Tuesday, May 1, 2012

Persundalan Polis: Kerajaan Rakyat Tuntut Penjelasan Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri

Tindakan polis semasa BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 lalu jauh lebih buruk, ganas dan zalim berbanding perhimpunan BERSIH sebelum ini. Tindakan polis seolahnya mempersundalkan undang-undang negara.

Perkara itu merupakan antara yang dimuatkan dalam laporan awal Majlis Peguam. Presiden Majlis Peguam, saudara Lim Chee Wee menyatakan laporan itu disusun berdasarkan pemerhatian oleh 78 orang sukarelawannya di enam lokasi semasa BERSIH 3.0 tersebut.


"Pemerhati kami menyaksikan lebih banyak keganasan polis (tahun ini), lebih banyak penggunaan meriam air dan gas pemedih mata sesuka hati, dan lebih banyak kepungan terhadap peserta himpunan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai.

"Kami memerhatikan beberapa amalan kepolisan yang sangat buruk kali ini. Mereka tidak seharusnya menembak terus gas pemedih mata ke arah peserta apabila peserta berhimpit-himpit dan berasak sesama mereka.

"Kita bernasib baik tiada sesiapa dipijak. Polis seharusnya memberikan ruang untuk orang ramai bersurai dan beredar," katanya.

Timbalan presiden Majlis Peguam, Christopher Leong juga kesal dengan serangan polis terhadap peserta perhimpunan dan petugas media.


"Apa perlunya menyerang peserta yang sudah ditangkap? Apa perlunya media dihalang daripada membuat kerja mereka?" katanya.

Menurutnya lagi, polis sewajarnya mempertimbangkan keputusan untuk membiarkan peserta memasuki kawasan Dataran Merdeka apabila hadangan dirobohkan.

Katanya, polis mempunyai pilihan untuk berbuat demikian, berbanding tindakan menyerang peserta perhimpunan dengan gas pemedih mata dan meriam air.

"Apakah akibatnya apabila khalayak memecahkan halangan pada hari itu? Apakah akibat paling buruk apabila khalayak merempuh halangan polis pada hari itu?

"Akibatnya cuma 100,000 orang duduk di Dataran Merdeka dan berkumpul di sana selama sejam lagi. Mereka bukannya mahu merosakkan kemudahan awam atau bangunan ketenteraan yang sensitif.

"Jadi di manakah keseimbangannya di antara keselamatan nasional dan hak asasi manusia?" kata Christopher. 

Kerajaan Rakyat yakin Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri peka terhadap kepincangan dan perbuatan mempersundalkan undang-undang yang dilakukan olih anggota polis dalam banyak hal. Oleh yang demikan Kerajaan Rakyat menuntut penjelasan kedua-dua pihak tersebut dalam hal berkaitan.

Mungkin provokasi oleh polis (Klik di sini)