Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Sunday, February 19, 2012

Pengakuan Isteri: Pelbagai cara dilakukan untuk menegangkan zakar suami

(Amaran: Untuk bacaan dewasa sahaja - SX18)
Saya berusia 20 tahun dan baru mendirikan rumah tangga. Apa yang menjadi masalahnya ialah suami begitu lambat untuk terangsang.Pelbagai cara saya lakukan untuk membuatkan zakarnya menegang dan ia memakan masa yang lama. Adakalanya saya berasa tertekan dengan keadaan itu kerana saya masih muda dan keinginan melakukan hubungan intim begitu membara.Apakah masalah suami saya dan apakah nasihat doktor?

Naluri dan nafsu syahwat adalah fitrah semula jadi manusia yang Allah swt anugerahkan.Secara umum, kaum lelaki memang lebih mudah terangsang. Keinginannya untuk berintiman dengan pasangan akan mudah membara jika apa yang dilihat memenuhi kehendaknya.



Tubuh wanita (Payudara) memang dapat meningkatkan nafsu berahi lelaki. Selaku isteri, anda boleh menjamu selera suami dengan menayangkan apa yang beliau suka.Sesetengah suami suka menyentuh dan meraba tubuh isterinya. Ada pula yang suka mengucup bahagian tubuh mengikut cita rasanya.

Anda menyatakan yang anda telah melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan rangsangan seksual suami namun kurang berjaya. Namun, anda tidak memberikan maklumat mengenai berapakah usia suami dan contoh-contoh perkara yang anda usahakan itu.

Mungkin apa yang pihak isteri boleh lakukan ialah dengan menjaga penampilan diri. Kenakanlah pakaian yang sesuai dan haruman yang menyelerakan.Dengan menghangatkan keadaan persekitaran, ia boleh mencetuskan ereksi yang padat petanda suami sudah terangsang untuk ke peringkat selanjutnya.

Sebenarnya, hanya beliau sahaja yang tahu sebab-musabab di sebalik mengapa dirinya agak lambat terangsang. Selaku isteri, anda boleh bertanya kepadanya apa yang boleh membuka selera syahwatnya.Kemudian, lakukan mengikut apa yang dinyatakan.

Setelah mendapatkan pandangannya dan anda melakukan mengikut apa yang dinyatakan, namun, ia tetap gagal memberikan apa-apa kesan, maka ia petanda suami mungkin mengalami masalah gangguan keberahian seksual.

Ketahui latar belakang di sebalik perilaku seksualnya pula. Adakah suami anda kerap menonton bahan lucah melalui Internet atau cakera padat?Jika itulah yang menjadi amalannya, maka pasti anda dan suami menonton pornografi bersama-sama untuk menghangatkan suasana. Dalam masa yang sama, ada pula sesetengah suami yang berasa kurang selesa dengan perkara yang isteri lakukan untuk membangkitkan nafsu berahinya.

Meskipun kurang selesa dengan cara itu, suami mungkin mengawal perasaan dan tidak menyuarakan apa yang menjengkelkannya kepada pihak isteri demi menjaga hatinya.Situasi itu dikenali sebagai perasaan seksual yang terhambat atau sexual inhibition.

Ia seperti kehadiran mentua di rumah atau adik-beradik yang tidur di bilik sebelah dan boleh mengganggu suasana romantis.

Apa kata sekali-sekala, anda dan suami meluangkan masa untuk menyendiri di hotel dan cuba berintiman tanpa sebarang gangguan?

Jika suami memang tetap agak lembat terangsang, ia mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatannya.Cubalah buat temu janji untuk berjumpa doktor.

Sebaik-baiknya, anda turut hadir semasa sesi itu bagi membolehkan anda mengetahui masalah sebenar yang membelenggu suami. Anda juga boleh mendapatkan tip daripada doktor mengenai cara bagaimana anda boleh membantu suami.

Kini terdapat pelbagai kaedah rawatan untuk membantu kaum lelaki yang mengalami masalah sebegitu.Apa yang penting ialah kesediaan pihak lelaki untuk berjumpa pakar seksual.Semoga masalah anda akan dapat diatasi segera.

DR ISMAIL TAMBI
Pakar kesuburan dan andrologi
Kisah Kemutan Faraj dan Oral Seks