Thursday, May 3, 2012

Laporan Al Jazeera: UMNO, BN, Astro Haramjadah Buat Malu Negara

NONE
Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro


Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.


"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.


Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan

pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.

Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report.


AL JAZEERA CAPAI 110 JUTA RUMAH SEDUNIA
aljazeera: Bagaimana Mencuri Engin Jet, Cara ...
Malaysia's Anwar to face trial from Al Jazeera
BERSIH 3.0: Unbiased Report By Al Jazeera ...
Laporan Al Jazeera: Kelaku Polis Malaysia seperti ...
BERSIH 3.0: Al Jazeera's Video and Photos ...
Reuters Reports: BERSIH 3.0 clashes could delay ...