Wednesday, May 30, 2012

Kes Rasuah Scorpene: Semakin Jelas Bukti Keterlibatan Najib Razak

Badan hak asasi manusia, Suaram, mendedahkan bahawa nama seorang individu yang didakwa rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disebut dalam kertas pendakwaan Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian Malaysia dua kapal selam kelas Scorpene berharga RM7.3 bilion pada tahun 2002.

Dalam satu sidang akhbar di Bangkok hari ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota untuk menteri pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai 1999.

Ini berkaitan kepada satu temubual dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diplomasi Perancis-Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan.

"Nota tersebut menyebut nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik," katanya.

"Ia seterusnya menyatakan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan politik yang kuat kerana Mohd Ibrahim rapat dengan Daim, dan Abdul Razak rapat dengan Najib."

Menurut Cynthia, satu lagi nota menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim telah mula menurun sejajar dengan kuasa Daim yang semakin susut.

Nama Mohd Ibrahim kemudian 'hilang' dari syarikat Perimekar Sdn Bhd - yang dikatakan menjadi perantara dalam pembelian Scorpene - sebagai pemegang saham dan pengarah. Beliau digantikan kemudiannya oleh mereka dalam rangkaian Abdul Razak. - Mkini


Pakatan Polis, Kongsi Gelap dan Ahli Politik 
Untuk Perhatian Sultan Johore 
Barisan Nasional Memajakkan Tanah Rezab Melayu Ke Pasaran Saham 
Wanita Paling Seksi Di Dunia 2012 
YB Faraj binti Zakar 
Isabella Amy Search