Friday, May 11, 2012

Umno Perosak Minda: Ramai Ahli Umno Gila Meroyan


SHAH ALAM: Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dituduh telah merosakkan pemikiran para pegawai kerajaan dengan menanamkan kebencian dalam pemikiran mereka terhadap pembangkang.

Ahli Parlimen (PAS) Shah Alam, YB Khalid Samad, berkata kenyataan yang dikeluarkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menuduh Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat, sebagai 'Bapa Kafir' jelas menunjukkan Umno telah menanamkan perasaan kebencian yang mendalam terhadap pembangkang sehingga dilihat sebagai musuh negara.

'Pemikiran para pegawai kerajaan telah dirosakkan oleh Umno supaya membenci pembangkang hingga mereka tidak boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya.



'Kenyataan Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir jelas menunjukkan bukti Umno menanamkan kebencian terhadap pembangkang di kalangan pegawai-pegawai atasan hingga dianggap sebagai musuh negara,' tegasnya dalam sidang media pejabatnya di sini.

Tambah YB Khalid, kenyataan yang dikeluarkan mantan ketua polis itu penuh dengan perasaan kebencian.

'Istilah ini penuh emosi, keganasan dan kezaliman. Sebagai bekas ketua polis negara, dia sepatutnya neutral.

'Ini menzahirkan kadar neutraliti yang tak dapat dilaksanakan kerana institusi kerajaan dirosakkan oleh Barisan Nasio-nal (BN) dengan pelbagai cara,' katanya seperti yang dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider.

Beliau menambah:'Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan Umno-BN hingga mereka tidak boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya. -- Agensi

Lawan Tetap Lawan.