Friday, May 11, 2012

Tahniah Datuk Seri Najib! Sejujurnya UMNO lebih baik daripada PKR


Terlalu ramai pemimpin dan Wakil Rakyat PKR yang terlalu sombong bongkak dan pemalas. Malahan tidak kurang yang jauh lebih kuat rasuah jika dibandingkan dengan Umno!!!  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhadap laman sosial Facebooknya dengan peminat berdaftar mencecah lebih satu juta orang hari ini.

Jumlah itu menjadikan beliau pemimpin dan ahli politik pertama yang memiliki jumlah peminat paling ramai di laman rangkaian sosial tersebut di rantau ini.


Dalam entri terbarunya di Facebook, Najib berkata: "Saya terharu mengetahui rakan Facebook telah mencecah 1 juta orang. Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama2 rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!"


Pencapaian Najib yang boleh dianggap membanggakan itu berikutan usaha beliau mendekati rakyat di peringkat akar umbi dengan menggunakan kemudahan teknologi seiring dengan perkembangan semasa.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan akan meraikan peminatnya yang ke-1,000,000 dan pengikut yang ke-500,000 di laman Twitter dalam sebuah majlis minum petang.

Pada ketika berita ini ditulis, peminat Najib di laman Facebook adalah seramai 1,000,189 orang.

- Bernama

Komentar Kerajaan Rakyat:
Melalui pengamatan dan pemerhatian serius, Kerajaan Rakyat akui sesungguhnya usaha dan ikhtiar yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk mendekati rakyat jauh LEBIH BAIK dan BERSUNGGUH-SUNGGUH jika dibandingkan dengan ramai pemimpin PKR.

Secara keseluruhan, jika dibandingkan antara pemimpin dan Wakil Rakyat Umno dengan pemimpin serta Wakil Rakyat PKR, Kerajaan Rakyat juga merasakan pemimpin serta Wakil Rakyat Umno JAUH LEBIH BAIK DARIPADA PKR / KEADILAN

Terlalu ramai pemimpin dan Wakil Rakyat PKR yang terlalu sombong bongkak dan pemalas. Malahan tidak kurang yang jauh lebih kuat rasuah jika dibandingkan dengan Umno!!!