kaum lain.

Kita sering berasa kekurangan, sebab sampai sekarang kita melihat diri kita masih ketinggalan di belakang kaum-kaum lain di sini.

Sedang kita maju selangkah, kita lihat kaum-kaum lain juga maju selangkah - bahkan sering kali mereka berada beberapa langkah di hadapan kita.

Sedang kita miliki flat empat atau lima bilik, mereka pula tinggal di kondo, bahkan banglo.BILA NAK 'GAME'?

Kita baru bawa kereta Toyota, mereka dah bawa Mercedez besar.

Kita makan gaji, mereka pula jadi tauke. Bila nak game?

Akibatnya, timbul rasa kurang puas hati... bahkan kadangkala kita berasa rendah diri melihat betapa kerdilnya masyarakat kita di bumi sendiri.

Apakah kita akan terus-menerus berasa kecewa melihat jurang antara kita dengan kaum-kaum lain tetap melebar?

Assalamualaikum dari Anwar Ibrahim buat rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. 

Saturday, December 10, 2011

Pilihanraya Umum Ke13. MAKLUMAT PENTING

Adalah dimaklumkan: Demi kesejahteraan, keselamatan dan kemakmuran rakyat Malaysia seluruhnya, pengumuman penting ini disiarkan.

Wednesday, December 7, 2011

Jangan pelik bila Taib Mahmud dapat 'apam' muda..

Kerajaan Rakyat l Patutlah Taib mahmud bolih beli apam muda... import lagi you... rupanya dia ada duit billion-billion... pandai betul dia simpan duit ye... sama macam Rosmah (pandai menabung) geliga betul kepala hotak dia.... apala agaknya niaga dia tu ye.... Kalau setakat jadi Ketua Menteri.... takan sampai gitu banyak duit dia kan... kan kan kan..
SARAWAK 7 Dis: Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat.

Monday, December 5, 2011

Orang berjiwa pemimpin mengeluarkan hormon testoteron lebih banyak



Kerajaan Rakyat l JAKARTA: Orang yang cemas mempunyai lebih banyak keringat sehingga boleh memodifikasi bakteria di bahagian ketiak yang membuat badan mereka lebih berbau.

Orang berjiwa pemimpin yang disebabkan tinggi sifat dominasinya, akan mengeluarkan hormon testoteron lebih banyak sehingga memberikan bau lebih khusus.

Orang yang bersikap terbuka pula jarang memiliki bau yang kurang menyenangkan kerana emosinya stabil, demikian menurut satu kajian terbaru mengenai ciri keperibadian, baru-baru ini.

Mengetahui ciri-ciri keperibadian seseorang biasanya memerlukan waktu yang lama tetapi penelitian terbaru itu menunjukkan bahawa keperibadian seseorang boleh diketahui melalui bau badannya.

Keputusan awal: Parti Islam menang besar



KAHIRAH: Keputusan awal pilihan raya pertama pascarevolusi Mesir menunjukkan bahawa parti-parti Islam meraih kemenangan besar.

Ini termasuk parti Salafi berpendirian tegar, dengan parti-parti berfahaman sekular dikalahkan di kebanyakan kawasan.Perangkaan undian secara beransur-ansur diumumkan bagi kawasan-kawasan negara itu yang mengadakan bantahan pengundian pada Isnin dan Selasa lalu.

Ini mengesahkan ramalan awal bahawa parti-parti Islam memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga jumlah undian.

Akhbar-akhbar di negara itu semalam melaporkan bahawa Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), yang dikaitkan dengan kumpulan Persaudaraan Islam (Ikhwan), meraih hampir 40 peratus undian, manakala Parti Al-Nur yang dikaitkan dengan kumpulan Salafi tegar, mendapat antara 20 dengan 25 peratus undian.

Sunday, December 4, 2011

Sunday Special - Ayat-ayat Cinta

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan