Sunday, May 20, 2012

Kematian bagaikan 'sumpahan' famili Kennedy

NEW YORK: Dinasti politik terbesar di Amerika Syarikat iaitu keluarga Kennedy, berkabung sekali lagi selepas isteri Robert F. Kennedy Jr disahkan membunuh diri dengan menggantung dirinya Rabu lalu.

Mayat  Mary Kennedy (gambar kiri) yang ditemui di rumahnya di Bedford, New York, menghidupkan semula persepsi bahawa keluarga yang menguasai politik Amerika selama beberapa dekad itu menghadapi begitu banyak tragedi, dan keluarga Kennedy ini sememangnya hidup dalam 'sumpahan'.


Selepas bedah siasat, pejabat koroner perubatan di Westchester County, berkata punca kematiannya ialah sesak nafas akibat menggantung diri.

Cik Mary Kennedy, 52 tahun, ialah isteri kedua Robert F. Kennedy Jr iaitu anak Robert F. Kennedy yang dibunuh pada 1968.

Robert F. Kenndy Jr adalah anak saudara Presiden John F. Kennedy yang ditembak mati pada November 1963 di Dallas.

Pasangan itu mempunyai empat anak berusia antara 11 hingga 17 tahun. Mereka hidup berasingan selepas 16 tahun berkahwin.

Akhbar New York Times melaporkan Mary Kennedy, seorang arkitek, dijumpai menggantung diri di sebuah bangsal dan beliau telah meninggalkan nota sebelum meninggal dunia. (Di US, bunuh diri. Di Malaysia, dibunuh).


Laporan media turut mengatakan beliau mempunyai masalah ketagihan arak.

'Sumpahan Kennedy berlaku lagi' lapor New York Post dalam berita tajuk utama yang merujuk kepada kenyataan bersifat ramalan yang pernah dibuat mendiang Senator Edward Kennedy dari Massachusetts.

Dalam kes Robert F. Kennedy Jr pula, seorang saudaranya, Michael, mati dalam kemalangan ski di Aspen, Colorado, manakala seorang lagi saudaranya, David, mati akibat mengambil dos dadah yang berlebihan di Florida pada April 1984.

Sepupu John F. Kennedy Jr, terbunuh pada Julai 1999 bersama-sama isterinya Carolyn Bessette apabila pesawat yang dipandu mereka terhempas. -- Agensi.

Klik Topik di bawah untuk bacaan seterusnya
UMNO - Umno Haramjadah – Warta Kerajaan -  Payudara -  Faraj –  
Ustad gian cipap - Ustad PKR kaki betina -