Monday, May 21, 2012

Wanita Berfikir Lebih Hebat dari Lelaki

Meskipun secara fisikal lelaki dilihat lebih kuat dan gagah dibandingkan dengan wanita, namun dalam hal kemampuan berfikir wanita diyakinan jauh lebih hebat. Benarkah?... Adooiiii, kembang-kuncup ahakzzz ahakzzz perempuan bila dipuji...!! Sabar-sabar, jangan mengembang lagi ... teruskan membaca dulu.

Dalam buku What Could He Be Thinking? How a Man’s Mind Really Works yang ditulis oleh Michael Gurian, beliau mengungkapkan “perempuan dan laki-laki ternyata memiliki perbedaan sangat jelas dalam cara berfikir".

Michael menjelaskan bahwa perbedaan cara berfikir ini disebabkan kerana perbedaan ukuran fisikal otak pada bahagian-bahagian tertentu.


"Jadi tidak menghairankan jika dalam beberapa hal perempuan ternyata jauh lebih hebat dibandingkan laki-laki," jelas Gurian.

Sebagai contoh, perempuan bisa mengingat banyak hal secara detail. Menurut Michael, hal ini kerana perempuan memiliki hippocampus (pusat memori pada otak) yang lebih besar daripada lelaki. Sementelahan pula perempuan ni kan, bukan hippocampus kereka sahaja yang besar tetapi habis semua yang mereka adapun memang bersize besar!! ... ahakzzz ahakzzz.

Kumpulan saraf yang menghubungkan otak kiri-kanan (corpus collosum) pada otak lelaki ternyata seperempat lebih kecil dibandingkan dengan otak perempuan.

Selain daripada itu, bilamana lelaki hanya menggunakan bahagian otak kanan saja, perempuan bisa memaksimakan kedua-duanya sekali, iaitu otak kiri dan kanan sekaligus secara serentak!

Jadi jangan hairan jika kaum Hawa ini lebih banyak bicaranya atau lebih tepat lagi, perempuan ni kecuh dan becok mulut la tu.  Dalam sebuah penelitian disebutkan, perempuan menggunakan sekitar 20,000 patah perkataan sehari, sementara lelaki hanya 7,000 perkataan!

Justeru, janganlah pelik atau hairan jika kaum perempuan suka bergossip dan kuat berleter!

Kerajaan Rakyat menasihatkan lelaki yang ada isteri, girlfriend atau girlfriends agar banyakkan bersabar dengan sikap perempuan yang kuat bergossip dan banyak mulut tu. Nak buat camane?, sabau aje lah.

"Otak perempuan mengandungi lebih banyak hormon serotonin jika dibandingkan dengan otak lelaki, hal ini membuatkan perempuan bersikap lebih tenang menghadapi situasi yang melibatkan fisikal. Manakala lelaki lebih cepat naik ahakzzz ahakzzz dan selalunya tindakan mendahului kata bicara".

Walau bagaimanapun, sekalipun perempuan lebih tenang dalam hal berkaitan fisikal, Kerajaan Rakyat suka mengingatkan kepada semua lelaki agar jangan tersilap perkiraan. Terdapat bahagian-bahagian fisikal tertentu perempuan lebih pantas, hebat danganas tindakannya. Tak percaya? Baca di sini. Hal ini sendiri mau ingat… ahakzzz ahakzzz.

Khusus buat wanitaku