Followers

Pages

Friday, January 20, 2012

Saman RM50 Juta ~ Kita tunggu dan tengok apa kesudahannya


Kerajaan Rakyat - Kita tunggu dan kita tengok apa kesudahan kepada saman ini. Kalau Anwar menang, maknanya Utusan Malaysia memang jenis media bangsat yang suka menipu. Tetapi kalau Utusan Malaysia bijak putar fakta dan berjaya menafikan saman Anwar kerna mahkamah terpengaruh olih tangan-tangan ghaib dari Putrajaya, ertinya memang Utusan Malaysia baruah tegar Umno/BN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman sebanyak RM50 juta terhadap  Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pagi ini.
Saman itu ekoran laporan berbaur fitnah yang disiarkan Utusan di muka depannya bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ pada 17 Januari lalu.
~ Kerajaan Rakyat (Facebook)

Laporan itu memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang memutar belitkan kenyataan Anwar dalam satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BB C).
Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Pada 18 Januari lalu, Anwar mengemukakan notis saman berkenaan ekoran laporan fitnah Utusan yang mengatakan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.
Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu.
Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam  untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Utusan gagal mengemukakan permohonan maaf kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Beranikah Najib?