Saturday, June 2, 2012

Aku Terpegun... Aku Kagum.... Aku Bersyukur

Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.

Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS.

"Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium," katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.

Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.

Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti  penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.

Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.

Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.

Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.

Salaam Ukhuwah Fillah Ustaz Azhar Idrus -

Jawatan Kosong Untuk Perogol