Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0: Masuk Dataran Merdeka. Penjelasan Anwar Ibrahim

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau dan timbalannya Azmin Ali tidak mengeluarkan arahan supaya peserta merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka pada Sabtu.


Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan yang disifatkannya bukan satu kesalahan.

Dengan sinis, beliau bertanya sekiranya memasuki Dataran merupakan satu kesalahan besar berbanding perbuatan menipu dalam pilihan raya



Komentar Kerajaan Rakyat: Banyak sangat pencacai yang tidak faham isu sebenar. Persoalannya tiada asas kukuh bagi polis mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang rakyat ke Dataran Merdeka untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil. Justeru, BERSIH 3.0 diadakan. Kalau hak kita dinafikan dan kita masih berdiam diri, maka bacullah kita. Tak kan itu masih tidak faham atau mereka memang teringin sangat hendak jadikan Malaysia sebagai negara Diktator?

Kerajaan Rakyat berasa sedih bila terdapat blogger-blogger Pakatan (kononnya) masih tidak mengerti perkara asas dalam perjuangan BERSIH 3.0