Wednesday, May 2, 2012

Apakah Khasiat Peram Seluar Dalam dan Coli?



IPOH: Seorang gadis hidup dalam ketakutan kerana menjadi mangsa gangguan lelaki misteri yang gemar mencuri coli dan seluarnya yang kemudian 'diperam' selama seminggu sebelum dicampakkan semula ke kawasan rumahnya.

Suspek turut meninggalkan nota berbaur lucah yang memuji kecantikan gadis itu dan mengajak beliau melakukan hubungan seks dengannya.

Kelmarin, suspek sekali lagi bertindak mencampakkan coli dan seluar dalam gadis itu di depan pintu dan halaman rumahnya di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, di sini, serta kereta beliau.


Gadis itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Suria, 32 tahun, berkata beliau terkejut semasa keluar rumah untuk bekerja sekitar 9.45 pagi kelmarin apabila mendapati tujuh seluar dalamnya bertaburan di depan pintu rumah.


Beliau juga mendapati coli dan beberapa seluarnya sengaja dicampak di atas kereta dan halaman rumahnya.

'Saya tidak pasti siapa melakukan perbuatan ini. Ia dilakukan awal pagi kelmarin. Adik saudara saya yang tinggal bersama di rumah ini mendakwa terdengar bunyi tapak kaki di luar rumah sekitar 1 pagi semalam (kelmarin), tetapi dia tidak berani menyiasat.

'Saya yakin kejadian kedua ini dilakukan individu sama yang melakukan perbuatan serupa pada awal Mac lalu,' kata Cik Suria ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bercham.

Menurutnya, dalam kejadian pertama suspek menceroboh masuk dan mencuri dua colinya yang dijemur di ampaian.

'Dia mencampakkan coli itu semula di depan pintu rumah seminggu kemudian dan menyelitkan bersama sekeping nota. Saya yang baru pulang dari kerja sekitar 11 malam terkejut apabila membaca nota itu, yang dipenuhi kata-kata lucah,' kata Cik Suria. -- Harian Metro.