Saturday, May 26, 2012

Facebook antara punca perceraian

LONDON: Laman sosial Facebook kini didapati menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah perceraian di sini, menurut tinjauan yang dilakukan oleh firma perundangan.
Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen perceraian oleh firma perundangan Britain, Divorce Online, lebih 33 peratus perceraian yang disenaraikan tahun lalu adalah berpunca daripada Facebook.
Jumlah itu naik mendadak berbanding 20 peratus pada 2009.
Tinjauan tersebut mendapati terdapat peningkatan aduan oleh pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai sama ada mereka menukar status mereka kepada sudah bercerai dan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada rakan berlainan jenis menjadi punca utama kepada aduan itu.

"Sekiranya seseorang mahu menjalinkan hubungan sulit, Facebook merupakan cara yang mudah melakukannya," kata jurucakap Divorce Online, Encik Mark Keenan.
Malah, status yang dikemas kini, pemergian mencurigakan ke restoran dan gambar-gambar tidak sesuai yang dipaparkan di Internet, turut dijadikan bahan bukti dalam kes perceraian.


"Justeru, pengguna Facebook perlu berhati-hati mengenai status yang mereka tulis kerana mahkamah melihat ia boleh digunakan dalam kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak sebagai bukti," kata Encik Keenan.
Sementara itu, menurut Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat, kira-kira 80 peratus peguam di negara itu mendedahkan, jumlah kes perceraian berpunca daripada laman sosial semakin meningkat.
"Saya melihat isu Facebook mengakibatkan keretakan dalam perkahwinan berlaku sepanjang masa," kata peguam perceraian di Connecticut, Encik Gary Traystman kepada Smartmoney.com.
Daripada 15 kes yang dikendalikannya dalam tempoh setahun, rekod komputer, mesej dan e-mel dijadikan sebagai bahan bukti dengan 60 peratus daripadanya melibatkan Facebook. - Agensi.

Smell Like PUSSY!