Saturday, April 28, 2012

Tak cukup dengan polis dan DBKL, Najib beri rakyat candu untuk gagalkan BERSIH 3.0

Menjelang perhimpunan aman BERSIH 3.0 esok petang, agaknya apa yang disiarkan ASTRO, yang secara tiba-tiba menganugerahkan rancangan televisyen percuma untuk kesemua 130 salurannya hingga 6 haribulan Mei nanti. Kepada mereka yang lebih selesa duduk rumah, terbongkang tengok TV daripada turun ke Kuala Lumpur bersama ratusan ribu rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

Adakah rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, yang begitu suka tengok TV akan memilih untuk lepak tengok ASTRO berbanding turun ke jalan-jalan Kuala Lumpur dan mendesak reformasi sistem pilihan raya yang lebih telus?


ASTRO ini Ananda Krishnan yang punya, kebetulan Ananda Krishnan ni pulak sedara rapat kepada Mahathir. Mahathir ni pulak khalifah kepada Bani Umno. Secara kebetulan pulak matlamat akhir BERSIH 3.0 hendak benamkan Bani Umno. Kalau Bani Umno terbenam, Mahathir bersama Najib dan gerombolannya akan tertanam sama. Justeru untuk menggelakkan dari tertanam, Najib terpaksa minta tolong Ananda untuk supply candu kepada rakyat, Melayu khususnya agar leka dengan candu pemberian Ananda Krishnan dan tidak pergi ke Dataran Merdeka

Orang Melayu kan suka tengok Astro, hiburan. Hiburan kan candu.
Tak akan ku undur walau seinci