Thursday, May 17, 2012

Berlian diraja Eropah berharga $12 juta


GENEVA: Berlian turun-temurun kerabat diraja Eropah ini berjaya mencapai harga 9 juta franc Switzerland ($12 juta) dalam satu lelongan di Geneva, kelmarin.

Kaitan berlian 35 karat yang dipanggil Beau Sancy itu dengan kerabat diraja bermula seawal tahun 1604.

Pada tahun itu, Raja Henri keempat dari Perancis membeli berlian itu atas desakan isterinya, Raja Permaisuri Marie de medici, yang memakainya di bahagian atas mahkotanya semasa upacara pertabalannya pada 1610.


Ia juga pernah dimiliki keluarga diraja Belanda yang menggunakan berlian itu bagi memeterai perjanjian perkahwinan antara Putera Willem kedua dari Orange Nassau, dengan Mary Stuart, anak Raja Charles pertama dari England.

Lima individu daripada tiga benua bersaing mendapatkan berlian bersejarah itu semasa lelongan syarikat Sotheby. Berlian itu berjaya dibeli seseorang yang membuat tawaran melalui telefon.

Pembeli itu membayar 9,042,500 franc Switzerland bagi berlian berbentuk buah pear dengan potongan mawar berkembar.

Ia merupakan dua kali ganda lebih tinggi daripada jangkaan AS$2 juta ($2.5 juta) hingga AS$4 juta yang dijangka ditawarkan bagi lelongan berlian itu. -- AFP.

Klik Topik di bawah untuk bacaan seterusnya
Al Quran - Prebet Adam – 18SX – Polis Sundal - UMNO -
Polis Bangkai - Rahim Noor bapak iblis -