Friday, May 11, 2012

Nasihat Kerajaan Rakyat Kepada Peserta BERSIH 3.0: JANGAN SERAH DIRI KEPADA POLIS. PENIPUAN POLIS TELAH TERBUKTI!!!

Ingat lagi? KPN Haramjadah
belasah orang bergari dalam lokap! 

Kerajaan Rakyat menasihatkan kepada semua para peserta BERSIH 3.0 yang dikehendaki polis agar TIDAK SERAH DIRI KEPADA POLIS. Saranan Kerajaan Rakyat ini bersandarkan kepada faktor sejarah penipuan polis selama ini.

Sekalipun kemungkinan polis mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memberi jaminan keselamatan, tetapi catatan sejarah penipuan polis selama ini, jaminan polis TIDAK BOLIH DIPERCAYAI. POLIS PENIPU!!

Ramai polis kaki rasuah, hampir semua rakyat tahu.
Ramai polis kaki judi, hampir semua rakyat tahu.
Ramai polis kaki pau, hampir semua rakyat tahu
Ramai polis kaki kelentong, budak sekolahpun tahu
Ramai polis perangai macam anjing, hampir semua rakyat tahu.
Ramai polis jadi barua dan jembalang, rakyat juga tahu.
KETUAPOLIS HARAMJADAH, SEMUA RAKYAT TAHU.

Kalau Ketua Polis Negara macam iblis, apa lagi yang bolih diharapkan dari polis?
Kalau Ketua Polis Negara macam iblis, mustahil iblis akan berubah jadi baik!
Kalau Ketua Polis Negara macam iblis, mustahil iblis bersopan santun!

TETAPI, bolih serah diri dengan syarat:

~ Tampilkan kesemua polis haram jadah ini (klik di sini) kemuka pengadilan.
~ Kerajaan Umno BN tunaikan tuntutan asas BERSIH 3.0
~ Jangan lacurkan institusi kerajaan seperti (di sini) dan (di sini).
~ Kerajaan Umno BN mesti arahkan media jangan menipu macam (Klik di sini).

Nota: Titipan di atas BUKAN HASUTAN tetapi NASIHAT Kerajaan Rakyat kepada peserta BERSIH 3.0 dan TUNTUTAN terhadap Polis Diraja Malaysia di atas sikap haramjadah mereka serta terhadap kerajaan Umno BN di atas pengkhianatan mereka terhadap rakyat!

~KR: Tidak akan ku undur walau seinci

 
PAS hari ini menuntut polis memberikan jaminan keselamatan terhadap individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gesaan itu dibuat memandangkan dakwaan layanan buruk polis terhadap peserta BERSIH, termasuk dipukul, sebelum ini.

"Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan?" soalnya.

Setakat 9 Mei, polis menyiarkan 141 wajah, tanpa nama, peserta BERSIH yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Abdul Hadi juga mempersoalkan arahan serah diri yang didakwa "terarah" kepada satu pihak sahaja.

"Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja," kata Abdul Hadi.