Monday, May 7, 2012

Off Politik: Pasal Zakar. Berita Penting Untuk Para Isteri

Problematic: Henry Wolf began suffering from
priapism after riding his 1993 BMW motorcycle,
equipped with a Corbin-Pacific seat

Para isteri yang selalu dok bersembang berjam-jam (sekarang ni ramai yang jenis bergossip di facebook) cerita pasal hal laki masing-masing, harap baca artikal ini dengan cermat. 

Ada yang kata "tak puas", ada yang minat sesangat style gini (baca di sini) malah ada isteri yang tanpa segan silu cerita macam ni (klik sini). Selepas baca artikal di bawah, harap mana-mana isteri yang nak sangat tegang macam ni (baca sini) dapat belikan sebijik motorsikal BMW untuk laki masing-masing, Gerenti selesai masalah tak puas kalian tu.... ahakzzz. Tapi ingat, kena cari motorsikal yang tempat duduknya berbonggol. Kalau dapat motorsikal camtu, bukan sekali ahakzzz, 4 kali ahakzzz ahakzzz ahakzzz ahakzzz. Malahan siap sendawa 16 kali... Walau apapun kepada kaum wanita, dinasihatkan jangan buat macam ini (baca di sini) takut cepat gemuk. ahakzzz

Perempuan ni kalau dok berkumpul tiada cerita hal lain, mesti topik lelaki atau topik laki yang jadi pilihan mereka tapi mereka punya sendiri (baca di sini), entah kemas entahkan tidak... ! ahakzzz 



SAN FRANCISCO 1 Mei - Seorang lelaki memfailkan saman terhadap dua buah syarikat berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya apabila alat sulitnya menegang selama dua tahun selepas menunggang sebuah motosikal berkuasa besar.

Henry Wolf yang menetap di sini, mengemukakan saman tersebut terhadap syarikat pengeluar motosikal, BMW dan juga Corbin-Pacific Inc., yang bertanggungjawab membuat tempat duduk kenderaan itu di Mahkamah Agung San Francisco, minggu lalu.

Dalam saman tersebut, Wolf mendakwa pada mulanya dia sangat gembira dapat menunggang motosikal BMW 1993 yang dilengkapi tempat duduk Corbin-Pasific, dalam tunggangan selama dua jam tanpa henti.

Namun, secara tiba-tiba selepas itu, alat sulitnya mengalami ketegangan sepanjang masa yang didakwanya berpunca daripada rekaan tempat duduk berbonggol dan kegagalan pembuatan serta pemasangan oleh defendan.

Peristiwa tersebut menurutnya berlaku pada 1 Mei 2010 dan sejak itu, keadaannya berterusan sehingga sekarang.

Wolf turut menyatakan bahawa aktiviti hariannya terjejas termasuk tidak dapat melakukan hubungan seks, yang menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk.

Sementara itu, sebuah blog automotif, Rushlane melaporkan, kejadian seperti itu bukan yang pertama pernah berlaku.
Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ia dilihat mempunyai kaitan langsung antara rekaan tempat duduk motosikal dan masalah berkaitan seperti kesuburan dan mati pucuk.

Menurut blog tersebut, getaran yang berterusan sepanjang tunggangan ditambah keadaan tempat duduk, dikatakan menjadi punca masalah tersebut berlaku. - AGENSI