Saturday, May 19, 2012

Keselamatan Negara Terancam. Polis Diraja Malaysia disusupi anasir subersif

Anasir subersif  (gambar) yang diyakini telah menyusup masuk dalam PDRM.
Sesudah 28 April Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penubuhan satu panel untuk menyiasat keganasan yang berlaku semasa BERSIH 3.0. Walau apa pun, kami telah menunjukkan bahawa penubuhan panel ini adalah satu kesilapan besar. Bukan sahaja individu ahli panel ini disyaki malah panel ini juga tidak berlandaskan perundangan yang sah.


BERSIH 2.0 sekali lagi merakamkan permintaan agar SUHAKAM akan menjalankan siasatan terbuka keatas pencabulan hak asasi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu. SUHAKAM bergerak dilandasan hukum dan undang-undang. SUHAKAM memiliki struktur yang sah untuk menjalankan penyiasatan. SUHAKAM berpandukan piagam hak asasi. Ini amat berbeza dari panel yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Anasir subersif (gambar) yang diyakini telah menyusup masuk dalam PDRM
Klik Topik di bawah untuk bacaan seterusnya
Polis Bangkai - Rahim Noor bapak iblis -   
Sekali lagi kami menyeru agar Kerajaan Malaysia menjemput Frank La Rue - Rapporteur Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab untuk Mengaju dan Mempertahan Hak Kebebasan Bersuara dan Maina Kiai juga Rapporteur Khas PBB yang bertanggungjawab keatas Hak Berhimpun dan Berpersatuan. Mereka berdua ini wajib dibenarkan menjalankan sisatan bebas. Kemudian mereka boleh memberi laporan kepada Kerajaan Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa.

Bersama dengan ini BERSIH 2.0 juga mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Aduan Salah Laku Polis ( Independent Police Complaints Comission) . Kumpulan masyarakat madani tanpa henti-henti telah menuntut agar ditubuhkan badan bebas ini untuk menyelidik semua tuduhan salah laku, terutama dalam lembaga kepolisian. Kelakuan ganas pihak polis ketika perhimpunan BERSIH 3.0 dan keganasan polis keatas penunjuk perasaan yang disyaki melanggar undang-undang membuktikan betapa perlunya Suruhanjaya Salah Laku Polis ditubuhkan.

Kerajaan Malaysia telah mengambil sikap tidak peduli terhadap pelbagai tuduhan walau pun jelas terbukti polis telah mengganas. Sikap tidak peduli ini memberikan takrifan bahawa Kerajaan Malaysia menghalalkan keganasan. BERSIH 2.0 berharap gerombolan polis yang melakukan keganasan ini akan dikenal pasti untuk didakwa. Hanya dengan ini barulah mangsa mereka mendapat pembelaan.

Salam BERSIH!

JAWATAN KUASA PEMANDU
Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih 2.0 (BERSIH 2.0)


Klik dan baca topic di bawah
Ustad gian cipap - Ustad PKR kaki betina -