Tuesday, May 8, 2012

Rusuhan Semasa BERSIH 3.0: 34 Penjenayah Upahan Paling Dikehendaki

Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Ramli Mohamed Yoosof.

Selain mendesak polis terlibat dengan keganasan menyerah diri, kumpulan itu turut mahukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tampil memberi penjelasan dakwaan penyamaran polis sebagai peserta Bersih.

 

“Sila nyatakan berapa ramai polis yang menyamar (Bukti
di sini) dan dedahkan mereka kepada umum.

“PDRM harus siasat khabar angin yang menyatakan ada polis mati sehingga menjadikan polis bertindak luar batasan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk menyerah diri, tetapi seolah tidak punyai rekod anggota sendiri yang mengganas,” kata Badrul selepas menyerahkan memorandum itu di Bukit Aman, di sini hari ini.

Katanya, sikap polis yang masih menyalahkan orang awam hanya memalukan kerana tidak sedar mereka sebenarnya menjadi alat kepada regim Umno.

“Semua operasi pada 28 April lalu, sempena Bersih 3.0 diakui beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri. Polis bukan musuh orang awam, begitu juga orang awam bukan musuh polis.

“Polis dan orang awam adalah mangsa regim Umno, polis yang bertugas juga perlu sedar sememangnya dirancang untuk mereka dijadikan mangsa. Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan polis sebagai umpan,” ujarnya.
Komentar KR: Nak tanya Badrul Hisham. Kalau dapat penjenahan sialan tu, kita nak buat dengan mereka?. Kita berak kat muka dia orang, bolih tak?
Sejarah Persundalan Polis 1
Sejarah Persundalan Polis 2 
Sejarah Persundalan Polis 3
Sejarah Persundalan Polis 4
Sejarah Persundalan Polis 5