Followers

Friday, February 17, 2012

Wartawan diberi peluang naik C-17, pesawat tentera udara Amerika yang tercanggih di dunia



TERCANGGIH DI DUNIA: Para wartawan dan jurugambar diundang menaiki pesawat C-17 yang akan beraksi dan dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura yang berlangsung sehingga Ahad ini. -- Foto ZAOBAO
DARI jarak 25,000 kaki (7,620 meter) kepada 5,000 kaki ke bumi dalam masa sekitar seminit sahaja.
Impak daripada pesawat tentera C-17 yang turun secara mendadak itu membuat sekitar 20 orang di dalamnya, termasuk wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara, berpaut pada tempat duduk masing-masing.

Terhenti seketika degupan jantung. Saya berusaha menahan diri daripada terlanggar orang di sebelah, walaupun sudah memakai tali keledar.

Keadaan dalam pesawat pula seolah-olah tiada graviti, dengan barang-barang kecil 'berterbangan' sehingga hampir terkena beberapa penumpang.




Para wartawan dan jurugambar diberi peluang menaiki pesawat itu semalam atas undangan Kedutaan Amerika Syarikat dan Jabatan Pertahanan negara itu.

Pesawat C-17 itu dijangka beraksi dan dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura 2012 yang berlangsung hingga Ahad ini.

Pesawat C-17 adalah antara pesawat pengangkatan tentera udara yang tercanggih di dunia.

Pesawat sepanjang 53 meter dengan muatan maksimum 77,500 kilogram itu mampu meluncur membelah udara dengan kelajuan 450 knot atau sekitar 833 kilometer sejam.

Terdapat lebih 50 tempat duduk yang menghadap sebelah kiri dan kanan pesawat tersebut.

Pesawat yang digunakan oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat (USAF) itu juga telah terlibat dalam memberikan bantuan di negaranegara yang dilanda bencana alam.

Antaranya ia pernah terlibat dalam penghantaran bekalan dan para pekerja bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana tsunami di Indonesia dan Thailand pada 2005, dan mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun tahun lalu. - Ervina.



Klik > Pesawat Tercanggih Tentera M'sia