Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0: Pengakuan Polis, BERSIH 3.0 bagus dan menguntungkan

Gambar hiasan

Kerajaan Rakyat: Saya tidak tahu berape ramai rakyat yang sedar tentang penipuan dalam pilihanraya olih kerajaan Umno/BN yang kini telah membentuk lautan manusia dibeberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka dalam program BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH.

Berpaksikan keprihatinan dan kesedaran inilah maka mereka berhimpun menuntut pembersihan dalam Suruhanjaya Pilihanraya dan juga dalam proses pilihanraya itu sendiri.

Buat masa terkini saya tidak ambil port ajakan kawan-kawan untuk bergerak ke arah Dataran Merdeka. Saya dengan cara saya sendiri, mencari tempat nyaman yang membolihkan saya menggutip "info polis".


Dengan berbekalkan sebungkus nescafe tarik kurang manis dari kedai "Pak Mertua" di Bangsar tadi, saya baik punya lepak di Muzium Tamadun Islam berhampiran Mesjid Negara. Bagaimana, cara mana saya bolih 'sampai dengan selamat' ke Muzium Tamadun Islam ini, tidak penting.

Apa yang menarik, di sini saya bertemankan bukan dari kalangan member bloggers (ISA subuh tadi janji nak pergi sama, last minute tak jadi, isterinya tidak berapa sihat) atau rakan-rakan Pakatan Rakyat tetapi saya bertemankan mangkok hayun yang kerap membuat kacau dan haru biru setiap kali perhimpunan aman!

Seperti biasa, tugas resmi saya "mengayat". Syukur, Allah dikurniakan saya raut "orang baik-baik", dan memang baikpun.... ahakzzz. Berbekalkan raut 'orang baik' yang memang baik, saya mulakan missi mengayat.... ahakzzz. Saya dok bersembang dengan tiga anggota polis yang ditugaskan mengawal laluan menghala ke Mesjid Negara. (salah satu lokasi perhimpunan awal BERSIH 3.0)

Setelah hampir 30 minutes mengayat dan berjaya menyakinkan mangkok hayun 3 ekor tu "saya benci pada BERSIH 3.0", saya hulur 'jarum peniti'!

"Memang bodoh Anwar Ibrahim ni", kata saya. "Orang hari Sabtu, hari cuti patut suruh rakyat berehat kat rumah dengan family, dia suruh rakyat berdemo pulak", sambung saya.

"Anwar tak bodoh, yang pergi demo tu yang bodoh", bidas seorang anggota polis tu. "Satu hapa tak dapat, saja cari penyakit" sambungnya lagi.

"Tapi, bagus jugak ada BERSIH ni" mangkok hayun, 'dua calit' dibahu yang agak berumur sikit tu menyambung. "Dapat juga kita claim overtime", dia menyudahkan ayatnya.

Dalam hati saya, BERSIH 3.0 telah memberi rahmat bukan hanya kepada pemimpin politik untuk 'political mileage' mereka atau kepada rakyat bawahan untuk "berpesta", tetapi juga telah memberi rezeki tambahan kepada anggota polis.

Halwa Telinga sambil menulis