Thursday, May 10, 2012

Buat Wanitaku: Dalam sejarah yang panjang perjuanganmu tidak pernah padam



Dalam sejarah yang  panjang
Engkau meronta dalam diam

Dalam sejarah yang panjang
Kebebasanmu terbekam

Dalam sejarah yang panjang
Perjuanganmu tidak pernah padam

Dalam sejarah yang panjang
Merengkok di belakang geriji besi
Memerdekakan kemurnian mimpi

Aung San Suu Kyi
Semangatmu aku kagumi
Gelora darahmu membebas bumi
Perjuanganmu Dunia akui
Bukan untuk diri sendiri

Buat wanitaku: Suu Kyi
Dari: Sofi ~ Kerajaan Rakyat

YANGON: Penyokong pemimpin pembangkang Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, kelmarin berkumpul di hadapan cawangan pejabat parti pimpinannya, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), yang baru di buka di Yangon, Myanmar.



Minggu lalu, Cik Suu Kyi telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen (AP) walaupun pada mulanya beliau tidak mahu berbuat demikian kerana satu kenyataan ikrar berhubung 'melindungi' perlembagaan yang dihasilkan oleh pihak tentera.

Namun, beliau kemudian berubah fikiran selepas ketua negara pemerintah awam Myanmar, Encik Thein Sein, berkeras terhadap ikrar itu sambil menjelaskan bahawa menjadi 'hasrat orang ramai' melihat parti Cik Suu Kyi di dalam parlimen.

Kelmarin, Cik Suu Kyi, yang pernah dikenakan perintah tahanan dalam rumah selama sebahagian besar daripada tempoh 20 tahun lalu, menerima pasportnya yang pertama dalam masa 24 tahun.

Beliau dijangka membuat lawatan ke Norway dan Britain. -- AP.