Tuesday, May 29, 2012

JAIS serbu pejabat penerbit buku Irshad Manji

Jabatan Agama Islam Selangor hari ini menyerbu pejabat syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku Allah, Kebebasan dan Cintaoleh penulis kontroversi Irshad Manji.

Pengarah syarikat terebut, Ezra Zaid dalam tulisannya di Twitterberkata pasukan 20 orang penguatkuasa itu turut merampas naskhah buku dalam serbuan di Merchant Square, Petaling Jaya.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengharamkan penerbitan buku berkenaan dan versi bahasa bahasa Inggeris Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya "boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam."

Klik dan baca topic di bawah
Ustad gian cipap - Ustad PKR kaki betina -