Wednesday, May 2, 2012

Barack Obama beri amaran terhadap ujian nuklear



AS, Jepun beri amaran pada Korea U

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Jepun semalam memberi amaran kepada Korea Utara terhadap ujian nuklear terbarunya, dengan Presiden Barack Obama berikrar tidak akan bertolak ansur dengan Pyongyang.

Encik Obama telah mengalu-alukan lawatan pertama Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihiko Noda, ke Rumah Putih selepas tiga tahun, dengan dua pemimpin itu cuba mewujudkan perhubungan erat.

Mereka mempunyai matlamat sama dalam usaha mengenakan tekanan terhadap Korea Utara kerana tidak puas hati mengenai kedegilan Pyongyang melancarkan roket, yang akhirnya gagal, pada 13 April lalu. -- AFP.