Wednesday, May 2, 2012

TIDAK PERLU UMNO MELAYU MASIH BOLEH BERJAYA


Majoriti Melayu di Afrika Selatan beragama Islam, Mazhab Shafi'e
Kerajaan Rakyat: TIDAK PERLU UMNO pun, MELAYU MASIH BOLEH BERJAYA. LEBIH 300 tahun lalu, ribuan penduduk Melayu di Asia Tenggara dihantar secara paksa ke Cape Town di Afrika Selatan untuk dijadikan hamba abdi.

Mereka ialah orang Melayu pertama yang membawa budaya, pakaian, makanan dan bahasa Melayu ke Afrika Selatan mulai 1652.

Selain orang biasa, orang buangan politik seperti tokoh agama Syeikh Yusuf dari Makassar dan Tuan Syed Mahmud atau Tuan Guru dari Melaka juga dibawa ke sana oleh penjajah Belanda.

Di Cape Town juga terdapat 150 masjid.
Masjid Auwal, masjid tertua di Afrika Selatan.
Dibina pada 1798
Dengan pengetahuan agama dan pengaruh kuat mereka, Syeikh Yusuf dan Tuan Guru berjaya menyebarkan agama Islam kepada masyarakat Melayu di Cape Town.

Kini, keturunan hamba abdi dan orang buangan politik itu dikenali sebagai Melayu Cape dan sebilangan mereka memegang jawatan penting sebagai doktor dan peguam.

Jumlah masyarakat tersebut di Cape Town seramai 1.5 juta, sepertiga daripada jumlah penduduk seramai 4.5 juta, dan kebanyakan mereka mempunyai raut wajah seperti orang Melayu di Singapura atau Malaysia.
Walaupun bahasa umum yang digunakan adalah bahasa Inggeris dan bahasa rasmi, Afrikaan, beberapa perkataan Melayu seperti pisang, puasa dan pondok masih lagi digunakan.

'Malah, di Cape Town, jika seseorang itu ingin membaca Al-Quran, dia akan berkata: I want to baca the Quran dan bukan I want to read the Quran,' jelas Encik Shafiq Morton, 58, seorang wartawan veteran dan juruhebah dari Cape Town.

Encik Shafiq menjelaskan tentang masalah identiti yang dihadapi Melayu Cape yang pernah digolongkan dalam kategori penduduk 'berwarna' di Afrika Selatan.


Perkampongan Melayu di Bo Kaap, Afrika Selatan.
Unik dengan paduan gaya Timur dan neo-klasik.