Saturday, May 5, 2012

Alamak... Betulke ni Tan Sri? Sampai hati Tan Sri. Tan Sri tak kesian dia ke?

Kehebatan, ketelusan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat dalam menuntut pentadbiran yang bersih dan beretika serta bebas dari amalan rasuah sekali lagi terserlah. Kerajaan Rakyat yakin semua ini dilakukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Ekoran penemuan terbaru pendakwa awam Perancis, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urus niaga kapal selam Scorpene bernilai berbilion ringgit.

Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika perlu, dana antirasuah dari "Geran Selangorku" juga boleh dibelanjakan memandangkan tuduhan itu serius dan melibatkan perdana menteri sendiri.

"Jika pihak SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan negeri bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, sebagai kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu serius itu.

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian senjata Perancis-Malaysia kelmarin mendakwa menemui bukti bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faks menunjukkan Najib didakwa meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Skandal Scopene: Najib Memang Terlibat.