Saturday, May 5, 2012

Walaupun Datuk Seri Najib berlawak, PAS perlu lebih berhati-hati


Bercakap kepada pemberita, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib menyatakan keyakinan beliau bahawa BN mampu menawan semula Kelantan daripada pemerintahan PAS pada PRU-13 ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berpuas hati dengan persiapan jentera BN Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

 

Najib yang juga pengerusi BN, melahirkan rasa puas hatinya itu semasa menghadiri perjumpaan dengan pemimpin parti komponen BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baharu.

Perjumpaan setengah jam itu, merupakan acara terakhir perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, semalam, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

- Bernama

Kerajaan Rakyat: PAS perlu lebih berhati-hati dan lipatgandakan usaha membela rakyat kerna Najib boleh melakukan segala macam tipu helah untuk memastikan kemenangan Umno BN di Kelantan. 
TIDAK PERLU UMNO MELAYU MASIH BOLEH BERJAYA