Monday, May 7, 2012

Tarikh pru13: Bomoh dan Pawang Pilihanraya Makin Busy

Makin serabut politik negara, semakin sibuk pawang dan bomoh tak bertauliah meramalkan tarikh pru-13. Dalam masa dua hari ni, berbelas sms masuk meramalkan tarikh pru-13. Cuma satu sms yang saya layan, yang lain saya peramkan aje. Naik bosan dengan ramalan nujum-nujum haprak yang menggunakan beberapa nama pemimpin.

Satu daripada sms dari nujum pilihanraya yang saya terima tertulis macam ni:

"Latest info YB Dr Siti Mariah & PWTC Parliament bubar 14hb Mei. Penamaan calon 26.05. Mengundi 9hb Jun. U ada dengar cerita tak? Semua pihak JPRK/DUN diharap bertindak segera."

Saya reply sms nujum tu macam ni. "Nantilah I call rosmah to confirm... ahakzzz".
Nujum pilihanraya kekadang jadi pelawak!!!